Enti fein ?

bismiLLah…

Wahai Yang Bernama Diriku,

Telah menulis Imam Ahmad Rifaie dalam kitabnya

Adalah Malik B Dinar Rahimahullah selalu menangis dan berkata:-

Hai jiwa! Engkau kepingin hendak duduk di samping ALLAH dan kepingin melihat Nabi pilihan (’Alahihumussalam)

TETAPI

Syahwat mana yang telah engkau tinggalkan?!

Yang jauh mana satukah Engkau telah dekatkan kepada ALLAH?

Kekasih ALLAH yang engkau sudah cintainya kerana ALLAH?

Musuh manakah yang sudah engkau bencinya kerana ALLAH?

Kemarahan yang manakah yang sudah engkau menahan diri kerana ALLAH?

TIDAK!

Kalaulah tidak kerana Rahmat ALLAH dan PengampunanNYA ……

Maka Malik B Dinar kemudiannya pun pengsan.

Begitulah,

Kisah para salaf yang mampu membuatkan diri terpana

Jesteru itu,

Wahai yang bernama diriku

Engkau yang masih sedikit mujahadahnya

Engkau masih banyak syahwat yang didahulukannya

Engkau masih banyak nafsu liarnya

Engkau masih banyak lalainya

Bukan

Bukan dirimu yang menjadikan dirimu

Bukan ketaatan itu hasil usahamu

Bukan kebaikan itu milik dirimu

Kalaulah tidak kerana ALLAH memberi

Engkau tidak merasa apa itu taat & ibadah

Kalau tidak kerana PemberianNYA

Engkau tidak berada dalam penghambaan

Di balik simpar siur kelalaian dan maksiahmu itu

Jangan sedikitpun dirimu merasakan

Engkau miliki apa yang engkau ada

Wahai yang bernama diriku

Engkau berharap memilik tempat mulia di sisi Rabmu?

Sebenarnya masih belum layak lagi dirimu

Dalam syahwah dan nafsu yang dibebas lepas

Engkau masih tertipu

Dalam kibriya’ dan memandang manusia dan dirimu

Dalam ujub, riya dan nafsu yang beraja

Engkau tidak sangat masih tidak layak

Untuk apa-apa

Sampai kapan pun

Jika bukan kerana Belas Kasihan dan Rahmah ALLAH

Oleh itu WAHAI JIWA DIRIKU

TUNDUKLAH ENGKAU DI HADAPAN RABMU!!

sumber

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s