Becoming a better muslimah..
May 16, 2009
-Nak berkongsi satu artikel menarik yang ana pun rasa ia sangat berkesan buat diri ini.
Personaliti:
11.Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana hidup dan perjalanan mereka pasti berlainan dengan kita, dan kita tidak tahu apa yang telah mereka hadapi. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang kita ada. Kerana Allah amat sayangkan orang-orang yang pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.
12. Jangan befikiran negatif terhadap sesuatu perkara di dalam apa2 pun benda yang di luar kawalan kita. Tumpukan tenaga untuk perkara-perkara positif yang berlaku sekarang. Bersangka baiklah terhadap Allah. Iaitu berfikir positif dengan apa yang ada pada kita. Kerana Allah menjadikan sesuatu perkara , tidak sia-sia.
13. Jangan terlebih buat atau terlebih2 dalam sesutau perkara. Bersederhanalah. Islam amat menganjurkan kesederhaan.
14. Jangan serius sgt.
15. Jangan buang masa kita dengan hal-hal gossip dan bercakap mengenai orang lain. Dalam erti kata lain. Jangan mengumpat. Mengumpat itu seperti memakan daging orang yang kita umpat itu- Huraian dari sabda nabi.
16. Bermimpilah banyak di dalam nyata dari alam mimpi . Iaitu bercita2 dan mencapainya.
17. Cemburu itu membuang masa kita . Sebenanya kita sudah punya segala apa yang kita perlu. Namun cemburu dibenarkan dalam membuat kebaikan dan mengejar ilmu.
18. Perkara yang lepas , lupakanlah. Janganlah kita mengingatkan pasaangan atau kawan-kawan kita mengenai perkara atau kesalahan yang lepas, kerana ianya akan merosakkan kebahagiaan kita sekarang.
19. Hidup ini terlalu pendek utk membenci orang lain. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membenci orang lain.
20. Redzalah dengan apa yang perkara yang sudah anda tempuhi. Jangan jadikan kesedihan yang lepas menganggu hidup kita sekarang.
21. Diri kita yang berhak menentukan kita hendak bahagia atau tidak . Di dalam surah – ar’rad ayat 11 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
22. Sedarilah bahawa hidup ini adalah seperti sekolah di mana masalah adalah kurikulum yang akan berubah setiap masa. yang penting adalah, pengajaran berkekalan yang didapati untk bekalan sepenjang hidup ini.
23. Bergembiralah dan ceria dengan seyuman dan ketawa yang baik.
24. Tidak perlu untuk menang dalam segala hal, cubalah utk bersetuju dalam perkara yang anda sendir tidak bersetuju. Bermakna, dalam setengah perkara, kita perlu mengalah. Kebenaran tetap akan datang. Dan berani lah utk mengaku kesalahan yang kita lakukan.
One paper left
December 13, 2008Alhamdulillah…ana bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku..

Dah lama ana tak update dengan blog ni. Kesian tengok die. Alone~
Baru sebentar tadi, ana terbaca coretan hati kakak kesayanganku, wardatul baido’.. jazakumullahu khair kaithiran kak. Seperti orang lain, ana pun tergamam dengan kisah kakak ku itu. selama ni ana keluar, gelak2 semasa cuti summer yang lepas, boleh ana tak tahu kisah kakak ku ini? astaghfirullah…minta maaf kak.. sesungguhnya Allah dan akak sahaja yang tahu hikmah tersembunyi, agar akak lebih kuat dan tabah. Ya Allah…moga titisan air mata yang mengalir ini membuatkan ku lebih tabah dan tidak banyak merungut. Nak dibandingkan dengan ujian ku..Allah…apa lah sangat.Sebenarnye ada banyak list nasihat yang telah kuterima dalam beberapa bulan ni:
- dari kakakku sayang: kalau ,kita ada idea, dan idea kite ni diterima , maka, janganlah kite berasa bangga dengan apa yang kite kata. sepatutnya kita kena istighfar banyak2. (bagi ana, sebab kite mungkin riak dan syaitan akan menguasai diri kita)
- dari seorang bro: (dgn tegas) jangan la kita merendah-rendahkan orang. Itula..yang berlaku pada kita , pabila kite merasakan kite telah berada di atas. ( ana assume teguran itu adalah untuk ana huhu~)
- dari seorang kakakku sayang kedua: seorang pemimpin yang mantap bakal meninggalkan organisasi . hati ana memberontak dan akhirnya bertanya, “akak, mcm mana dengan lepas ni?” ” Ingat tak, kisah semasa Rasulullah wafat, apa yang saidina abu bakar kata? Kalau Engkau ikut Muhammad, baginda sudah wafat, tapi kalau Engkau ikut Allah…Allah takkan binasa….~ (nampak mcm biasa, tapi ana betul2 terkesan..astagfirullah T_T)
