h1

Pernyakit Berjangkit vs Dngan Izin Allah

May 16, 2009

Ana sangat tertarik dengan ulasan ummi…allahualam

Assalamualaikum.

Berita Asal :
Buletin Papisma Terengganu
(dengan sedikit penambahan maklumat)

Lagi berita terbaru yang diambil dari Mstar Online petang ini (16 Mei 2009) yang semakin menggemparkan dan mencemaskan. Apakah ini merupakan bala Allah sehingga menjadi sabit yang membawa kepada kelemahan pihak berwajib dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan? Sama-sama kita fikirkannya.

Akibat terlalu longgar dalam mengawal ‘pintu masuk’ kepada virus H1N1 itu menyebabkan dalam sekelip mata sahaja virus ini telah merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam di Ibu Negara, hari ini di Pulau Pinang. Apakah slogan 1 Malaysia bakal bertukar kepada 1 Malaysia H1N1? Hanya kepadaMu jua ya Allah kami memohon perlindungan…

Nasihat Buat Umat Islam :

Jagalah akidah kita. Usah kita terikut dengan jeritan dan laungan orang lain dalam melihat isu jangkitan ini. Meskipun kita diminta berjaga-jaga seoptima mungkin, tetapi jangkitan hanya akan berlaku mengikut kehendak Allah SWT. Klik sini untuk artikel tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dan orang-orang yang kita sayangi terhindar dari ujian dan malapetaka ini.

Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi…Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…

Doa Pilihan Pelindung Keluarga

Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sahih dari nabi ini iaitu :-

من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك

Ertinya :

“Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk” maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apapun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.” ( Riwayat Muslim, 4/2080 – teks doanya adalah yang berwarna merah)

Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda :-

فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya :

Nabi bertanya : Kena apakah kamu ? Lelaki itu berkata : Aku disengat kala. Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk”, nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat” ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )

Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya :

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Doa-doa ini juga merupakan sebahagian daripada doa-doa ma’thurat. Semoga dapat sama-sama kita mengamalkannya untuk perlindungan diri dan keluarga, InsyaAllah…

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.