Alhamdulillah..ya Allah..atas segala nikmat iman dan islam yang masih lagi berpadu dalam hatiku. Ana sudah dapat menyangkan apa yang akan berlaku hari ini. alhamdulillah ..bukan kerana ana berjaya ‘melarikan diri’ tapi alhamdulillah..mereka buat pilihan yang tepat. Jikalau sebelum ini ana hanya diberi tugas sebagai sebagai ‘pencatit’, ana tak kisah jika diberi tugasan yang sama.
Ana yakin, apa yang ana buat selama ini pun tak lain tak bukan kerana nak dapatkan keredhaan Allah taala. Ana hanya insan kerdil yang cintakan redha dari Mu ya Allah..pengalaman yang lalu banyak mengajarku erti pembaziran masa,dan perlunya kepada memanfaatkan masa muda ni. Kalau kawan-kawan ada yang kata, couple, tengok wayang, travel tanpa hala tuju ni, seronok dan sebagainya, ana berani katakan ana tak nampak ia bermanfaat. Umat islam seluruh dunia sedang menunding jari, meminta pertolongan hasil dari kejatuhan khilafah 1924 dahulu kepada kita, tapi kita tak mahu bergerak?tak mahu menunaikan tuntutan syahadah. ya Allah…ana pun kalau nak ikutkan hati, susah..susah nak buat semua ni..tapi kenapa? kenapa tuan guru nik aziz sampai sekarang tak pernah berhenti berdakwah,tak pernah kenal penat lelah? tentula sebab ini;
PENGHUNI MAHSYAR MINTA DIPERCEPATKAN HUKUMAN
” Satu Pertanyaan timbul di kalangan ahli mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar tu? Tiada siapa pun yang tahu. Perit derita di alam mahsyar itu membuatkan mereka sudah terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidah berhenti-henti, namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu pada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan mengisi perutnya, tanpa setitik air yang membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yang boleh memberikan sedikit kelegaan.
Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak, setengahnya pula berdiri dengan kepala kebumi, mereka berkeaaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari, kerana matahari sudah tidak beredar seperi di dunia dahulu. Sesaatpun manusia, tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat.
Saiydina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50, 000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni akhirat masyar berdiri selama kira-kira lebih lima ribu juta tahun.
Waktu yang begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia di bumi mahsyar , suatu tempoh deraan yang tidak tertanggung oleh manusia sementara menunggu ari perhintungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan laksana seperti yang diibaratkan oleh Rasulullah s.a.w laksana anak-anak panah yang disumbat kedalam bakul dengan teresak-esak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas , menahan dahaga bagaikan terbakar kerengkongnya dan rasa lapar yang tidak dapat dibayangkan lagi.
Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling ke arah neraka. Inilah arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka tidak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka, betapa pula apabila mereka di arah menghadap ke arah nerakayang apinya menjulang, dengan arahan itu, tidak seorang pun yang dapat berpaling dari neraka, kecuali mereka yang mendapat rahmat Allah.
Ketika sedang terlalu dahaga , datang malaikat Zabaniah membawakan air untuk mereka , pada mulanya ahli mahsyar bergembira, tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut para ahli mahsyar , lantas daging muka mereka luluh berguguran kerana air yang dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tingga tengkorak yang hangus.
Demikianlah Allag SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yang memerintah pada hari akhirat , suatu hari yang amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yang besra apabila enggan melaksankan hukum dan peraturan Allah.
Ketika Allah SWT melimpahkan rahmatNya di dunia, kebanyakn manus tidak ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui RasulNya menyatakan bahawa kasih sayangn Allah mengatasi kemarahaNya, dengan sifatNya yang Maha halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat, tetapi tidak ramai yang menghiraukan rayuan Allah.
Pada hari mahsyar tibalah masanya bagi Allag membuktikan peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yang mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yang sebenar, ianya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagiberada lebih lama di sana. Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar dan dahaga yang menghiris kerana ribuan juta tahun(menurut ukuran dunia) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yang masuk keperunya. Ketika itu kedengaran dikalangan mereka berkata” Tidak adakah dikalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman”
Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yang memberikan cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w ketika inilah bru mereka ingat nabi, walaupun semasa di dunia dahulu mereka lansung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yang mendustakan dan memusuhi nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir, orang gila dan sebagainya.
Ketika itu kebanyakan nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata” Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan hendak memperlihatkan kemurkaanNya, belum pernah tuhan marah sedahsyat hari ini”
Akhirnya mereka berjumpa dengan nabi Muhammad swa dan meminta agar diri mereka diberi syafaat , Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan tetapi hanya kepada orang yang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal sholeh. Nabi saw telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut didalam surah Thaaha ayat 1009 yang bermaksud:
” Pada Hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan dia telah meredhai perkataanNya”
Menurut imam Al Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang, sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar dengan ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu, sabar menghadapi seteru-seteru Allah, maka bagi orang itu terasa pendek masa yang dilalui di hari mahsyar.
Justeru orang-orang yang beriman dan patuh kepada suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yang haram, maka banyak masalah yang ditempuhnya, kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah. Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaab, maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di mahsyar.
Hal-hal seperti inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad didalam harakah Islamiah, kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian, dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang tidak senang. Disebabkan menyokong gerakan islam, akibatnya, dia menerima berbagai sekatan, dihalang dari menerima banuan, dicerca dan dimaki.
Namun kesemua itu akan menjadi suatu yang mendatangkan rahmat kepadanya di mahsyar kelak, apabila dia sabar di atas segala rintangan itu. Ketika manusia diperam dan dijeruk di lautan keringat dan air mata dihari mahsyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka, dengan menjadikan wahtu yang singkat di bumi mahsyar. Walhal bagi orang lain yang tidak mendapat rahmat dan syafaat, tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.