Ukhuwwah Fillah

bismiLLah…

IMAG0671.jpg ‘Kami srikandi pencetus evolusi, hidup ditabir, Islam dipayungi. Allahuakbar’- Bersama ‘Mereka’ yang tersayang.

CATATAN LALU FEB 2011

Alhamdulillah ‘ala kulli hal..kerana dengan nikmat iman, islam yang Kau pancarkan dalam hati ini ,penulis masih teguh dan tsabat dalam perjuangan. ‘Bersawang sungguh Pena Sang AbirusSabil ni’. Akhirnya ada masa juga untuk menaip dan berkongsi cerita. Esok hari terakhirku di Mater Misericordiae University Hospital. Banyak juga yang telah dipelajari. Walaupun UCD hanya membenarkan kami pelajar twinning Penang Medical College untuk mengikuti 2 minggu pendedahan awal berada di hospital, namun, peluang yang ada takkan di sia-siakan. 9-5pm adalah rutinku sepanjang 2 minggu ini. Penat juga berada di hospital.. sampai kalut nak mencari masa untuk berusrah dengan adik-adik. Barulah nak ‘faham’ perasaan mereka yang sudah larut dengan dunia klinikal sebenar. Bukan mudah. Tetapi tidak mustahil. Ia datang dengan kefahaman dan kesungguhan. Usrah itu adalah keperluan bukan kehendak. Bukan jua keterpaksaan. Ia adalah nadi tarbiyah seorang pejuang gerakan harakiyyah islamiyyah.

KEPULANGAN YANG DINANTI

Saat Ini..21 hari lagi..Ku akan pulang selama-lamanya ke tanah air.InsyaAllah. Masih ku ingat sewaktu pertama kali menjejaki kaki di bumi shamrock ini. Iaitu 6 September 2007.  Hadirkan hati dengan jiwa yang baru. Kenangan lalu dilupakan untuk memulakan hidup baru. Kisahku nak berlari dari jurusan perubatan yang penuh dengan kesibukan selepas kerja kepada jurusan pergigian di’ India ‘ dipendam jauh-jauh. Kerana rezekiku bukan di sana. Hikmah yang Engkau limpahkan kepadaku, bukan satu dua hari. Namun , hikmah yang dapat dilihat terdampar luas di hari ku ingin pulang kembali. Di sini daku mengenal erti perjuangan sebenar yang sukar, di sini juga ku berkenalan ramai sahabat dan mereka yang bakal ku akhiri hidupku bersama. Hikmah? Apa lagi hikmah yang kau mahu wahai diri? Bersabarlah.. Tenangkan hati.. Allah janjikan kita dengan janji-janji yang pasti. Kini ku faham hadith Qudsi yang mengatakan bahawa “Aku seperti mana hamba-hamba-Ku sangkakan tentang Diri-Ku”. Ala kullihal.. banyak suka duka, turun naik yang berlaku . Moga ianya menjadikan diriku kuat untuk terus berjuang di tanah air sendiri. Ameen. Buat adik-adik usrah..akak tujukan satu lagu khas buat antum. Moga dirimu terus kuat, dan menjadi daie yang sholeh dan musleh yang bertakwa kepada Allah. Naqibah hanyalah satu fasilitator…kadangkala diri ini jatuh dan bangkit. Namun kita kuat bila antum kuat. Rindu..takkan mudah hilang dalam hati ini. Jaga Iman, dan jaga amalan fardu dan sunat.

EPISOD BARU BARANGKALI

Hari ini, di Fb penulis di ‘tag’ oleh seorang kakak Nisa’. Kata-kata yang jauh dan dalam menusuk kalbu bagi mereka yang faham. Ya,daku jua takut nak menghadapi kepulangan ini. Moga tsabat wahai diri walau dimana pun dirimu berada.

Wanita sebagai sayap kiri pejuangan:

Hai orang-orang mu’min, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Surah al-Munafiqun ayat 14

Beringatlah agar jangan sampai kenikmatan bersama isteri, anak-anak, harta dan dunia membantutkan langkah kita di dalam perjuangan..

Terus berjuang menegakkan kebenaran hingga hujung nyawa.

