The Qadar (1)

Satu kisah-oleh lia

Kisah bermula dua setengah tahun lepas..

“mak, lia nak ambik borang scholar balik boleh? lia tak nak jd dokter la..lia nak ambik dentistry..” kataku di dalam kereta. Ayahku memandang ibuku.suasana di dalam kereta tibe2 jadi sepi ”wahh dah sampai kat parkson!jom turun” jerit adik-adikku..ayah ,sewaktu itu sudahpun memakai tongkat selepas 4 tahun operation kaki. ”mak, ayah marah lia ke?” tanyaku setelah melihat laju bebenor ayah ku berjalan meninggalkan kami. ”em tula ko, dah hantar borang, baru nak cakap” tegur ibuku kemudian mengejar ayahku yang jauh meninggalkan kami. Em, rase bersalah menyelubungiku.”em, takpela biarje la mana tahu ini yang terbaik untuk kaudah.istikharah dah dibuat..ini mesti bukan keputusan yang sia-sia dengan izinNya!” gertak hatiku. ” Ya Allah jika pilihan ini adelah terbaik untukku, untuk agama ku dan untuk mase hadapan ku, maka permudahkan la jalan ini untukku, tapi jika sebaliknya, maka jauhkan la ia dariku” rintih hatiku yang sudahpun berbaur kesedihan + pasrah, redha..Kehidupanku setelah itu telah ditentukanNya untuk ke matriks. Disana, aku kenal pelbagai jenis manusia..ketika itu..bermula la waktu aku mengenal islam’ yang selama ini aku cari-cari dalam hidupku. Ya Allah! aku sudah pun 18 tahun hidup..tapi, baru sekarang?? baru sekarang aku mnyedari apa itu ‘Islam’ yang sebenarnya? [tapi still ini..baru sahaja permulaan] .

Setelah satu setengah bulan kat matriks

Ring! Ring! aku menanti panggilan ku dijawab..”Mak, tawaran lia ditolak …suasana terdiam seketika…[hati ibu mana tak sedih melihat anaknya tidak berjaya mndapat tawaran ke luar negara. Tapi itulah hakikat..aku terus tabah mengharungi ujianMu ini walaupun dalam lubuk hatiku..padaku…ia bukanlah segala-segalanya…namun “expectation” from parents menyebabkan selama seminggu ku kebuntuan memikirkan ”mcm mane nak score matriks ni?mengapa perubatan juga yang mak nak lia ambik?nanti kalau kami semua jadi doktor, siapa nak jaga mak ayah kat rumah?” em itu je yang mampu ku fikir..setelah rase bersalah yang membuak-buak di hatiku terhadap ibuku,aku tak terfikir lansung tentang aku belajar kerana apa?kerana apa? kerana dunia? kerana orang sekeliling ku?pening! aku mampu menangis sahaja..susah ku untuk terima kenyataan ini..Dalam masa yang sama juga aku telah diduga dengan seorang insan yang mengatakan ” Jika cintakan seseorang, agama adalah benda pertama yang dia pilih untuk memilih diriku” walaupun aku sering berdalih namun perasaan dalam hatiku Allah sahaja yang tahu..itulah kali pertama aku diuji dan ia pasti akan mejadi yang pengalaman pertama dan terakhir untukku.

Seminggu terakhir di matriks [Ketika semua orang sibuk memperkatakan tentang tawaran dan bersiap-siap keluar meninggalkan matriks]

”Ili, ana tak dapat tawaran”beritahuku kepada sahabat karibku.” ye ke anti?? Anti jangan la bersedih. mungkin ada hikmah di sebaliknye..lagipun terus terang ana kata,ana gembira anti dapat bersama dengan ana di sini…”menangis sahabatku.. erk sahabat ku gembira? Em dalam masa yang sama, diriku berasa bersyukur sekali kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti ili..banyak yang die telah bantu dan beri semangat kepadaku..seminggu terakhir di matriks merupakan saat yang paling bermakna untukku kerana di situ ku tahu , apa itu maksud REDHA…bukan sekadar kata-kata di mulut..tapi bagaimana merasainya..alhamdulillah sampai sekarang tak pernah ku rasakan ketenangan seperti sewaktu itu..

