Archive for March, 2009

Post

Siapa musuh kita?

In Feel The Experience on March 15, 2009 by dalam jiwa hamba

syafakillah

Siapa musuh kita?

Saya pernah berdiskusi dengan seorang editor majalah Islam paling terkenal di Indonesia. Ada seorang mahasiswa bertanya kepadanya,

“Sungguh kita melihat umat Islam diratah dan dibunuh, lemahnya kita dari segala bidang. Apa sebenarnya musuh kita. Adakah mereka yang berperasangka buruk kepada Islam dan mahu menghancurkannya?”

Editor ini tersenyum lantas menjawab-

“bukan itu musuh kamu. Biar saya bagi tahu sajalah musuh kamu. Musuh kamu selaku mahasiswa ialah malas”

Ya, kita malas untuk fokus.

Kita malas untuk cemerlang dalam akademik, lantas kerja-kerja berpersatuan Islam kita jadikan alasan.

Kita malas memahami ideologi-ideologi lain, lantas kita kafirkan semuanya sebagai jalan pintas.

Kita malas bergaul dengan rakan-rakan bukan Islam dan tidak sebangsa, lantas kita terhadkan usrah dan dakwah kita pada yang muslim sahaja.

Kita malas ingin mematangkan diri, lantas menjadikan alasan untuk tidak berumahtangga.

Kita malas merancang kehidupan selepas graduasi, lantas menerima sahaja tawaran dari kerajaan.

Malas adalah musuh kita.

Inilah cabaran kita dalam cemerlang dalam ibadah sebagai mahasiswa. Buangkanlah sifat malasmu, ambilkan fikrah Islam dan fokus dalam kerja dan pengurusan.

Itulah intipatinya!

Post

Jazakillah sahabat…

In Uncategorized on March 8, 2009 by dalam jiwa hamba

Alhamdulillah segala pujian-pujian buat Tuhan Pencipta Alam. Hari ni ana baru sahaja pulang dari mentarbiyah diri di satu program. kekurangan diri yang menyebabkan diri ini futur’ dalam tempoh satu atau dua bulan ini. namun segalanya terlerai satu persatu. alhamdulillah…jazakumulla khairan kathiran buat sahabatku…kerana sentiasa tidak putus asa memberi semangat dan membetulkan diriku. Inilah yang ana perlukan kerana ana tahu diri ana kurang ditegur. ana merasai satu aura baru dalam diri. harapan ku kali ini, moga diriku..sedar akan kelamahan diri ini..dan tidak telrlau memikirkan kekurangan ini..pendek kata kalau boleh ,jangan terlalu fikir kot sangat benda yang tak sepatutnya.huhu ana cuba..

2740796583_a8ee674f19esok hari jadi rasulullah…salawat banyak2…