InsyaAllah, hambaMu ini yakin..orang yang baik adalah untuk orang yang baik. Kuatkan hati, semoga tabah menghadapi dugaan yang mendatang.

KINI APRIL 2011

Masih terbayang-bayang setiap wajah halus dan tenang ‘mereka’.Pada saat itu, bayang-bayang Yong Tau Fu, Macaroni Bakar yang sedap sekali, ooh..yea tertinggal semangkuk besar Mee Goreng Pedas masih jelas di ingatan. Inilah hasil air tangan sahabat dan adik-adik yang terlalu dikasihi kerana Allah. Senyum tawa mereka..semangat mereka, kekeluhan mereka..ya  tangisan mereka.Eh bukan..tangisan kami. Penulis tak mampu mendengarnya lagi. Tak mampu nak merasai ukhuwwah sehebat itu. Putik yang baru tumbuh tiba-tiba di uji dengan angin yang kencang. Tak tahu mana yang silap. Merekalah keluarga sementara penulis di sana. Kini penulis telah kembali ke tanah air.Tak dapat tidak, perkhidmatan internet 24/7 ini pun tak mampu menghilangkan kerinduan dek jarak masa dan tempat yang jauh berbeza sekali. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, dan hamba Allah mana yang tidak diberi ujian. Hidup hanya sementara. Amalan kita dengan rahmatNya lah yang menentukan nasib kita di penghujung nanti.

SAAT BERBAI’AH

Alhamdulillah…tanpa kita sedar atau tidak. Allah telah memilih kita. Dan sudah tentu sahaja akan menapis hamba-hambaNya dalam perjuangan ini untuk menguji keikhlas hambaNya bila-bila masa sahaja. Jadi, khas buat adik-adik yang akak kasihi ini, cuba kita ingat kembali Bai’ah kita. Pada SIAPA telah kita janji? Kita sudah berjanji kepada Allah. Kita bukan berjanji pada kakak-kakak usrah, bukan kepada ustaz-ustaz mahupun murabbi. Oleh itu, FIKIR kan lah semula setiap kali kita ingin membuat sesuatu keputusan.Kita tahu berintima’ dengan Jemaah adalah WAJIB. Tetapi bagaimana kalau dalam hati kita selalu menafikan dan tidak menunaikan tuntutan Bai’ah yang telah kita janji? Ayuh, sama-sama kita muhasabah diri kita sekali dan sekali lagi.

APA ITU BA’AH?

Baiah ialah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ia tidak akan melanggar kepada janji setianya terhadap amir dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.Namun tidak beerti tidak peluang untuk kita berbincang, Itu perlu ingat.

Kita pun tahu yang Baiah adalah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah pertama, Baiatul Aqabah kedua, Baiatul Ridhwan. Selepas kewafatan baginda para sahabat terus berbaiah kepada Ulil-Amri mereka.Ingat lagi peristiwa ini semua?

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari ‘Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: “Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda… kemudian ‘Ubadah berkata: “Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.” (Dari Sahih Al-Bukhari-Bab Al-Fitan)

Dalam bukunya “Fi Al-Din Al-Khalis” Sadiq hasan Khan berkata: “Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa tuntutan berbaiah ke atas para sahabat adalah satu sunnah, demikian juga baiah yang diberikan oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w adalah sunnah. Menunaikan adalah wajib manakala mencabulinya adalah maksiat.”

BERJEMAAH ITU ADALAH LEBIH BAIK

Adik-adik akak yang disayangi,

Kali pertama kita memilih ‘jalan’ ini,

Masih ingatkah kita,

Atas Alasan apa Apa kita Memilih?

Atau Untuk Hati Siapa kita nak puaskan?

Atau ALLAH semata-mata?

 

Adik-adik akak yang disayangi,

Masih ingat saat kita bertaaruf,

Kita memilih kerana kita mahu ‘di islah’ ,

Kita mahu menjadi lebih baik dari semalam,

Kita tahu kita tidak mampu Keseorangan,

Kerana Allah suka dengan ‘Bangunan Yang Tersusun Kukuh’

Dalam mencari,

Kita mencari-cari satu gerakan yang ‘Kaaffah’ (Menyeluruh),

Maka betullah apa yang dicari. (Rujuk Maza Yakni ; Fathi Yakan Bab Terakhir -Ciri Jemaah )

MUJAHADAH MUSUH SYAITAN

Sedarkah kita, saat kita memberi keputusan intima’ nya kita dengan gerakan. Saat itu, syaitan bersedih hati kerana kita telah berjaya melawan nafsu. Kalian sedar nafsu apa yang kalian korbankan?

