Hati-hati Dengan Pandangan

bismiLLah..

 

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG : TARBIYAH MEMACU LANGKAH PEJUANG.

 

Alhamdulillah..bersyukur kepadaNya atas segala nikmat kurniaanNya. Yang sentiasa menjadikan diriku begini. Tidak sombong di atas muka bumi ini. Daku sedari akan setiap kekurangan dan kelemahan diri. Moga Allah berikanku kekuatan dalam menelusuri kehidupan baru ini. Alhamdulillah..saat-saat yang ditunggu telah sampai. Ingin ku kembalikan semula keharmonian rumah ini. Ayah sekali lagi yang tak dapat membuka mata kirinya betul-betul akibat retinopathy, mak yang telah kelihatan tersangat penat. Ya Allah.. make me strong. Moga kembaliku di sini bukan lagi menyusahkan tapi ingin memudahkan. Jalan dakwah memang sukar jika keluarga menjadi satu cubaan terbesar. Ya Allah sekali lagi, Kau kuatkanlah daku.Berapa ramai manusia yang diuji , setiapnya menerima berlainan ujian mengikut kadar keimanannya. MasyaAllah.. ini baru sedikit. Beryukurlah wahai diri!

 

PANDANGAN MATA

 

Zaman yang penuh kekeruhan dan kerosakan. Di mana-mana sahaja terdapat tinggalan kesan-kesan ghuzwatul fiqh(Perang pemikiran). Gembira sungguh musuh-musuh Islam di luar sana ya. Umat Islam yang berpecah belah. Anak-anak remaja sudah hilang jati diri seorang muslim. Pakaian ‘al Haya’ ‘ hilang, mereka yang tiada sifat itu, membuat sesuatu yang diluar batasan; ikut sesuka hati mereka. Mereka itu mangsa keadaan. Kita yang sedar pula bagaimana? Adakah benar-benar kita akan sentiasa terjaga? Atau kita juga akan menjadi mangsa? Pesanan Nabi saw kita sentiasa menyuruh kita melazimi doa ini

Hadits ini adalah riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan emnggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’”

 

Ameen.

 

Islam mengajar kita bahawa haram melihat yang haram . Hinggakan ada sebahagian mengatakan menonton televisyen yang menunjukkan wanita tidak bertudung pun boleh jadi haram. Seorang yang terjaga akhlaknya, imannya akan sentiasa menjaga dirinya untuk yang halal baginya. Namun kini, berapa ramai yang tidak lagi mengendahkannya? Tepuk dada tanyalah iman. Pelbagai sudut kekuatan yang diterima oleh seorang mukmin yang kuat mujahadahnya.( Diambil daripada karangan Ibnu Qaiyyim Al Jauziyyah)

 

* Membersihkan Hati Dari Derita Penyesalan.

 

Pandangan haram itu umpama bara api yang dilemparkan ke dahan-dahan kering. Jika tidak membakar semuanya tentu ia akan membakar sebahagian di antaranya.

 

* Mendatangkan Cahaya Dan Keceriaan Di Hati.

 

Cahaya itu datang dan dapat dilihat pada wajah dan seluruh anggota tubuhnya.(AnNur:35)

 

* Mendatangkan Kekuatan Firasat(Instinct) Yang Benar.

 

Firasat itu sebenarnya adalah termasuk daripada cahaya dan buah cahaya (Nur). Jika hati bercahaya maka firasatnya tidak akan salah. Ini kerana hati itu kedudukannya seperti cermin yang meperlihatkan seluruh input yang ada padanya. Sedangkan pandangan itu umpama nafas di cermin. Jika manusia  tidak menjaga pandangannya , maka ia seolah-olah menghembuskan nafas di cermin hatinya, sehinggakan ianya menjadi pudar.

 

* Membuka Pintu Dan Jalan Ilmu Serta Memudahkan Untuk Mendapatkan Ilmu.

 

Kita semua perlu sedari bahawa sememangnya jika hati bersinar terang , maka akan muncullah hakikat-hakikat keilmuan itu, malah ia akan diserap dengan sangat mudah.Namun jika tidak dijaga, maka sebaliknya akan berlaku.

 

* Mendatangkan Kekuatan Hati , Keteguhan Dan Keberanian.

 

* Mendatangkan Kegembiraan , Kesenangan Dan Kenikmatan.

 

* Membebaskan Hati Dari Tawanan Nafsu Syahwat.

 

* Menutup Pintu Neraka Jahannam

 

* Menguatkan Akal.

 

Sekadar itu sahaja perkongsian bermakna ini. Moga diambilnya manfaat buat mereka yang sentiasa berfikir.

 

Allahua’lam

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG ; TARBIYAH MEMACU LANGKAH PEJUANG.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s