Kesucian Diri

bismiLLah..

Sudah hampir 3 bulan berlalu.. hampir 3 bulan jua penulis berjaya menyesuaikan diri.Alhamdulillah..  Esok walaupun hari terakhirku kelas. Namun, kesibukan tetap saja ada di mana-mana. Selagi dakwah berjalan, selagi itu diri ini cuba melawan nafsu agar ia tidak mengejarku supaya berehat. Esok ada program lagi. halaqah lagi.  Part 2 of Mujahadah for halaqah. Moga Allah permudahkan lisanku dalam berkata-kata dan pelihara daku kemurkaanNya agar daku tidak membuat apa yang telah daku katakan atau sebaliknya. Beratnya.. hati mula merasai berat pabila mulut sering kali bersuara dalam menasihati..namun hati ini tidak muncul-muncul damainya taqwa. Ya.. daku perlu bekerja lebih keras untuk mencapai Taqwa. Mungkin dengan mujahadah yang sedang ku tempuhi ini.. menjadikan daku lebih sabar dan lebih bersyukur kepada Pemberi Taqwa. Ameen Ya Rab.

PEREMPUAN YANG BAIK

Walaupun..diri ini selalu dilabel ‘baik’ tapi hati ini sering tidak berasa puas dengan amalan ibadah. Daku juga ingin menjadi perempuan yang lebih baik. Bak sabda nabi saw:

“Ditanya Rasulullah s.a.w. oleh sahabatnya.” “Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?”
Rasulullah bersabda:
“Perempuan yang terbaik iaitu bila kau lihat menyenangkan, bila kau perintah mematuhimu, bila kau berjanji diterimanya dengan baik dan bila kau pergi darinya dan hartamu dijaga dengan baik”.
(Riwayat Nasa’i dan lain-lain).

Satu..dua..tiga atau bila-bila masa sahaja Allah akan berikan kita ‘tanggunggjwab yang amat berat in. Bersedia atau tidak bukan ukuran. Namun sejauh mana kita boleh bersabar dengan perkara yang bakal yang belum kita tempuhi. Ya Allah tarbiyyahlah daku ini sebenar-benar tarbiyyah. Ameen

Kenapa entah, hati sangat berat nak menyampaikan tajuk tazkirah esok.Tajuknya berbunyi MEMELIHARA KESUCIAN DIRI. Petikan ini diambil daripada silibus kami di sini.

Laki-laki dan perempuan yang

beriman kepada Allah sudah pasti akan menjaga dirinya supaya

tidak terjerumus ke dalam jurang dosa dan kemaksiatan. Mereka

akan sentiasa menjaga kesucian dan kehormatan mereka.

Untuk tujuan ini Islam menetapkan asas-asas pendidikan akhlak.

Melalui pendidikan akhlak ini, seseorang akan dapat mewarnakan

dirinya dengan sifat-sifat yang baik dan membersihkan dirinya dan

sifat-sifat yang keji. Di antara akhlak yang utama di dalamnya adalah  MALU.

kerana Ia sebenarnya adalah satu daya yang membina kesucian

serta menghalang seseorang yang beriman dan terjatuh ke dalam

sebarang kemaksiatan dan dosa. Oleh itu Rasulullah s.a.w.

menegaskan bahawa:

“Setiap agama ada akhlaknya, dan akhlak Islam itu adalah haya’

(Malik, Ibn Majah, Baihaqi)

“Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu

diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.

(Muslim)

MALU pada manusia sangat berbeza ertinya dengan MALU pada ALLAH. Perjumpaan ku bersama ustaz di PGH ini benar-benar mencucuk jiwa. Rata-rata perempuan yang di kaunselingkan oleh ustaz kerana kesalahan melahirkan anak luar nikah tersangatlah meMALUkan! Kebanyakan mereka terbukti tidak tahu mengenai solat dan pelbagai fardu ain lain. Solat subuh, tak tahu berapa rakaat. Mandi wajib pun tak pernah didengari! Astaghfirullah..  generasi Y kini amat menakutkan dan menggerunkan jiwa. Kebanyakan perempuan yang melahirkan anak luar nikah mempunya background history of at least 2 or 3 incidents of doing ‘it’.    Then ‘it happen’. Anak yang tidak bersalah menjadi mangsa. Mak ayahnya lansung tidak menghiraukannya. Ada satu kisah lagi yang amat mengejutkan. 1 perempuan , 3 lelaki. Nak menitik air mata.. takutnya dengan azab Allah. Bila ditanya oleh ustaz

‘ Kenapa sampai 3 orang? Kamu tak rasa terukkah buat demikian? Kamu tidak fikir ke siapa ayah kepada anak kamu tu?’

‘ Biasalah ustaz, lagi seronok’ jawab perempuan tersebut

Allah..Berkorbar-kobar ustaz mencertakan kekecewaannya kepada kami kondisi remaja zaman sekarang. Sampai ada yang sudah tercabut ‘MALU’ nya. Tambahan pula.. akhlak kebanyakan doktor kini semakin teruk katanya. Bukan sekadar kulaiti sudah menurun..tapi dari sisi agama pulang hilang sekali. Pakaian ketat dan menampakkan tubuh badan. Bak kata doktor sini..daripada pesakit tak sakit jantung , boleh kena ‘palpitation’ kerana pakaian seorang doktor! waiyazubillah..

Ustaz mengahkhiri dengan satu dua nasihat agat persatuan yang berlandaskan Islam di Pmc ini , untuk buatlah satu program yang santai dan mampu menarik semua jenis pelajar untuk turut serta. Jikalau tidak.. generasi kita akan semakin rosak walapun ibu bapanya orang yang bertabiyyah. Ini kerana keadaan sekeliling jauh lebih padah dan bahaya walaupun ibu bapa sudah sehabis baik ‘menjaga’ anak mereka di rumah.

Betullah..ada di luar sana, seorang ayah sanggup menangis di malam hari takut anak perempuan yang dikasihinya satu hari nanti terjebak dengan maksiat. Kerana mereka tahu, mereka tak mampu nak mengawal anaknya diluar rumah tika menreka dewasa. Wahai muslimah , sahabat2 , kawan-kawan di luar sana…kembalikanlah MALU itu didalam dada mu. insyaAllah IMAN akan membawamu ke jalan yang benar.  Berusahalah diri dalam menjaga perhiasana diri mu untuk suamimu sahaja. Kerana ganjaran diakhirat jauh lebih bermakna di sisi Rabb.

Allah!

Leave a comment