Tambahan pula, mode exam yang melanda kami semua..benar2 membuatkan masing-masing untuk berada dalam ‘ kepompong’ nafsi-nafsi. Ana pun sama huhu ~ Cuma..ana sangat setuju dengan apa yang kakakku sayang tulis dalam blog nye. Kalau setiap kali peperiksaan , Allah akan uji diri ana, tapi kali ni, Allah benar-benar uji diri ana supaya ‘clear’ dengan diri sendiri. Jelaskan fikiran kenapa perlu belajar semua ni. InsyaAllah…walaupun susah, ana dah mula belajar slow-slow…Ya Allah walaupun.sudah berkali-kali Engkau berikan ku peluang untuk meneruskan bidang ni…maka ya Allah…bantulah daku sekali lagi kali ini dan seterusnya..sesungguhnya Engkau lah yang berkuasa..lebih berkuasa daripada pemeriksa kertas-kertas peperiksaan ku itu. allahualam
~ pesanan untuk diri….jangan jadikan exam tu ‘tuhan’ akibat terlalu takut dengan nya lebih dari Dia..ighfirli ya Allah.. hamba Mu ini akan terus dan terus mencuba.
Allah…kurniakanlah kami kekuatan…
November 24, 2008Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah 9: 41)
Semut..?
November 4, 2008version 1
baginda S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud : Hampir tiba suatu masa di mana bangasa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan semut-semut yang mengerumuni roti .Maka salah seorang sahabat bertanya : Apakah dari kerana kami sedikit pada ketika itu? Nabi menjawab : Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn. Seorang sahabat bertanya : Apakah wahn intu Ya Rasulullah? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut kepada mati
version 2
baginda S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud : Hampir tiba suatu masa di mana bangasa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan mereka Maka salah seorang sahabat bertanya : Apakah dari kerana kami sedikit pada ketika itu? Nabi menjawab : Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn. Seorang sahabat bertanya : Apakah wahn intu Ya Rasulullah? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut kepada mati
Inilah gambaran sebenar yang bertepatan dengan sabadaan nabi S.A.W. walaupun bilangan Umat Islam dalam lingkungan 1/5 penduduk dunia, namun mereka sentiasa ditindas, diinjak-injak, dipersenda dan dibunuh dengan penuh kejam. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza agama mereka sanggup bersatu demi demi untuk melihat kejatuhan Islam. Dan punca bagi segala bala bencana yang menimpa Umat Islam adalah dari diri mereka sendiri iaitu dari penyakit wahn yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang sangat merbahaya iaitu cinta dunia dan takut mati. Cinta dunia bererti tamak, rakus, bakhil dan berlebih-lebihan dalam menghimpun kesenangan dunia. Takut mati pula bererti leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat apa-apa persiapan untuk menghadapi akhirat dan tidak mempunyai keinginan langsung untuk berkorban di dalam memperjuangkan agama Allah.
ok nak sambung study, alhamdulillah result mid term ok,takpe, teruskan usaha lagi! ya Allah…sampai termimpi-mimpi hari ini. ya Allah aku mohon padaMu ya Allah..buangkan lah penyakit ‘takut’ exam ni dan janganlah jadikan ia melebihi ketakutanku kepadaMu..kerana exam bukan Tuhanku.ya Allah ighfirli ya Allah…3x
allahualam
Iman
November 2, 200812 Langkah Penyegaran Iman
Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah untuk meningkatan iman dan menyegarkan kembali komitment kita kepada Islam ; seperti yang disarankan oleh Syikh Fathi Yakan dalam buku beliau yang berjodol: “Klinik Dakwah “. Saranan tersebut telah ditokok tambah oleh Ustaz Abdul Hamid al Kibti hingga menjadi 12 agenda. Iaitu:
- Melaksanakan 12 raka’at sunat nawafil ; iaitu 2 sebelum fajar , 4 sebelum zohor dan 2 raka’at selepas zohor, 2 raka’at selepas maghrib, 2 raka’at selepas isya’.
Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan membinakan untuk kita yang terus menerus melaksanakan amalan berkenaan dengan sebuah rumah di syurga..