Saat bermulanya Tarbiyah,

Kalian sudah mula berasa bersalah membuang masa,

Kalian sudah berjaya keluar dari kepompong keselesaan duniawi,

Kalian sudah mula rasa ‘ahh…tengok movie korea lagi? tak sedar ke ni berdosa dan membuang masa, kawan aku sibuk membuat kerja , aku goyang kaki’

Kalian mula TIDAK TENANG.

TIDAK SERONOK.

TIDAK SENYUM LAGI SEPERTI DAHULU

Ingatlah wahai adik-adik, saat itu syaitan telah berjaya menyeludup masuk dalam hati seseorang amilin. Hati gusar. Tidak rasa ‘manis’ nya perjuangan. (waiyazubillah)Namun, ingatlah wahai diri, memasuki jemaah ini pun mengajar kita supaya bermujahadah. Mujahadah nafsu rehat, malas, nafsu jahat dan semuanya kalau kalian perasan sudah menjadi darah daging kita di saat ini. Melepaskan diri dari sesuatu yang kita telah biasa lakukan adalah enak, best sekali.

Tinggalkan ia seolah-olah seorang perokok yang meninggalkan rokoknya. Betapa banyak tindak balas badannya yang menghatar signal betubi-tubi ke otak. Symptom of withdrawals yang pertama akan dialami penghenti hisap rokok adalah kegetaran yang amat sekali. Duduk tidak senang. Mahu menjerit,mahu menangis, dan angin naik hingga kepala sehingga mahu memukul sesipa sahaja yang berdekatan. Sampai ke satu peringkat , signal yang diberi kepada otak berhenti seolah-olah mendatar tanpa sebarang kemahuan pun kepada rokok. Proses ini rata-rata mengambil masa selama bertahun-tahun.

Begitulah jua analogi kita jika kita berada di dalam Jemaah, ada yang baru setahun, setahun dua, dan beberapa bulan. Namun masa bukan penentu. Tetapi sejauh mana kita memantapkan fikrah kita dalam perjuangan ini. Sejauh mana kita benar-benar ikhlas ‘memberi’. Di dalamnya terdapatnya manusia yang penuh dengan pelbagai ragamnya.Hendak atau tidak, mana-mana Jemaah pun yang kita pilih, kita pasti akan ada sedikit sebanyak masalah dalam mengenali ahli-ahli di dalamnya. Kerana berjemaah itu bermaksud bermasyarakat. Setiap yang kita ‘deal’ memiliki hati yang berwarna warni warnanya. Ada yang cepat mesra, dan ada juga sebaliknya.

Kadangkala, kita seringkali mengeluh kepenatan, ketidakpuasan hati dan sebagainya. Tahniah kepada kalian kerana anda telah mengalami ‘symptoms of withdrawal’ yang akak sebutkan tadi. Sedar atau tidak,Ini semua adalah kerana nafsu kita telah tertipu oleh syaitan. Kita perlu sedar syaitan tidak suka kita buat kebaikan. Buat pimpinan, syaitan tipu kita dengan perasaan bangga kerana ‘banyakkannya’ kerja yang kita lakukan. Buat ahli yang lain, syaitan tipu perasaan kita dengan mengatakan ‘ Awak tak layak nak bergerak dan menjadi seorang pendokong’. Alangkah Bijaknya syaitan, dan alangkah Jahilnya kita kerana membiarkan ia berlaku.

