Archive for May, 2009

Pernyakit Berjangkit vs Dngan Izin Allah
May 16, 2009Ana sangat tertarik dengan ulasan ummi…allahualam
Assalamualaikum.
Berita Asal : Buletin Papisma Terengganu
(dengan sedikit penambahan maklumat)
Lagi berita terbaru yang diambil dari Mstar Online petang ini (16 Mei 2009) yang semakin menggemparkan dan mencemaskan. Apakah ini merupakan bala Allah sehingga menjadi sabit yang membawa kepada kelemahan pihak berwajib dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan? Sama-sama kita fikirkannya.
Akibat terlalu longgar dalam mengawal ‘pintu masuk’ kepada virus H1N1 itu menyebabkan dalam sekelip mata sahaja virus ini telah merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam di Ibu Negara, hari ini di Pulau Pinang. Apakah slogan 1 Malaysia bakal bertukar kepada 1 Malaysia H1N1? Hanya kepadaMu jua ya Allah kami memohon perlindungan…
Nasihat Buat Umat Islam :
Jagalah akidah kita. Usah kita terikut dengan jeritan dan laungan orang lain dalam melihat isu jangkitan ini. Meskipun kita diminta berjaga-jaga seoptima mungkin, tetapi jangkitan hanya akan berlaku mengikut kehendak Allah SWT. Klik sini untuk artikel tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dan orang-orang yang kita sayangi terhindar dari ujian dan malapetaka ini.
Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi…Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sahih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya :
“Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk” maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apapun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.” ( Riwayat Muslim, 4/2080 – teks doanya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya :
Nabi bertanya : Kena apakah kamu ? Lelaki itu berkata : Aku disengat kala. Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk”, nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat” ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Doa-doa ini juga merupakan sebahagian daripada doa-doa ma’thurat. Semoga dapat sama-sama kita mengamalkannya untuk perlindungan diri dan keluarga, InsyaAllah…

Qurratu’ayun Penyejuk Mata
May 16, 2009Bismillahirrahmaanirrahim….ana baru sahaja membaca artikel menarik yang dikeluarkan oleh isteri ustaz UZAR.Seperti juga ummu saif dan abu saif, srikandiharakah dan suami, mereka pun memiliki blog. MasyaAllah menarik! Suka sangat dengan semangat dakwah mereka setelah berumah tangga. Moga diri ini sentiasa istiqamah dengan perjuangan ini yang masih terlalu kecil lagi…
“ Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
( al Furqan : 74 )
Tiada lain yang lebih beerti selain kembali merujuk kepada srikandi Islam di zaman silam mengnai Qurratu’ayun. Mereka merupakan contoh tauladan buat seorang isteri yang layak menjadi ‘qurratu’ayun’ seorang suami. Mereka memiliki segala yang diidamkan, antaranya :
1 ) Isteri yang cerdik. Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tinggi. Akan tetapi, kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahu pun duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut. Tutur katanya halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati. Gurauannya bersahaja sangat menyenangkan jiwa. Dia juga bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain dan sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa sahaja tanpa rasa jemu dan perasaan layu.
Isteri yang pandai membaca riak rasa seorang suami sama ada gembira atau sebaliknya, menjadi penguat semangatnya untuk melakukan yang lebih baik pada esok hari. Kerana itu, ada pepatah mengatakan, di belakang seorang lelaki berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.
2 ) Sentiasa mendahulukan suami dari yang lain. Seorang isteri yang solehah dinilai dari ketaatannya kepada suami dalam apa jua perkara selagi ia tidak melangkaui batasan agama. Kesetiaan kepada suami didahulukan dari orang lain termasuk ibu dan bapa. Keizinan suami sentiasa diminta agar redhanya selalu mengiringi, sehinggakan untuk berpuasa sunat juga isteri perlu meminta izin suami sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud :
“Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa , sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
3 ) Mengurus rumahtangga. Tanggungjawab seorang isteri yang tidak kurang pentingnya ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Anak-anak dijaga makan dan pakai, begitu juga suami yang sentiasa dipenuhi keperluan dirinya. Rumah yang bersih, damai dan tenang akan menggembirakan penghuni yang berlindung di dalamnya. Jiwa yang tenang pasti akan melahirkan individu yang ceria gembira. Walaubagaimanapun, untuk menghias rumah, isteri perlulah mengikut kemampuan keperluan keluarga. Isteri harus pandai menghargai susah payah suami mencari nafkah buat perbelanjaan sehari-hari.
