Hadiah Istimewa

bismiLLah….

Kebahagiaan itu letaknya di hati yang mampu menyukuri seluruh nikmat yang Allah berikan.Pada jiwa yang mendambakan keredhaan Allah….-Pak Cah-(wah.. dah pandai guna nama Pak Cah)

Rindunya dekat Pena Sang ‘Abirussabil ni…  Dah sebulan tak update blog. Allahu akbar.. banyak peristiwa pahit manis yang berlaku. Alhamdulillah… moga hati ini tidak berhenti untuk mensyukuri setiap perkara dan takdir yang Allah telah tentukan buat diri ini.  Ingin mula belajar semula menerima seadanya semua perkara yang berlaku.

HADIAH TERISTIMEWA

‘Eh macam mana dia ada minat yang sama dengan aku?’ hatiku bermonolog dalaman.

Ini raya pertamaku setelah 4 tahun berada di Ireland. Alhamdulillah.. macam biasa pagi-pagi raya je dah mula sakat adik-adik. Haihh.. macam mana ni? Belum matang-matang lagi. ^_^ Next year dah nak masuk 25 tahun. Allahuakbar.. cepat betul masa berlalu. Satu tahun 9 bulan? Setiap kali ku jenguk laman sesawang ni.. mesti tak lepas lihat berapa lama lagi akan ku tempuhi kehidupan seorang pelajar perubatan.Penulis patut banyak bersyukur sebab Allah dah banyak bagi peluang pada ku untuk bangun semula setiap kali jatuh.

Terima kasih.. raya ni dapat banyak hadiah. Dan hadiah ni sangat special sebab ia adalah buku! Hehe Untuk kali ni je, duit tak dikeluarkan. Kedai Syabab di PKNS mesti rindu sama penulis. Sudah lama tidak ku bertandang ke sana. Kalau lah sampai pun , mahu boleh duduk 2 jam kat sana. Ingat 20 minit ke? Leka betul berada dengan buku-buku. Nak habiskan baca memang lambat. Tapi belinya punya lah cepat! Bila nampak sahaja buku-buku agama, motivasi yang pelbagai tersusun di rak-rak buku..aih apa lagi, macam kanak-kanak nampak gula-gula lah. Rindunya nak ke kedai buku. ( Sabar..dah banyak buku tu kat rak)

Sekali lagi.. ingin ku ingatkan hati ini. Kuatkan semangat. Bakar semangatmu dengan matlamat akhir hidupmu dengan membawa panji perjuangan ini. InsyaAllah Allah bersama mu wahai ‘srikandimuslim’ . Amiin

Jangan lah layan perasaan ragu-ragu yang intermittenly comes. Bak kata Pak Cah,  Anda perlu merasa mantap dan tidak ragu-ragu sebab Rasululullah mengajar kita ‘Tinggalkan hal-hal yang meragukanmu menuju hal-hal yang tidak meragukanmu’ (HR Tirmidzi)

Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s