Mitsaqan Ghaliza – Satu Perjanjian Yang Kuat

bismiLLah…

Alhamdulillah.. syukur alhamdulillah..Satu perjanjian yg kuat -mitsaqan ghalizå telah pun terpatri diantara dua jiwa. Satu amanah telah di ambil dari Sang Pencipta manusia, untuk menjadikan ikatan ini penuh dengan berkah dan rahmat Allah. Pejam celik, pejam celik diri ini sudahpun bergelar zaujah seorang lelaki yang kuat imannya, sabar dan cekal orangnya. Syukur alhamdulillah kerana Allah kurniakan zauj yang sangat memahami diri ini. Betullah janji Allah yang penulis pegang selama ini,

”…perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia ” [An Nur: 26]

Subhanallah..Alhamdulillah.. sungguh kagum dengan kekuasaanMu ya Allah. Kau datangkan ‘dia’ sewaktu Engkau sahaja mengetahui hakikat hikmahnya yang kini kurasai. Kagum kerana Engkau masih tetapkan hatiku dengan ‘dia’ walau kami tak pernah berjumpa dan tidak pernah kenal (hati ke hati) sebelum walimah. Keyakinan kepadaMu inilah yang menjadikan 2 minggu hidup rumahtangga kami seolah-olah syurga dunia buat kami. Subhanallah. Terima kasih abang sentiasa mendidik diri ini. Pimpinlah tangan ana ke syurga bersama. Jadikanlah ana wanita syurga yang bakal menemani abang di syurga kelak. Ameen.

Baliknya abang ke Makassar.. bagaikan satu semboyan jihad yang memanggil abang meneruskan kewajipan berserta Allah sentiasa di sisi. Biarpun ana tiada, doa isterimu sentiasa dibibir, malamnya jua sentiasa basah  mendoakan kejayaan mu. Moga abang balik dengan segulung ijazah, yang dengannya menjadi sedikit bekalan buat kita di akhirat sana. Allah.. moga bait dakwah yang kita inginkan ini kekal ke syurga sana. Ameen ya Rab.

Terngiang-ngiang sayup suara abang dalam setiap kali solat..

….Ya Allah semaikanlah cinta dalam hati kami, cinta KERANA MU.. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah…

Ya Allah, kurniakan daku ketabahan umpama isteri Handzalah demi cintaku padaMu dan RasulMu.Pergilah abang, ana di sini sentiasa berusaha kuat dan tabah. Kita ada Allah walau di mana pun kita berdua berada, ingat tu.. Allah yang menyatukan hati kita, Allah jua lah yang akan menyatukan kita berdua di satu tempat satu hari nanti.

Allahua’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s