Suami mana yang tidak berbunga rasa sebaik menjengah ke dalam rumah, isteri menyambut dengan manja, anak-anak riang gembira dan rumah bersih senang dipandang mata.
4 ) Berhias hanya untuk tatapan mata suami. Isteri yang menyintai suami tidak akan membiarkan kecantikannya dilihat apatah lagi dinikmati oleh orang lain. Mata, bibir , tangan, kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk santapan mata suami yang halal baginya. Oleh kerana itu, pakaian dan penampilannya di hadapan suami sentiasa dijaga. Pelupuk mata, pipi dan bibir yang disolek dengan warna menaikkan seri wajah hanya digunakan di hadapan suaminya. Akan tetapi bila berada di luar rumahtangga, semua itu ditinggalkan. Auratnya ditutup dengan rapi. Tidak juga dia memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain agar keberkatan dalam rumahtangga tetap terpelihara.

Becoming a better muslimah..
May 16, 2009
-Nak berkongsi satu artikel menarik yang ana pun rasa ia sangat berkesan buat diri ini.
Personaliti:
11.Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana hidup dan perjalanan mereka pasti berlainan dengan kita, dan kita tidak tahu apa yang telah mereka hadapi. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang kita ada. Kerana Allah amat sayangkan orang-orang yang pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.
12. Jangan befikiran negatif terhadap sesuatu perkara di dalam apa2 pun benda yang di luar kawalan kita. Tumpukan tenaga untuk perkara-perkara positif yang berlaku sekarang. Bersangka baiklah terhadap Allah. Iaitu berfikir positif dengan apa yang ada pada kita. Kerana Allah menjadikan sesuatu perkara , tidak sia-sia.
13. Jangan terlebih buat atau terlebih2 dalam sesutau perkara. Bersederhanalah. Islam amat menganjurkan kesederhaan.
14. Jangan serius sgt.
15. Jangan buang masa kita dengan hal-hal gossip dan bercakap mengenai orang lain. Dalam erti kata lain. Jangan mengumpat. Mengumpat itu seperti memakan daging orang yang kita umpat itu- Huraian dari sabda nabi.
16. Bermimpilah banyak di dalam nyata dari alam mimpi . Iaitu bercita2 dan mencapainya.
17. Cemburu itu membuang masa kita . Sebenanya kita sudah punya segala apa yang kita perlu. Namun cemburu dibenarkan dalam membuat kebaikan dan mengejar ilmu.
18. Perkara yang lepas , lupakanlah. Janganlah kita mengingatkan pasaangan atau kawan-kawan kita mengenai perkara atau kesalahan yang lepas, kerana ianya akan merosakkan kebahagiaan kita sekarang.
19. Hidup ini terlalu pendek utk membenci orang lain. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membenci orang lain.
20. Redzalah dengan apa yang perkara yang sudah anda tempuhi. Jangan jadikan kesedihan yang lepas menganggu hidup kita sekarang.
21. Diri kita yang berhak menentukan kita hendak bahagia atau tidak . Di dalam surah – ar’rad ayat 11 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
22. Sedarilah bahawa hidup ini adalah seperti sekolah di mana masalah adalah kurikulum yang akan berubah setiap masa. yang penting adalah, pengajaran berkekalan yang didapati untk bekalan sepenjang hidup ini.
23. Bergembiralah dan ceria dengan seyuman dan ketawa yang baik.
24. Tidak perlu untuk menang dalam segala hal, cubalah utk bersetuju dalam perkara yang anda sendir tidak bersetuju. Bermakna, dalam setengah perkara, kita perlu mengalah. Kebenaran tetap akan datang. Dan berani lah utk mengaku kesalahan yang kita lakukan.

The Qadar (2)
May 15, 2009continue dengan kisah lia..
Kmb[ Kolej MentarBiyah Manusia
]
keputusan demi keputusan dalam peperiksaanku sering membuatku rasa kecewa dan berputus asa. “mungkin..niat ku salah” hati ku masih memberontak tidak mahu ambil jurusan ini. Dalam masa yang sama ia mengingatkan daku pada sebab-sebab mengapa Allah kurniakan kita ujian..[ dari ceramah ustazah bahiyah:1-Allah nak angkat darjat kita 2- Allah nak mnggandakan pahala kita 3- Allah nak mngampuni dosa-dosa kite agar jika tiba-tiba, jika Allah ingin mengambil nyawa kita, kita sudah hampir berserah padanya jika kita mampu sabar dengan segala ujianNya di dunia ini...]
