Wahai Muslimat, Mana al Haya’ mu?

bismiLLah…

”Seorang daie yang terjaga ruhiyyahnya… bukan berdoa untuk mengurang beban dakwah di bahunya. Tapi berdoalah untuk diperkuat lagi bahu ini untuk memikul beban akan datang yang lebih besar..”

Jazkk buat dia yang sangat mendekatkan penulis dengan Allah

KISAH BILIK PEMBEDAHAN

Penulis berasa sangat risau dan tidak tentu hala. Semuanya dek kerana keputusan doktor yang menjadi tutor kumpulan tersebut hendak membawa kami ke OT a.k.a Operation Theater secara tiba-tiba.Tanpa berbekalkan sebarang ilmu pengenai pemakaian ke OT. Penulis mengikut sahaja dengan rasa resah gelisah. OT di Malaysia sedikit berlainan dengan di Ireland.Ingat nak buat tak tahu je macam yang dibuat di Ireland.

Senario 1: Di bilik bedah Mater’s

Tanpa berfikir panjang terus sahaja memakai pakaian ‘gown’ luar yang berlengan panjang(yang sepatutnya dipakai oleh pelawat sahaja) di dalam  agar scrub yang dipakainya tidak menampakkan lengan memandangkan semuanya berlengan pendek.Alhamdulillah…ia berlalu dengan baik. Dr. Patricia dan Dr Kell hanya terkebil2 melihat pakaian penulis. Namun diam seribu bahasa. ‘Alhamdulillah, Tak sukar berada di bumi bukan Islam ini’ monolog dalamanku berbicara.

Setiap kali nak masuk OT peristiwa yang sama akan berlaku. Doktor yang bertugas mengajar kita semuanya tidak memberitahu awal-awal akan rancangan pengajaran mereka.Sekali lagi, bagai ‘Deja Vu’ Penulis memasuki bili OT

Senario 2: Di bilik bedah Hospital Besar

Sampai sahaja di depan missy yang berjaga di bilik OT.

‘Kamu,apa yang kamu pakai ni? Ni bukan untuk dipakai di dalam! Sila tukar sekarang juga, saya tak mahu tengok lagi kamu pakai begini!’ Seorang kakak muslim yang menjerit ke arah kami.

 

  

Allahuakbar..Allahuakbar… penulis dan seorang sahabat lagi, pulang ke bilik pesalinan. Mundar mandir tak tahu nak ke mana. ‘Tak nak lah masuk OT!’ Getus hati ku.

‘ Siapa ye yang boleh dihubungi tengah-tengah pagi ni?..ha!”  Tanganku mencapai telefon bimbit di dalam poket..No kakakku seorang Mo daku dial.

‘Kak… kat sini bilik bedah memang kena bukak ke? Takleh ke pakai apa-apa kat dalam. Kat Ireland tak kena marah pun. Takkan orang Islam sendiri tak faham? Takkan nak tunjuk lengan! Tak nak la masuk…tension la…kat Ireland boleh je pakai gown luar tu ..tak pun kena marah. ”

”Kau ni..kena la..memanglah nak jadi Doktor kena la korbankan. Kawan aku yang join ‘usrah’ pun bukak je. Nak belajar pun kan? Kau jangan nak malukan aku! Pergi la belajar , kalau tak nanti fail la.!”

Air mata ku deras membasahi pipi. Tak sangka jawapan yang diberikan kakak ku. ‘Tapi…tak mo…”

Telefon bimbit itu ku letak. Mata masih merah..mahu menerima kenyataan. Ku ambil baju scrub yang paling besar saiznya..XXL! Apabila ku pakai hanya berjaya menutup lenganku terutamanya bila memasukkannya di dalam poket scrub! Allah…nasib baik la kau jadikan ku tidak terlalu besar. Sekurang-kurangya, kecik pun ada kelebihannya. Kaki ku terus menuju ke bilik OT dengan berbekalkan doa, rasa sesal dan bersalah pada Allah. Dosa..yang jarang sekali daku ambil enteng sejak ku mengenal erti aurat sebenar.Terpaksa ‘dikorbankan’ kerana ‘darurat ini’ . Minggu pertama dan keduaku.. penuh dengan usaha membiasakan diri dengan dunia sebenar perubatan yang selama inilah yang ku mahu ‘Lari’.  Sayangnya…apa yang dapat dilihat kini… muslimat kebanyakannya sudah mula memandang penjagaan aurat itu sebelah mata sahaja! Tidak ada lagi rasa bersalah, segan silu atau berusaha untuk menutup-nutup malah tanpa ‘rasa’ apa-apa pun menunjuk perhiasan, rantai dan lain yang ada pada diri mereka.

Selesa dengan ‘rukhsah’ ini. Adakah kerana tidak mengambil berat atau memang begitu? Atau penulis kah yang kolot? Allahu akbar (waiyazubillah janganlah kau bolak balikkan hatiku pada kebenaran) Jadikanlah daku hambaMu yang malu dan menjaga syariatmu!Tambahan pula, satu pattern yang  penulis mula kenal sejak pulang ke Malaysia, pesakit Inguinal Hernia tersangatlah ramai di hospital . Sekali lagi, penulis berasa mahu lari dari dunia perubatan!

Malam itu, daku bermuhasabah diri dengan apa yang berlaku pada diri. Tika itu juga, teringat seribu macam perkara yang ku minta di depan kaabah, di raudhah sewaktu di tanah suci.

‘Ya Allah , Ya Rahman , aku hambaMu yang lemah, tidak kuat ya Allah. Engkau yang tahu  terbaik buatku,bantulah daku dalam redha dengan ketentuanMu. Kau berkatilah hidupku dalam mengambil jurusan perubatan ini. Janganlah kerananya, Kau biarkan daku  menjadi lebih jauh dari Mu dek kerana kesibukan Ya Allah..Ya Allah, berilah peluang untuk ku berbakti kepada kedua ibu bapa ku bila mereka memerlukan…kuatkanlah daku, kuatkankanlah hambaMu yang lemah ini Ya Allah’

Titisan air mata di Raudhah..mengharapkan sejuta pengharapan. Tawakkal sebenar hamba yang kebuntuan.

Ini adalah hakikat seorang pelajar perubatan. Sangat mudah menerima pakai ‘ rukhsah’ yang telah diberi. Terpulanglah bagi sesiapa membaca coretan ini . Penulis memang kalau operation satu jam, dan ditakdirkan tidak membawa baju lengan panjang extra..takkan keluarkan tangan sepanjang pembedahan. Muslimin yang satu group pula kadang kala tidak pernah nk faham ‘keseksaan’ muslimat yang perlu menjaga ini. Dah tahu kami terseksa, Duduk la jauh-jauh sikit ye dak?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s