“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”

 

bismiLLah..

(artikel ini penulis ambil dari artikel tahun 2008 dahulu. Buat peringatan )

Alhamdulillah..itulah ucapan yang ana mampu keluarkan setelah membaca artikel dari seorang ustaz yang ana kagumi. Menarik sungguh kupasan yang beliau sentuh. Sekadar pendapat peribadi , dalam kehidupan seharian, memang kita berdepan dengan situasi sebegini. Selama ini, ana pun tertanya-tanya hakikat yang berlaku sekarang pada sesetengah sahabat ana. Sibuk dengan kerja dakwah…tapi lansung tak bersemangat nak pergi ke kelas! Ya Allah..moga sahabatku itu terus diberi kekuatan dan semangat membara untuk ke kelas. Ana tertarik dengan teguran membina ustaz disini:

DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

 

dipetik dari: http://saifulislam.com/

 

Setelah ana membaca, memang benar apa yang dikatakan ustaz. Maka sahabat-sahabat, ana ingin mengingatkan diri ana dan sahabat sekalian..berjaga-jagalah dengan setiap niat yang kite terapkan dalam setiap amalan kita. Ana tidak lah layak digelar aktivis dakwah, namun kadang kala, ana menggunakan istilah tersebut jugak ketika menulurusi jalan dakwah ini. Tapi, ana tak pernah la pulak terpikir untuk meninggalkan pelajaran sampai begitu sekali. Selama ini, usrah, majlis ilmu seumpamanya lah , tempat ana mencari semangat yang membara untuk mempelajari ilmu Mu..ana sedar kelemahan ana disitu. Namun, segalanya adalah kerana dengan pengahayatan Islam sebenar-benarnye ana merasai rasa tenang, ceria dan semangat dengan nikmat iman dan islam tersebut. Ini sebenarnye FITRAH manusia yang Allah ciptakan.Alhamdulillah.. Allah masih menjaga diriku yang serba cetek ilmu ini. Ingat lagi, masa kecik-kecik, ana seorang pelajar yang malas untuk sekolah. Mungkin kerana suasana waktu tu memberi ana tekanan kerana seringkali dibuli sehingga ana pernah sekali dipanggil pengetua kerana bergaduh dengan seorang budak. Waktu itu, ana baru bertukar sekolah rendah agama dan dimasukkan ke kelas peralihan. MasyaAllah..Allah sahaja tahu perangai budak-budak waktu tu. hehe budak-budak lg waktu tu..harap mereka sudah menjadi ‘seseorang’ sekarang.

 

Namun, memori ana tentang ustazah yang mengajarku dahulu masih segar diingatanku. Ustazah Maimunah…baik sangat. selalu bimbing ana dalam pelajaran. Ana ingat lagi, ustazah ana pernah menceritakan beliau pernah mimpi bertemu rasulullah s.a.w! Sejak dari itu, ana sering mengimpikan impian seperti itu juga. Ana mula suka membaca buku-buku tentang sirah rasulullah. Tidak dinafikan, ana memang tak minat subjek sejarah atau kajian tempatan yang diajar di sekolah kebangsaan, tetapi, ana suka sangat belajar sirah..dan minat ana tu, sampai sekarang masih segar dalam hati ana. Alhamdulillah… Ana yakin Allah tak jadikan sesuatu tanpa sebab, kerana ketika naik ke tahun baru , ana berjaya terpilih memasuki kelas paling atas setelah mendapat tempat kedua di dalam kelas. Itulah yang Allah janji, setelah kesusahan ada kesenangan…indah sungguh Islam.. Dan inilah juga yang sedang dan telah berlaku pada ana. Moga didikan Allah kepada ana dengan kepelbagaian ujian ini, meningkatkan ketaqwaan ana kepadaNya..amiin…

 

Allahu’alam…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s