“Ya Allah…mungkin apa yang ku alami sekarang adalah kaffarah buat ku…maka kuatkan hati ku agar aku lebih beriman padaMu.”
Inilah dia[ tempat di mana aku merasa lebih DEKAT padaMu atas segala ujian yang Dia sahaja tahu bahawa aku mampu mnghadapinya] itulah hakikat hidup..dulu aku yang jenis terlalu idealistik tidak mnyedari dunia ni bukanla terlalu kecil dan akhirnye ku cuba mnjadi seorang yang realistik. Banyak yang ku tempuhi di sana. Menyedari betapa diriku insan kerdil yang baru sahaja diuji secubit ujian bg mnguji keimananku, rase rindu akwat2 kat matriks , betapa ku mengerti mengapa Dia wujudkan dalam sejarah hidupku seseorang yang telah banyak mngubahku dan mngetahui bahwa bukan semua yang mampu bertahan dengan perinsip hidupku..aku bersyukur kerana dikurniakan pegangan yang sampai sekarang masih belum dapat digoyah kembali..maka segala apa yang berlaku..aku redha dengan ketentuanNya. .ape yang paling penting untukku adalah mencari KeredhaanMu.
“Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu sedangkan ia lebih buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui” [2:216]
Tak mampu kugambarkan dari awal sampai akhir pjuanganku tapi yang hanye ku dapat sampaikan…aku kian menjadi orang yang lebih kuat pendirian..Dia telah mngurniakan ku kekuatan yang mana aku amat memerlukannya selama ini..ALHAMDULILLAH..aku bersyukur…moga aku sentiasa dikurniakan kekuatan..doa mak ayah…restu mak ayah dalam hidup ku teramatla penting..moga Allah sentiasa mmbuka pntu hati mereka agar ku sentiasa mndapat redha mak ayahku..semata-mata untuk mncapai MARDHOTILLA..
Hidupku sudah ditakdirkanNya . “ada hikmah menungguku agaknya.”..itula yang sering ku katakan pada diriku…setelah aku telah berusaha pada jalan yang ku fikir paling mudah untuk diriku, namun Dia hendak menunjukkan pada diriku, ia sebenarnya merupakan jalan yang paling susah untuk ku tempuhi.”semua ini, ujian dariMu lg fikirku….takpe..aku akan berusaha…terus berusaha..”kerana ku tahu keredhaan ibuku jua membawa keredhaan Ilahi…aku yakin…kerana Dia sudah banyak mengajarku tentang erti kehidupan..
’Erti hidup pada memberi’
Aku hanya mampu berdoa jika ini adalah yang terbaik untukku dan membawaku lebih dekat padaMu maka, permudahlah…dan janganlah Engkau susahkan jalan ini..insyaAllah ..aku Redha ya Allah…ya Allah berilah aku kekuatan..amiin
Kisah ini diberi nama Qadar kerana sesungguhnya ada 4 perkara yang Allah telah tentukan ketika roh dimasukkan ke dalam jasad anak adam..1) Kebahagiannya 2)Celakanya 3) Rezekinya 4) Ajalnya..maka , setiap perjalanan hidup manusia adalah atas ketentuanNya. Namun, kita perlu ingat bahawa, perkara yang berlaku kepada kita bukanlah kebetulan yang membuta tuli sahaja, namun bagi ia adalah ditentukanNya, berdasarkan firman
” Sesungguhnya kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi” [surah a lQamar: 49]
“Dan dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menetukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna” [ Surah al-furqan: 21]
Maka, terpulangla pada kita sejauh mana kita menilai setiap peristiwa yang berlaku ke atas kita. Ketahuilah wahai diri…keyakinan pada rahmat Allah dan keadilanNya, hikmah kebijaksanaanNya…itulah satu-satunya TEMPAT PERLINDUNGAN yang aman dan paling selamat dari bisikan godaan syaitan.
-lia aka nama pena-

The Qadar (1)
May 15, 2009Satu kisah-oleh lia
Kisah bermula dua setengah tahun lepas..
