Kembalikan Islam

bismiLLah..

-Keychain berlogo ini ku beli sewaktu berjaulah di turki, benar-benar membakar semangat-

Situasi 1: Di Kem Solat Sempurna [Tingkatan 3]

‘Adik-adik, akak ada satu game…sebelum tu akak nak minta semua tutup mata kejap..akak nak tanya soalan, ok?’

‘Baik ustazah’ Hehe pertama kali dipanggil ustazah sebab jadi fasi kem solat

‘Ok, jangan buka mata yea. Siapa kat sini. Dia dapat solat 5 kali penuh semalam?’

Kelas tingkatan 3 yang riuh tiba-tiba menjadi sunyi. Hanya 5 orang yang angkat.

‘Ok, jangan buka matalagi  yea. Siapa kat sini. .Dia dapat solat 3kali penuh semalam?’

Sekali lagi, 8 orang yang angkat.

‘Ok, jangan buka mata lagi  yea. akak nak tanya ..  Siapa kat sini. .Dia tidak solat lansung semalam, bukan sebab cuti?’

7 orang pelajar angkat.

Situasi 2: Kelas 1 Muslim , SAM 10 [Tingkatan 1]

‘Ustazah nak tanya kamu,Siapa kat sini. Dia dapat solat 5 kali penuh semalam?’ tanya ustazahku semasa di dalam kelas.

Hanya 5 orang yang tidak mengangkat tangan.

KEM SOLAT SEMPURNA

Beberapa bulan yang lepas, Allah beriku peluang untuk menjadi fasi bagi 20 orang pelajar perempuan sekitar PP ni. Dengan niat di hati hanya ingin membantu memandangkan sudah dilamar berkali-kali kerana ketiadaan fasi muslimat. Maka hari itu juga terpaksa cuba sedaya upaya memperbaharui niat ini untuk mengajar memandangkan niat pertama ku ingin menuju ke An Nadhoh untuk mengikuti kuliah Ustaz Abd. Mutalib Ma’arof yang selama ini kutunggu-tunggu.

Alhamdulillah..sekali lagi bila teringatkan peristiwa ini, hati ini menjadi sayu. Sayangkan adik-adik remaja yang didepan mata ini. Mungkin ada hikmah Allah beriku peluang untuk keluar dari sekolah aliran agama untuk daku mudah bercampur dengan mereka. Bukan sekadar yang baik-baik sahaja. Walaupun penulis keluar dari tingkatan 3 dengan sgulung sijil 9A dengan tawaran maahad kajang dan SAMBEST, namun takdir Allah tidak sentiasa menjanjikan kita akan terus berada dalam sekolah beraliran agama. Macam penulis, ibu bapa main peranan dalam mempengaruhi keputusan. Ada hikmah, Allah ingin tunjuk pada kita semua dan alhamdulillah dengan kenangan pahit manis yang penulis hadapi inilah yang mematangkan. Jangan salahkan pada takdir, tetapi berusahalah ‘terus menjadi baik’ dengan membina surrounding, bi’ah solehah dalam diri kita. Terpulang kepada sikap kita sebenarnya. Ada kawan-kawan yang di aliran agama, yang tidak lansung menggambarkan diri. Semuanya tergantung sejauh mana dia menghargai dan menghayati hidayah yang Allah beri. Namun tidak dinafikan, tarbiyyah juga ku bermula dari sana. Alhamdulillah.

KESAN SEKULARISME

Penulis tengah membayangkan betapa pihak musuh Islam diluar sana goyang kaki..kegembiraan melihat kita yang telah jauh dari agama, jauh dari al Quran.  Allahu.. Bagaimana ..Bagaimana.. adik-adik di depan inilah yang bakal mencorak pimpinan masa hadapan. Bagaimanakah generasiku bakal di pimpin? Allahu.. perjuangan kita masih panjang. Ku mohon ya Allah.. agar dengan sedikit kuasa, Islam dapat sekurang-kurangnya dikembalikan.. Bantulah kami dalam menegakkan yang hak. Ameen

Imam Mawardi: Aqimuddin wassiasatud dunnia bih

Tegakkan agama(Islam) dan tadbirlah dunia ini dengannya (agama)

Sahabat-sahabat dah mendaftar mengundi?

Ayuh! Laksanakanlah untuk generasi kita masa hadapan. Kita mungkin boleh ‘selamatkan’ anak-anak kita dari sekularisme di dalam rumah. Tapi cuba fikir-fikirkan… anak-anak kita berada di luar rumah  70%dari jumlah masa siang dalam satu hari.  Mampukah kita yakin dengan 30% masa kita dengan mereka, boleh selamatkan mereka?

Ingat..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s