Post:next week insyaAllah

istighfar x. dan salawat keatas nabi muhammad s.a.w.ana ingat kupas ayat ni masa usrah depan.

surah at-Taubah, ayat ke-38:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu! Apabila dikatakan kepada kamu: “Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah”, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

****

Post Usrah Lalu

Em,Alhamdulillah…semuanya berakhir dalam masa yang terlalu singkat..beryukur padaMu ya Allah…Engkau permudahkan segalanya…Ana terdetik untuk menyentuh tajuk ini yang mana ana sendiri terfikir napa la ana tak buat sebelum ni. Takpe..Allah knows the best for me. Cumanya agak terkejut jugak bila ana mendengar reaksi mereka. masing-masing pun ‘takut’ dengan perkataan ‘dakwah’. Ana agak puas hati setelah sekian lama , barula ada masa ana boleh mengenal dan menyelusuri pemikiran mereka. walaupun hanya 1% , tapi ana dah cukup gembira. Moga Allah pemudahkan lagi.amiin

Kakak Naqibab ” Jadi , insyaAllah hari ni akak nak adik-adik buka alquran surah At taubah:38.so sapa nak baca?”

Adik-adik ” baik kak!saya nak! ” semangat betul mereka ni. dulu masa usrah, ana la yang last sekali nak volunteer. hehe

Setelah dibaca ayat itu, kakak naqibah pun mula lah dengan tafsiran yang agak general..tak cukup ilmu lagi nih…[monolog dalaman]

“Baiklah, akak nak tanye, rase-rasenye apa yang susah nak buat dalam hidup kite? “

semua orang terpinga-pinga.

“baiklah macam ni, kalau ikutkan mana yang susah, kite nak amar maaruf ke..nahi mungkar yang susah?”

semua orang gelisah sambil menunduk-nunduk kepala.

“ha’ahla kak…susah la kite nak suruh orang jangan buat tu …buat benda yang tak baik ni, sy tak berani” beberapa adikku yang lain mengangguk-angguk kepala serentak.

oo lupanya ini la reaksi diorang ek..memangla berat menanggung tanggungjawab ni..tapi lagi berat rasanya menanggung berat beban maksud syahadatul haq agaknya, ini baru sikit , dik.

Ya Allah..waktu tu Allah je yang tahu perasaan ana..mungkin penyampaian ana kurang beri kesan agaknya. mungkin ana kena lebih banyak berdoa dan bangun malam kot. huhu

“baik la kalau macam tu, adik-adik kena yakin dan cuba develop perasaan tu..sebab selamah-lemah iman kite kena ada perasaan bencikan maksiat dan cuba tanamkan azam untuk mula dengan sikit-sikit” k?

“Jadi, memandangkan kite masuk tajuk dakwah tadi, jadi akak nak perkenalkan adik-adik dengan buku BAHTERA PENYELAMAT karangan Fathi Yakan.jangan trauma ye dengan tajuk buku ni ‘pendakwah’ ni skop dia luas…pendakwah tu bukan setakat ustaz-uztazah atau kakak naqibah, tapi pendakwah tu ‘kita’ lah. senang je analogi akak, kalau adik kecik kita main api, kita akan buat apa? kita kaan cakap jangan main api, api bahaya.” itupun dikira dakwah. kan. so dakwah ni sebenarnya fitrah asal kita la kan. betul tak?”

semua adik-adikku senyum . hehe ananlogi akaknya yang kelakar sikit kot.Mereka buat kali pertama mengeluarkan pendapat ” akak, saya nak akak fotostat kan boleh..senang, kiteorang malas nak tulih..hehe” alhamdulillah…satu peningkatan..sekurang-kurangya , ana tahu apa yang adik-adik ana nakkan. hehe insyaAllah itulah apa yang kakakmu ini sudah lama fikirkan.

Begitulah..rentetan usrahku yang lalu..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s