“mak, lia nak ambik borang scholar balik boleh? lia tak nak jd dokter la..lia nak ambik dentistry..” kataku di dalam kereta. Ayahku memandang ibuku.suasana di dalam kereta tibe2 jadi sepi ”wahh dah sampai kat parkson!jom turun” jerit adik-adikku..ayah ,sewaktu itu sudahpun memakai tongkat selepas 4 tahun operation kaki. ”mak, ayah marah lia ke?” tanyaku setelah melihat laju bebenor ayah ku berjalan meninggalkan kami. ”em tula ko, dah hantar borang, baru nak cakap” tegur ibuku kemudian mengejar ayahku yang jauh meninggalkan kami. Em, rase bersalah menyelubungiku.”em, takpela biarje la mana tahu ini yang terbaik untuk kaudah.istikharah dah dibuat..ini mesti bukan keputusan yang sia-sia dengan izinNya!” gertak hatiku. ” Ya Allah jika pilihan ini adelah terbaik untukku, untuk agama ku dan untuk mase hadapan ku, maka permudahkan la jalan ini untukku, tapi jika sebaliknya, maka jauhkan la ia dariku” rintih hatiku yang sudahpun berbaur kesedihan + pasrah, redha..Kehidupanku setelah itu telah ditentukanNya untuk ke matriks. Disana, aku kenal pelbagai jenis manusia..ketika itu..bermula la waktu aku mengenal islam’ yang selama ini aku cari-cari dalam hidupku. Ya Allah! aku sudah pun 18 tahun hidup..tapi, baru sekarang?? baru sekarang aku mnyedari apa itu ‘Islam’ yang sebenarnya? [tapi still ini..baru sahaja permulaan] .
Setelah satu setengah bulan kat matriks
Ring! Ring! aku menanti panggilan ku dijawab..”Mak, tawaran lia ditolak …suasana terdiam seketika…[hati ibu mana tak sedih melihat anaknya tidak berjaya mndapat tawaran ke luar negara. Tapi itulah hakikat..aku terus tabah mengharungi ujianMu ini walaupun dalam lubuk hatiku..padaku...ia bukanlah segala-segalanya...namun "expectation" from parents menyebabkan selama seminggu ku kebuntuan memikirkan ”mcm mane nak score matriks ni?mengapa perubatan juga yang mak nak lia ambik?nanti kalau kami semua jadi doktor, siapa nak jaga mak ayah kat rumah?” em itu je yang mampu ku fikir..setelah rase bersalah yang membuak-buak di hatiku terhadap ibuku,aku tak terfikir lansung tentang aku belajar kerana apa?kerana apa? kerana dunia? kerana orang sekeliling ku?pening! aku mampu menangis sahaja..susah ku untuk terima kenyataan ini..Dalam masa yang sama juga aku telah diduga dengan seorang insan yang mengatakan " Jika cintakan seseorang, agama adalah benda pertama yang dia pilih untuk memilih diriku" walaupun aku sering berdalih namun perasaan dalam hatiku Allah sahaja yang tahu..itulah kali pertama aku diuji dan ia pasti akan mejadi yang pengalaman pertama dan terakhir untukku.
Seminggu terakhir di matriks [Ketika semua orang sibuk memperkatakan tentang tawaran dan bersiap-siap keluar meninggalkan matriks]
”Ili, ana tak dapat tawaran”beritahuku kepada sahabat karibku.” ye ke anti?? Anti jangan la bersedih. mungkin ada hikmah di sebaliknye..lagipun terus terang ana kata,ana gembira anti dapat bersama dengan ana di sini…”menangis sahabatku.. erk sahabat ku gembira? Em dalam masa yang sama, diriku berasa bersyukur sekali kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti ili..banyak yang die telah bantu dan beri semangat kepadaku..seminggu terakhir di matriks merupakan saat yang paling bermakna untukku kerana di situ ku tahu , apa itu maksud REDHA…bukan sekadar kata-kata di mulut..tapi bagaimana merasainya..alhamdulillah sampai sekarang tak pernah ku rasakan ketenangan seperti sewaktu itu..