Dalilnya ialah sabda Rasulullah.S.A.W. :
“من صلَّى في يومٍ اثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة” (رواه مسلم). “
“Siapa yang menunaikan saban hari 12 raka’at solat sunat secara sukarela nescaya dibinakan untuknya ( oleh Allah) sebuah rumah di syurga.
2 Menunaikan dua raka’at solat sunat tiap malam.
Natijah yang di harapkan ialah: Doa dimakbulkan , dosa terampun dan hajat disempurnakan.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له” (رواه البخاري).
”Tuhan kita S. W. T. turun ke langit dunia setiap malam apabila tinggal sepertiga malam. Allah berfirman : Siapakah gerangan yang berdoa kepada Ku untuk aku makbulkan doanya. Siapa pula yang memohon sesuatu untuk Aku berikan permohonannya. Siapa pula yang memohon istighfar kepada Ku untuk Aku ampunkan (dosanya).”
3.Menunaikan solat Dhuha dua, atau empat, atau lapan raka’at.
Natijah yang di harapkan ialah: Terlaksananya penunaian sedekah bagi tiap siku atau sendi sendi tulang belulang kita.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“يصبح على كلِّ سلامي من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحه صدقة، وكلُّ تحميده صدقة، وكلُّ تهليله صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى” (رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه) .
”Setiap siku dan sendi tulang belulang anak Adam wajib dikeluarkan sedekahnya. (Untuk pengetahuan anda ) Setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah , setiap takbir sedekah,amr makruf sedekah, nahi ’anil munkar merupakan sedekah. Namun tanggungjawab mengeluarkan sedekah untuk sendi-sendi itu boleh dijelaskan dengan penunaian dua raka’at sembahyang dhuha.”
4. Mengamalkan bacaan Surah al- Mulk (Tabarak)
Natijah yang di harapkan ialah: Terselamat dari seksa kubur
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي “تبارك الذي بيده الملك”" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.
(Dalam al Quran ) terdapat satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat . Surah ( dan ayat ) ini akan terus menerus memohon syafaat sehinggalah (pengamalnya) diampunkan (dosanya). Ayat tersebut ialah :
“تبارك الذي بيده الملك”"
5Mengamalkan budaya menyebut :
“لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير”.
”Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tidak ada sekutu baginya. Allah memiliki kerajaan alam buana dan bagiNya segala tahmid (puji). Allah maha berkuasa berbuat apa sahaja.”
Natijah yang di harapkan ialah: Perbuatan tersebut menyamai pembebasan sepuluh orang hamba, dituliskan untuk pelakunya seratus pahala kebaikan. Dihapuskan untuknya seratus kejahatan dosa. Amalan itujuga menjadi pendinding dari syaitan.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك” (رواه مسلم).
”Siapa yang menyebut-nyebut: Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya. Segala kerajaan dan pujian untukNya. Dia maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja - sebanyak seratus kali maka perbuatan itu ibarat membebaskan sepuluh orang hamba sahaya. Akan dituliskan untuk (pembaca)nya seratus pahala kebaikan dan dihapuskan baginya seratus dosa kejahatan. Bacaan tersebut akan terus menjadi pendidingnya dari (gangguan) syaitan dari pagi hari hinggalah ke petangnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menampilkan kebaikan yang lebih afdhal dari itu kecuali orang yang membaca bacaan itu lebih banyak daripadanya.”
6.Membaca selawat Nabi seratus kali.
Natijah yang di harapkan ialah: Tersisihnya diri dari sifat bakhil dan mendapat restu serta rahmat Alllah S.W.T.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا” (رواه مسلم). وقوله : “البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ” (رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح ).
“Siapa yang mengucapkan selawat untuk ku dengan satu selawat nescaya dibalas Allah baginya sepuluh restu dan rahmat. (Hadith riwayat Muslim) dan Hadith : “Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebut (di hadapannya) nama ku ia sedikitpun tidak berselawat untuk ku.” (riwayat Termizi )
7.Mengamalkan bacaan :
“سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم”
Sebanyak seratus kali .
Natijah yang di harapkan ialah: akan ditanamkan untuknya seratus batang pohon kurma di syurga.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة”رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.
“Siapa yang menyebut : Maha suci Allah dan segala tahmid bagi Allah yang Maha Agong; nescaya ditanamkan untuk pohon kurma di syurga. (Hadith riwayat Termizi)
8. Menyebut “Istighfar “ seratus kali
Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan hilangkan segala kerunsingannya dan murahkan reskinya.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
“من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب”رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.