[aku redha ya Allah..aku pasrah akan ketentuanMu, ya Allah ..aku tahu aku sudah banyak dosa dengan Mu..moga2 dengan kesabaran ku ini, Kau gantikan daku yang lebih baik]

ujian demi ujian menguatkanku mengenal apa itu erti TABAH..mungkin i’d learnt it in a hard way..ape2 pun pengharapan padaMu yang paling kuutamakan..LA ILAA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN…[tiada tuhan melainkan engkau ya Allah…Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri] inila doa yang sering ku lafazkan sewaktu solat malam ku.

Tiga hari terakhir di matriks

“Anti, ana ade satu benda nak bagitahu anti..anti bersabar banyak-banyak tau..emm ana dapat uia, ana rase ana nak pg ke uia sebab mak ana…..” sedihnye melihat sahabat ana menagis sekali lagi..ana pun menangis sekali..itulah persahabatan kami jika segalanya kerana Allah..alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah pernah memberiku peluang merasai apakah itu bersahabat kerana Allah..manis sangat..hargailah sahabat kalian dengan baik..sbb peluang ni takkan muncul banyak kali…rutinku setiap hari, pergi kelas bersama ili, duduk didalam bilik kuliah bersama2..kalau sorang lambat, sorang lagi’ copkan’ tempat..pergi solat kat masjid, study di surau bersama sambil membincangkan Islam dan Manusia…wahhh rindunye!!! Naimah, syikin, munifah, ili, amalina, hidayah dll .Em..itu la…mungkin Allah nak tunjuk betapa banyaknye nikmat yang Allah kurniakan padaku dan banyak pula yang tak pernah kite syukuri…alhamdulillah atas kesempatan yang telah Engkau beri padaku selama ini…semoga hari-hari kemudian, mulutku, hatiku, tingkahlakuku tidak putus-putus menyukuri nikmat Mu…

Matriks uia

Wahhh bestnye kat sini…malam terakhir orientasi, kami dihiburkan dengan kumpulan nasyid Mestika dan Hijjaz di padang uia..meriah sungguh!! “mak, terima kasih sbb dapatkan lia masuk uia!” itu lah kataku yang ku ingin ucapkan pada ibuku..rase nak telefon sangat..tapi takut tak dengar, bising sangat kat sana..emm jadi tersimpanla ia di dalam dadaku..em kat sane ramai kawan-kawan , hanisah (kelantan mari) n banyak lagi.rase mcm dah lame duduk kat situ.tapi yang paling tak dapat lupa, kak mariah(baru sahaja mngabiskan program persijilan di DQ) , sbb kakak ni la yang banyak sedarkan diriku yang kian lalai dan alpa. Terutama bila aku mengajukan soalan seperti ” Ada tak hubungan rapat antara lelaki dan perempuan dalam Islam?”…sejak itu, aku tidak percaya pada kata-kata manis manusia. Sebab telah ku sedari..jangan senang-senang percaya kan manusia…ini kerana istikharahku menjawab segala persoalan..alhamdulillah..semuanya adalah dengan izinNya. Bukan senang nak kata dengan mulut ” kami bercouple cara Islam”. Ahh…benci hatiku memikirkan kata-kata itu. Tidakkah mereka fikir bahawa tanggungjawab sebagai Daie bukan lah semudah itu..apa? mereka sudah faham benar-benar apakah ia kefahaman islam.?perkara yang haram tetap la haramnya..Kadang-kadang perhubungan yang haram itu, telah dicantikkan dengan pandangan syaitan yang cuba ‘mengiakan ‘ hubungan itu. [Ya Allah…tunjukkan aku kebenaran atas kbenaran..dan dekatkan ku padanya.. dan tunjukkan la padaku kebatilan dengan kebatilan agar aku dijauhkan daripadanya..amiin]doa ku setiap aku dalam kekeliruan.

Tujuh hari selepas dimatriks

Ring! Ring! Ring! Mak telefon tibe2. katanye” alia, ko dapat tawaran MARA” kata ibuku dalam kegembiraan “hah?lia dapat tawaran MARA? Betul ke ni mak? Tak nak la mak..lia seronok duduk kat sini..lia betul-betul tak nak” em itulah yang mampu ku lafazkan sewaktu mengetahui rayuanku telah diterima. Waktu itu, mak sangat gembira. Hati anak mana yang tak tersentuh melihat air muka mak yang kegembiraan..alhamdulillah..setelah lia menunaikan solat istikharah..hatinya telah mndorong dirinya untuk pergi ke kmb..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s