 

Antum percaya apa yang akak fikir? FIkir-fikirkanlah. Ada masa kita diuji..maka sangat-sangat perlu kita muhasabah, sejauh mana qiam dan penghayatan kita terhadapnya. Sejauh mana kita membaca Al Quran dan sejauh mana kita mampu amalkannya. Dan akhir sekali, sejauh mana hubungan kita dengan Allah , dan bagaimana kita tunjukkan melalui perhubungan sesama manusia. Setiap perkara adalah berkait antara satu sama lain. Maka bermuhasabahlah selalu. Kenapa akak kata demikian? Kerana satu sahaja…ia seperti penghisap rokok yang telah berjaya berhenti dan tiada lagi signal yang dihantar ke otak untuk mahukan rokok. Maka pesakit tadi boleh diumpamakan seperti hamba-hamba Allah yang tegar dengan godaan syaitan dan nafsu kerana sudah memiliki nafsu MUTMAINNAH. (Al Fajr : 27)

Siapakah yang disebut Nafsul-Muthmainnah?

Al-Qur’an sendiri menyebutkan tingkatan yang ditempuh oleh nafsu atau diri manusia. Pertama Nafsul Ammarah, yang selalu mendorong akan berbuat sesuatu di luar pertimbangan akal yang tenang. Maka keraplah manusia terjerumus ke dalam lembah kesesatan karena nafsul-ammarah ini. (Lihat Surat 12, Yusuf; ayat 53).

Bilamana langkah telah terdorong, tibalah penyesalan diri atas diri. Itulah yang dinamai Nafsul-Lawwamah. Itulah yang dalam bahasa kita sehari-hari dinamai “tekanan batin”, atau merasa berdosa. Nafsul-Lawwamah ini dijadikan sumpah kedua oleh Allah, sesudah sumpah pertama tentang ihwal hari kiamat. (Surat 75, Al-Qiyamah ayat 2).

Demikian pentingnya, sampai dijadikan sumpah. Karena bila kita telah sampai kepada Nafsul-Lawwamah, artinya kita telah tiba dipersimpangan jalan; atau akan menjadi orang yang baik, pengalaman mengajar diri, atau menjadi orang celaka, karena sesal yang tumbuh tidak dijadikan pengajaran, lalu timbul sikap yang dinamai “keterlanjuran”.

Karena pengalaman dari dua tingkat nafsu itu, kita dapat naik mencapai “An-Nafsul-Muthmainnah”, yakni jiwa yang telah mencapai tenang dan tenteram. Jiwa yang telah digembleng oleh pengalaman dan penderitaan. Jiwa yang telah melalui berbagai jalan berliku, sehingga tidak mengeluh lagi ketika mendaki, karena di balik pendakian pasti ada penurunan. Dan tidak gembira melonjak lagi ketika menurun, karena sudah tahu pasti bahwa dibalik penurunan akan bertemu lagi pendakian. Itulah jiwa yang telah mencapai Iman! Karena telah matang oleh berbagai percobaan.

ISTIKHARAH YANG BETUL ADALAH BILA KITA MELAKUKANNYA DALAM KEADAAN KITA NEUTRAL@ TIADA ‘BIAS’

BANYAKKAN ISTIGFAR AGAR DOA MAKBUL, REZEKI LUAS

Terkesan sungguh kali ini dengan ibrah ayat (Nuh:10-12) pohonlah keampunan jika engkau ingin memohon pembuka jalan daripada Allah

Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kpd Tuhanmu’, sesunguh Dia ialah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kpdmu dgn lebat, dan membanyakan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. [Nuh : 10-12]

Daripada Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsir berkata :” Maknanya, jika kalian bertaubat kpd Allah, meminta ampun kpdNya dan kalian senantiasa menta’atiNya, niscaya Ia akan membanyakkan rezki kalian menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kalian berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk kalian, melimpahkan air susu perahan untuk kalian, membanyakan harta dan anak-anak untukkalian, menjadikan kebun-kebun yg di dalam bermacam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai diantara kebun-kebun itu (untuk kalian)”. [Tafsir Ibnu Katsir, 4/449]

Mungkin..kita perlu banyak beristigfar dan memuhasabah diri… Doalah yang terbaik dari Allah. Moga Allah buka jalan untuk kita semua. Wahai diri, bersabarlah..sudah tentu Allah ingin menguji mu agar mendapat kesenangan selepas kesusahan. Jangan mengeluh..teruskan mujahadahmu,amalan sholehmu dan teguhkanlah cita-cita dan impianmu agar syaitan pun tak mampu menganggu gugat imanmu. Seeru ‘ala barakatillah..

Allah!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s