“Siapa yang mengamalkan secara berterusan “istighfar” nescaya Allah lepaskan dia dari segala kesulitan, Allah hilangkan kerunsingan hatinya. Allah beri dia rezeki dari sumber yang dia tidak menyangkanya sama sekali. ( Hadith riwayat Abu Daud).
9. Melazimkan diri dengan pembacaan wirid al Quran, satu juz atau satu Hizb.
Natijah yang di harapkan ialah: Dapat meraih kebaikan dan penggandaan pahala serta mendapat ketenangan jiwa.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :
” من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف” (رواه الترمذي ). وقال تعالى : ” الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ” (الرعد: 28 ) .
“Siapa jua yang membaca satu huruf dari al Quran maka nescaya Allah akan memberikan satu pahala kebaikan dan pahala itu akan digandakan pula menjadi sepuluh kali ganda. Saya tidak maksudkan satu huruf itu ialah ialah perkataan ألم . Tapi sebaliknya Alif dikira satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. Allah berfirman : “Orang yang beriman itu hati mereka akan tenang bila menyebut nama Allah. Memang dengan menyebut nama Allah lah hati-hati (manusia ) akan menjadi tenang. (Surah al –Ra’d :28)
10 Memperuntukkan masa walau sekelumit untuk memanjatkan doa munajat dan rintihan pilu kepada Allah S. W. T. setiap hari.
Natijah yang di harapkan ialah: Untuk meningkatkan kekuatan batin dan rohani yang boleh membantu sesorang menghadapi cabaran hidup, mengukuhkan sandaran diri kepada yang Maha kuat dan gagah , meringankan keresahan jiwa di samping memohon kemantapan langkah dalam perjuangan.
Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.:
” أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ” (النمل: 62 ). وقوله سبحانه : “وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ” (البقرة : 186) .
“Siapakah gerangan (selain Allah) yang menyahut seruan orang yang terdesak dan yang dapat menghindarkan mereka dari kecelakaan.” (Surah Al Naml :62)
“ Seandainya para hambaKu bertanya tentangKu (maka katakanlah) Aku ini sangat hampir kepada mereka; Aku sentiasa menyahut seruan orang yang menyeru dan berdoa kepadaKu. Oleh itu hendaklah mereka menyahut panggilanKu dan beriman kepadaKu . Mudah-mudahan (dengan itu) mereka menjadi manusia yang waras.” (Surah al-Baqarah:186)
11. Mengamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang bacaan zikir al Ma’thurat.
Natijah yang di harapkan ialah: Untuk menghayati dengan penuh semangat akan segala makna dan nilai-nilai suci yang terkandung dalam seluruh sebutan suci dan mulia yang tertera dalam zikir berkenaan . Ini juga bertujuan untuk memantapkan diri dengan saranan dan arahan mulia yang tersirat dalam bacaan tersebut.
Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.
” فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ” (غافر:55) .
Maka bersabarlah ; sesungguhnya janji Allah itu memang benar adanya. (Di samping itu) beristighfarlah (kepada Allah) memohon ampun kepadaNya terhadap dosamu seraya bertasbih dan bertahmid memuji (kebesaran) tuhanmu setiap pagi dan petang. (Ghafir:55)
12.Elakkan bermalas-malas; sebaliknya hiduplah dengan semangat persaudaraan yang positif dan bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik , mantapkan persaudaraan dengan orang lain dengan sopan santun dan budipekerti yang mulia.
Natijah yang di harapkan ialah: dengan semangat pergaulan yang baik itu dapat kita menerapkan buah dari hasil keimanan yang positif dengan berkongsi pengalaman yang baik dan manis dengan orang lain. Jadi penghayatan rohaniah itu dirasakan juga oleh orang lain dan bukan hanya sekadar ulangan sebutan wirid dan zikir di bibir sahaja .
Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.
” وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ “(التوبة :71).
“Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ; mereka itu sesama sendiri adalah saling bantu membantu (satu sama lain); mereka saling menyuruh (orang lain) berbuat baik dan saling menegah (orang lain) dari (melakukan) kemunkaran. Mereka menunaikan solat , mengeluarkan zakat, mematuhi Allah dan RasulNya. Golongan itu bakal dirahmati oleh Allah . Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”
Sabda Rasulullah:
” لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق” . رواه مسلم ، وقال صلى الله عليه وسلم قال: ” اتق الله حيثما كنت ، وأَتْبِعِ السَّيئةَ الحسنةَ تَمْحُها ، وخالقِ الناسَ بخُلُقٍ حسنٍ ” (رواه الترمذي).
