Madinah: Siri 1

Masjid An Nabawi, Madinah

‘ wahai humaira’, tahu tak awak sedang memijak tanah yang  pernah dilalui oleh Rasulullah saw, kekasih Allah?’ monolog dalamanku berbicara. Rasa sungguh kagum dan teharu dengan perngorbanan si kekasih Allah. Dalam masa yang sama, ia mengingatkanku gelaran manja Rasulullah buat saidatina aisyah, humaira’ (yang merah- kemerahan) itu. ‘Ya..namaku ada dalam sirah nabi’ panggilannya diingat-ingat..namun, hina dan dina rasanya diri ini hendak membandingkan diri dengan ummatul mukminin tersebut..antara perawi yang banyak meriwayatkan hadis dari suaminya, baginda Rasulullah saw.’daku, bagaimana? banyak dosa, banyak kekurangannya,bagaimana diriku nanti bila bergelar seorang isteri, seorang daie?’ ayuh! wahai si merah-kemerahan, berubah la kamu sebagaimana Allah berfirman bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi ia tidak mengubah dirinya sendiri. Astaghfirullahal azim

SERINGKAH KITA TERFIKIR ….BAGAIMANA MULIA DAN BERSIHNYA HATI NABI SAW…BAGINDA TETAP TERSENYUM BILA DIBENCI…TETAP TENANG BILA DIMUSUHI..TETAP MEMBANTU WALAU DISAKITI…TETAP MENYERU WALAU DIUSIR PERGI…KENAPA KITA MUDAH BENCI BILA DIKASARI…MUDAH PUTUS ASA BILA YANG DILAKUKAN TIDAK MENJADI…MUDAH KECEWA BILA ORANG LAIN TIDAK MEMAHAMI..MUDAH TERGURIS BILA KITA DINASIHATI…AYUH!BANGKITLAH DIRI RENDAHKANLAH HATI!! AGAR SEGALA YANG INDAH MENGHIASI PERIBADI…KERANA QUDWAH KITA ADALAH NABI..KERANA ITULAH SIFAT HAMBA ALLAH SWT YANG HAKIKI… (kata nasehat kak mus yang cukup terkesan buat diri ini)

Catatan ini , ku warkahkan pengalaman pahit dan manisku ketika di haramain(2 tanah suci) , Madinah dan Makkah. Daku bersyukur kerana dikurniakan rezeki untuk menjadi tetamu Ya Allah, menziarahimu wahai Rasulullah saw.Labbaikallahumma labbaik..terimalah daku ya Allah menjadi tamuMu..

Subhanallah luas sungguh masjid nabawi ni..tong2 air zam2 disusun dengan teratur di setiap sudut,semua wanita dalam masjid ni berjubah hitam,berpurdah..saat itu daku amat kagum,apabila muslimat keluar dari rumah mereka berjubah,berpurdah hitam,tidak sewenang-wenangnya mempamerkan kecantikan yang dianugerahkan..berbeza sungguh dengan orang kita.

Ayah

Setibanya di Jeddah, kami menaiki bas ke Madinah selama 5 jam. Ayah yang sewaktu ini telahpun wheelchair bounded selama setahun menggigihkan diri memanjat tangga bas semata-mata kerana ingin menjadi tetamu Mu. 10 tahun, tak pernah naik bas, 16 tahun tak pernah naik kapal terbang akhirnya..sesuatu yang luar biasa memaksa satu kerahan buat muscle ayah untuk berkerja. Siapa yang membiarkannya? Allah sahaja la yang menguatkan ayah. Setahun daku di dublin, tak pernah pulak tahu ayah dah wheelchair bounded. Setahu aku, ayah masih boleh bertahan dengan tongkat kaki satunya itu. Namun, tak kusangka..badan ayah sudah tidak seperti dahulu. Pemergianku ke tanah Haramain ini membawa satu harapan agar boleh mengusung wheelchair ayah,tolong mak, namun, ia tinggal sebagai angan-angan. Daku tak cukup stamina.lelah,capek bak kata ustaz sonhaji. Nasib baikla adik lelakiku itu mampu membuatnya sedikit-sedikit. Kudrat kami tak begitu kuat..Tapi semangat mak nak bawak ayah lagi kuat lagi dari kudrat seorang lelaki biasa. Semangatnya yang kental, banyak berkorban mencari rezeki, hingga gelaran professor pun mak tak pernah nak menunjuk-nunjuk dan mengeluh.Wahai anak, berbaktilah kepada kedua orang tuamu!

Raudhah

Hari itu, kami hendak ke raudhah untuk mengucapkan selamat tinggal pada Nabiullah ‘ya Rasulullah saw, kami akan keluar dari Madinah tak lama lagi’  Hati siapa yang tak pilu, hati mana yang tak tersentuh untuk berpisah dengan Masjid An Nabawi ,tempat Rasulullah dimakamkan.

Tempat memberi salam kepada Nabi Muhammad s.a.wUlama telah bersepakat mengatakan bahawa menziarahi baginda adalah sebesar-besar usaha mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik-baik ketaatan. Orang yang menziarahi juga hendaklah berniat menziarahi masjid baginda kerana baginda telah bersabda bahawa sembahyang di dalamnya lebih baik dari seribu sembahyang di tempat yang lain melainkan Masjidilharam.

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
(Janganlah kamu bersusah payah untuk musafir melainkan ke tiga buah masjid: Masjidilharam, masjidku ini dan Masjidilaqsa).

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang menziarahi maqamku, pasti dia mendapat syafaatku).

sumber

Doa..doa..jangan jemu berdoa. Alhamdulillah ya Allah kerana izinkan daku menjejak di raudhah ini bak sabda nabi, ianya antara taman-taman syurga. Benar..hatiku tenang di sana..rasa dekat dengan Rasulullah saw dan rasa taqarub dengan si Pencipta Alamin.Setakat ini dahulu. Nantikan episod Makkah: Siri 2

Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s