Anak yang Sholeh (ulangan)

Bismillah…saya mulakan penulisan ini dengan nama Allah..moga Allah berkati sisa hidup kita yang saat ini penuh dengan kesibukan. ya Allah..dah lamanya tak update blog . Sekali lagi, nak istiqamah dalam penulisan ini bukanlah senang..memandangkan kerja-kerja jemaah dan bebanan pelajaran berlipat kali ganda nampaknya. ‘Ala kulli hal, saya akan sedaya upaya ya Allah..untuk selesaikan urusan dan amanah mu ini.

Alkisahnya, penulis ingin sekali berkongsi pengalaman buat pertama kalinya menjadi baby sitter beberapa postgraduate (abang dan kakak-kakak yang penulis kenali sebagai aktivis dakwah di bumi ‘celtic’ ini). Alhamdulillah, kelmarin, hari yang amat padat untukku. namun Allah pilih diriku untuk membantu mereka yang memerlukan.

Sering kali penulis dikisahkan mengenai anak-anak pejuang islam yang tercicir dalam kesibukan ibu dan bapanya. Namun berbeza betul mereka seolah-olah anak-anak ini telah dididik ibu bapa yang bergelar ustaz dan ustazah.Kehadiran penulis sebagai ‘Achik’ kali pertama ini tidaklah menjadikan penulis begitu kekok kerana kanak-kanak memang hatinya bersih , bersih dari dosa..sejuk mata memandang, riang rasa hati melihat tingkah laku mereka. Mereka sangat senang menerima kita, kita pun senang menerima mereka. Ya Allah rindunya penulis pada faisal, sholehah, zulfa,inaz, adawiyah,fatini, noaim, dan ryan. kelakar melihat gelagat mereka. bertuah ibu bapa mereka ya.

Ketika waktu Zohor , achik-achik mengajak mereka yang dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun untuk solat. Terus sahaja faisal berkata ‘i wanna be imam’..’should I do iqamah’  ..namun ketika masing-masing memulakan solat, imamnya si faisal,’ sunyi’ sahaja, tanpa perkataan ‘Allahuakbar’ dijaharkan ,tapi pergerakannya masih dapat diikuti rakan-rakannya yang lain. Yang peliknya, bilangan rakaat adalah betul. ‘Subhanallah …bagusnya didikan ibu bapa budak ini’ Bisik hatiku. Memang pada mulanya nak tergelak tapi mereka ini tersangat la comel.

Begitulah rentetan kisah penulis pada minggu ini setelah berbulan lamanya meninggalkan blog. Tergerak untuk menulis setelah sekian lama kerana incident tertentu yang menimpa diri penulis. Antaranya kisah seorang rakan penulis, yang juga guru saya, moga Allah berkati hidup cikgu dan terus kuatkan dan tabahkan hati cikgu dalam perjalanan ini. Ameen ya Allah. Dan terakhir mengenai keputusan mid term yang penuli dapat baru-baru ini benar-benar menguji ketabahan hati. ‘Iftah ‘alaina futuhal ‘aarifin, Allahummar Zuqna fahman nabiyyin, wa hifzhol mursalin, wa imaani muttaqin..birahmatika ya arhaman rahimin’

 

comment (di copy dari blog lama) maaf kak sumayyah..blog baru ada masalah ^^

alQasam
hadithuna.com/members/alqasam/
alqasam@gmail.com
203.82.79.110

Askum

Adik yang akak rindui. Apa kabar? Ada dapat email yang akak send untuk blog personal. Jemputlah dan sudi2lh berkongsi pandang ya.:)

Take care dan teruskan menulis!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s