Makkah: Siri 2

bismiLLah..


Alhamdulillah..syukur dengan nikmat iman,islam,sempat dan sehat. Ya Allah berikanlahku peluang berbakti kepada orang tuaku walaupun kutahu, satu hari nanti aku bakal bergelar seorang doktor yang waktu kerjanya tak menentu, ataupun bergelar seorang isteri yang sudah pasti perlu mengikuti suaminya, satu hari nanti..ya..satu hari nanti tanggungjawab akan sentiasa melebihi daripada masa yang Kau kurniakan ini

Allah!

Masjidil Haram

Saat ku berpijak pada tanah suciMu ini, kepalaku serabut dengan seribu macam perkara. Bagaimanakah hotel yang ayah dan kami semua bakal duduki? Ada Ram kah untuk wheelchair ayahku lalu? Seribu macam kepala ku risau yang bukan-bukan. rabbi Yassi wala tu’assir..hatiku berdoa. Ya,tentu DOA , DOA dan terus ber DOA.. jangan pernah jemu untuh berdoa. Diringkaskan cerita, mak begitu yakin mengusung ayah tanpa bantuan adik lelaki ku kerana dimana-mana sahaja yang kami pergi, ada sahaja Pak-pak Arab yang sudi membantu kami menolak sekiranya kami ke tempat yang agak tinggi . Jalan yang penuh dengan lekuk-lekuk tidak melemahkan semangat mak dan ayah. Apa agaknya perasaan ayah berada di atas kerusinya itu? Apa-apa pun daku bersyukur,alhamdulillah.. kerana mak ku sangat senang nak redha dengan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Kami tinggal di sini lebih kurang tujah hari. Alhamdulillah walaupun ada berbagai dugaan, namun Allah banyak memudahkan urusan kami di sini. Hari pertama di hotel ,iaitu selepas berniat umrah wajib di bir Ali , kami bersiap-siap untuk ke masjidil haram bagi menunaikan umrah pertama dalam hidupku. Kalau sebelum tak faham-faham bagaimana umrah ini dibuat, akhirnya ku faham jua. Mula-mula, kami berniat ihram, tapi bersyarat untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini sehingga dikenakan dam. Kemudia, sampai sahaja di masjid, solat tahiyatul masjid dan menuju ke kaabah untuk menunaikan tawaf umrah. Selepas itu,kami solat sunat tawaf di hadapan kaabah dan menuju ke safa untuk menunaikan saie serta bertahalul setelah tertib.

Tempat kelahiran nabi (saw)

‘Ya Allah, benarkah daku sudah berada di sini atau ini adalah mimpi semata? Barangkali, ini laluan yang rasulullah sering lalu? Para sahabat? ya.. daku kagum sekali dengan tanah suci ini. Kalau dulu, daku sangat suka bertafakkur melihat ciptaan Allah terutamanya laut dan langit. Indah sekali. Laut dan langit di ireland atau belfast misalnya, tersangatlah cantik. Namun, sewaktu daku pergi berjaulah di Mesir, takku sangka lautnya juga jernih dan biru-kehijauan..subhanallah.. Maha suci Engkau ya Allah yang menciptakan langit dan bumi ini.  Kalau kat Mesir, perkara pertama yang daku masih ingat sampai sekarang adalah bintang-bintang yang teramat banyak dapat dilihat sewaktu perjalanan kami ke Sinai, Jabal Tur. Langit bagaikan tiada hijab; tidak ada yang ditutupi awan. Maka, tersergam indahlah langit sewaktu itu dengan bintang-bintang (najm) yang Allah ciptakan.

Ni kali pertama rasanya, daku terpegun dengan Kaabah, baitullah(Rumah Allah). Saat indah pertama daku melihat kaabah, ku panjangkan doa-doa kerana ku tahu saat pertama memandang Kaabah, mustajab doanya. MasyaAllah.. Tak boleh kulupa wajah kaabah yang menyebabkan mataku ini tidak berkelip-kelip lamanya. Subhanallah.. Sempat juga daku membayangkan, ketika orang lain di seleuruh dunia menunaikan solat menghadap Kaabah, daku kini sudah berada dalam lingkungan 10-100 barisan saf yang paling hadapan sekali dan paling dekat dengan qibla yang selama ini ku hadapkan. Mengasyikkan betul rasanya.

Beruszlah, Melepaskan kerinduanku pada DIA

Hari keduaku di sana, daku bercadang untuk plan jadual ibadahku di sana. Walaupun demam on off, daku gagahkan jua untuk merancang sesuatu untuk diri ku ini. Setiap kali selepas solat subuh, daku akan pulang untuk makan pagi dan bersihkan diri untuk menuju semula ke baitullah. Daku azamkan untuk beruszlah bersendirian dengan Allah setiap hari di depan rumahNya. Alhamdulillah..dengan kudrat yang Engkau kurniakan,kau kuatkan daku ya Allah. Terima kasih Tuhan.. T_T. Saat ini, daku mengambil sebanyak boleh peluang daku meminta agar taubatku diterima, andai esok tiada lagi buat ku, Kau jadikanlah ia kerehatan buat daku.

اَللَّهُمَّ اَصْلِحْ لِىْ دُنْيَاى الَّتِىَْ فِيْهَا مَعَاشِىْ وَ اَصْلِحْ لِىْ اخِرَتِىَ الَّتِىْ فِيْهَا مَعَادِىْ وَ اجْعَلِْ الْحَيوةَ زِيَادَةً لِّىْ فِىْ كُلِّ خَيْرٍ وَّ اجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِىْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Allahumma aslih li diiniyalladhi huwa ism’atu amri wa aslih li dunya-yallati fiha maashi; as aslih li akkirati yallatiha fiha ma’adi waj’alil hayata ziyadatan li fi kulli khairan waj’alil mawta rahatan li min kulli sharrin

O Allah! Set right for me my religion which is the basis of my affairs. Set right for me my world in which I live. Set right for me my Hereafter to which is my return; and make life for me an increase in every good; and make death a comfort for me from every evil.

Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s