“Jangan anda memandang ringan kepada sesuatu amalan kebaikan , walaupun sekadar bertemu sahabat dengan wajah yang ceria.” (Riwayat Muslim) .
Sabda baginda lagi:
“Bertakwalah kepada Allah di mana jua anda berada, ikuti keburukan dengan perbuatan kebaikan yang boleh menghapuskan (kesan)nya , bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Termizi).
Semoga dengan melaksanakan 12 bentuk amalan ini kita akan lebih dirahmati dan dikasihi oleh Allah Azza Wajalla.
Ya Allah kasihanilah kami dan ampunkan dosa kami dan dosa ibu bapa kami.!
Dimanakah Kekuatan Islam??
November 1, 2008Teringat ana sewaktu di tanah air 3 bulan yang lepas, Ustazah Nasriah pernah menyampaikan pengisian yang cukup bermakna buat diri ini. Ana ingat lagi, kesibukan di rumah dahulu banyak membuat diriku mengeluh. walaupun ana tahu, Allah tak suka hambanya yang suka mengeluh.kadang-kadang ana usaha juga ya Allah…tapi kadang-kadang juga ana kalah pada hawanafsu. Namun, pada masa itu, menitis air mata kerana teguran tajam ‘mengena’ pada ana.
Sayang sungguh padaMu ya Allah…sayang sungguhMu padaku…rasanya boleh dikira dengan sebelah jari sahaja, banyak mana diriku pernah dibiarkan begitu sahaja dengan iman yang merundum.(tentulah sewaktu diri ini kalah pada kemalasan berjuang dengan hawanafsu) Namun, sejak dahulu lagi, Engkau tidak pernah lupakan daku. Ya Allah… igfirli ya Allah..lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzhoolimin..amiiin
Point yang ana palin tersentuh pada waktu itu adalah perlunya kite merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta
bersabda “hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang
atau sebagai orang yang melintasi jalan.” Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada
diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu
pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu
berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika
engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.” (AlBukhori)
Teguran, nasihat demi nasihat diberikannya supaya akhwat yang hadir hari itu sedar dengan perlunya kite menggunakan tenaga muda remaja kita ni dengan sebaik-baiknya. Waktu inilah kita ada masa untuk gerakan, waktu ini sahaja la, waktu remaja kita….lepas tua nanti, tiadalah lagi zaman remaja kita ini. Wahai diri, masihkah dikau ingat pada firman Allah (8:60)?? Allah sendiri mengingatkan kita agar persiapkan diri dengan segala kemampuan yang ada agar boleh berdepan dengan tertera-tentera musuh. masyaAllah…
ingatkah wahai diri, akan firman Allah ayat (8:65)
Wahai nabi! kobarkanlah semangat para mukminuntuk berperang . Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang saba diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.
Allahualam..jazakillah sis, yang membentangkan usul 20 dengan begitu cemerlang sekali. ayuh sahabat! Mari kita Muhasabah diri!
Sabda nabi,’” umat islam akhir zaman ini terlalu banyak, tapi sayang, mereka diibaratkan seperti roti yang diselimuti dan dibawa semut-semut !”
-roti:umat Islam
-semut: penyakit wahan; cintakan dunia dan takutkan mati
allahualam
Ayuh kita kumpulkan kekuatan!
November 1, 2008Ya Allah..jadikanlah ku golongan yang menfaatkan masa dan kehidupanku..amiin ya rabb. Sebentar tadi, ana baru sahaja selesai usrah. Usrah ni, bagi ana, satu keperluan yang wajib untuk diikuti buat diri yang sudah memasuki sesuatu gerakan. Indah sungguh pertemuan kami kali ini kerana dapat berukhwah kembali bersama rakan-rakan sahabat. rindu pada mereka walaupun ‘kesibukan’ memisahkan dan menjauhkan ukhuwwah. astagfirullah… silap ana, silap ana juga kerana sudah tak berdaya menahan sabar yang sudah lama terpendam. cuma , kini ana tak berasa apa-apa lagi. ana rindu sahabat-sahabat yang mengajak ana study kerana Allah, ingatkan ana ketika terlupa, dan macam-macam lagi. ana rindu sangat pada kalian. mungkin kah perbezaan tempat tinggal dan komitmen sekarang menjauh kan kita wahai sahabat-sahabat?