[aku redha ya Allah..aku pasrah akan ketentuanMu, ya Allah ..aku tahu aku sudah banyak dosa dengan Mu..moga2 dengan kesabaran ku ini, Kau gantikan daku yang lebih baik]
ujian demi ujian menguatkanku mengenal apa itu erti TABAH..mungkin i’d learnt it in a hard way..ape2 pun pengharapan padaMu yang paling kuutamakan..LA ILAA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN…[tiada tuhan melainkan engkau ya Allah...Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri] inila doa yang sering ku lafazkan sewaktu solat malam ku.
Tiga hari terakhir di matriks
“Anti, ana ade satu benda nak bagitahu anti..anti bersabar banyak-banyak tau..emm ana dapat uia, ana rase ana nak pg ke uia sebab mak ana…..” sedihnye melihat sahabat ana menagis sekali lagi..ana pun menangis sekali..itulah persahabatan kami jika segalanya kerana Allah..alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah pernah memberiku peluang merasai apakah itu bersahabat kerana Allah..manis sangat..hargailah sahabat kalian dengan baik..sbb peluang ni takkan muncul banyak kali…rutinku setiap hari, pergi kelas bersama ili, duduk didalam bilik kuliah bersama2..kalau sorang lambat, sorang lagi’ copkan’ tempat..pergi solat kat masjid, study di surau bersama sambil membincangkan Islam dan Manusia…wahhh rindunye!!! Naimah, syikin, munifah, ili, amalina, hidayah dll .Em..itu la…mungkin Allah nak tunjuk betapa banyaknye nikmat yang Allah kurniakan padaku dan banyak pula yang tak pernah kite syukuri…alhamdulillah atas kesempatan yang telah Engkau beri padaku selama ini…semoga hari-hari kemudian, mulutku, hatiku, tingkahlakuku tidak putus-putus menyukuri nikmat Mu…
Matriks uia
Wahhh bestnye kat sini…malam terakhir orientasi, kami dihiburkan dengan kumpulan nasyid Mestika dan Hijjaz di padang uia..meriah sungguh!! “mak, terima kasih sbb dapatkan lia masuk uia!” itu lah kataku yang ku ingin ucapkan pada ibuku..rase nak telefon sangat..tapi takut tak dengar, bising sangat kat sana..emm jadi tersimpanla ia di dalam dadaku..em kat sane ramai kawan-kawan , hanisah (kelantan mari) n banyak lagi.rase mcm dah lame duduk kat situ.tapi yang paling tak dapat lupa, kak mariah(baru sahaja mngabiskan program persijilan di DQ) , sbb kakak ni la yang banyak sedarkan diriku yang kian lalai dan alpa. Terutama bila aku mengajukan soalan seperti ” Ada tak hubungan rapat antara lelaki dan perempuan dalam Islam?”…sejak itu, aku tidak percaya pada kata-kata manis manusia. Sebab telah ku sedari..jangan senang-senang percaya kan manusia…ini kerana istikharahku menjawab segala persoalan..alhamdulillah..semuanya adalah dengan izinNya. Bukan senang nak kata dengan mulut ” kami bercouple cara Islam”. Ahh…benci hatiku memikirkan kata-kata itu. Tidakkah mereka fikir bahawa tanggungjawab sebagai Daie bukan lah semudah itu..apa? mereka sudah faham benar-benar apakah ia kefahaman islam.?perkara yang haram tetap la haramnya..Kadang-kadang perhubungan yang haram itu, telah dicantikkan dengan pandangan syaitan yang cuba ‘mengiakan ‘ hubungan itu. [Ya Allah...tunjukkan aku kebenaran atas kbenaran..dan dekatkan ku padanya.. dan tunjukkan la padaku kebatilan dengan kebatilan agar aku dijauhkan daripadanya..amiin]doa ku setiap aku dalam kekeliruan.
Tujuh hari selepas dimatriks
Ring! Ring! Ring! Mak telefon tibe2. katanye” alia, ko dapat tawaran MARA” kata ibuku dalam kegembiraan “hah?lia dapat tawaran MARA? Betul ke ni mak? Tak nak la mak..lia seronok duduk kat sini..lia betul-betul tak nak” em itulah yang mampu ku lafazkan sewaktu mengetahui rayuanku telah diterima. Waktu itu, mak sangat gembira. Hati anak mana yang tak tersentuh melihat air muka mak yang kegembiraan..alhamdulillah..setelah lia menunaikan solat istikharah..hatinya telah mndorong dirinya untuk pergi ke kmb..