Belajar perubatan ni memang besar dugaannya. Yang lain pun, sama juga. Ana tiba-tiba teringat dengan pesanan kak mas sewaktu di tanah air supaya dalam gerakan kita ini, perlulah ukhuwwah itu diutamakan setelah yang lain-lain yang utama. Dimanakah ana sekarang? Mampukah ana bertahan? Kalau dahulu ana kurang memahami mengapa ana kena buat semua ini? jadual rutin ana disemak..disuruh menepati kriteria-kriteria (spt solat tahajud, sunat dhuha, puasa dll). Mengapa orang lain tidak sebegitu? Mereka dapat seronok-seronok dengan hidup mereka. bak kata orang-orang tua, kais pagi , makan pagi, kais petang, makan petang. hehe macam tak masuk je. takpelah. tapi point yang ana nak bawa,ialah kini ana terlalu sedar dengan proses pentarbiyahan yang sedang dan sampai bila-bila ana lalui.
ana sudah faham..ya Allah kini, ana sudah faham ya Allah.. masakan pohon bergoncang jikalau tiada angin? Dugaan yang menimpa hambaNya memang sudah tentu ada, yang berbeza antara mereka dan kita adalah sejauh mana dugaan yang menimpa. Mampukah setelah antum mengatakan antum sudah naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan rasulullah pensuruh Allah, namun antum tidak akan diuji? Mustahil bukan? nak tak nak, memang akan ada dugaan tersebut, ya Allah banyaknya yaAllah…mampukah ana menanggung segalanya ? ha… itulah yang ana ingin tanye pada diri ana, banyak manakah amalan sunat yang telah ana lakukan selama ini? adakah sewaktu senang, ana terlupa untuk lebih banyak bersyukur dan bermunajat? Iya..mungkin dengan itu sahaja, soalan ana sudah terjawab. Ingatlah, wahai diri, perkara-perkara sunat yang digalakkan kepadamu adalah untukmu jua. Tahukan diri, dengan amalan sunat seperti bacaan Quran, qiam dan puasamu itu mampu mendekatkan dirimu dengan Pencipta. Bila hubungan kita akrab dengan Allah,dengan mudah bila kita merintih dan ingin meminta pertolongan , Allah akan sempurnakan hajat kita.Dari situlah, perasaan ketidakcukupan masa untuk belajar dan lain-lain akan mudah Allah lapangkan buat kita.Namun, masih belum sedarkah wahai DIRI?
Maka SEDARLAH !
SEDARLAH!
Allahualam…
Sahabat..indah bersahabat jika semuanya kerana Allah
October 19, 2008
Alhamdulillah ‘minggu’ yang amat berat dan besar telah pun melabuhkan tirainya. Segala macam kemudahan yang Allah kurniakan kepadaku dan sahabatku walaupun dengan satu malam sahaja banyak memuhasabahkan diriku. Subhanallah….ingin menitis air mata ni, mengingatkan kembali nikmat tuhan….[nikmat tuhan yang mana satukah engkau Dustakan??] ..ampun ya Allah..rabb segala alam semesta..ighfirli ya Allah…amiin.
syahdu…syahdu sangat ya Allah bila diri ini kembali menghayati luahan hati sahabat perjuanganku ini. Ukhuwah yang berbuah dalam hati-hati ini, membuatkan diriku berasa syahdu dan lebih semangat pabila membaca entri beliau.
moga Allah kuatkan hati sahabat ku.walau apa dugaan sekalipun yang mendatang. ingatlah sahabatku.. ‘jalan ini pernuh liku’ , yang membezakan kita adalah ketakwaan. dugaan itu tanda ujian kepada ketakwaan. tentu Allah turunkan dugaan buat hambaNya yang bertakwa. amiin..
moga entry ini menjadikan diriku terus bersemangat dan istiqamah dalam perjuangan.amiin
moga diriku menjadi muslim yang lebih baik hari ini daripada semalam, dan lebih baik pada esoknya.
*****
Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
Pada malu & kebekuan
Pada hidup bersama famili,
dan bukannya hidup orang berhijrah & terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan mewah
dan dengan langkah yang longlai,
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan,
tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak,
kamu dipimpin bukan memimpin
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah
Hidup kamu… Selama-lamanya
Aku pula berkata:
Hidup ini adalah gerakan,
bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah jihad,
akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur.
Ia adalah membela hak,
merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah,
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi,
tugas kamu memimpin,
Kamu boleh berkata YES dan NO
apabila kamu mahu dengan pandangan yang tajam.
-Yusuf Al-Qardhawi-
Enter your password to view comments |
Posted by dalam jiwa hamba
Posted by dalam jiwa hamba
Posted by dalam jiwa hamba 





