Allah…kurniakanlah kami kekuatan…

November 24, 2008

at-taubah_t2

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Al-Taubah 9: 41)


Satu fakta Vs Sunnatullah..

November 18, 2008

Tiba-tiba, teringat kata-kata ustaz hasrizal yang ana memang setuju apa yan dikatanya. moga sahabat-sahabat tetap tsabit dan maju kehadapan.moga menjadi muhasabah buat kita.

Kita akan rasa gelisah, apabila kita sudah menetapkan bahawa gerakan kita sudah siap. Maksud saya, gerakan yang kita pilih kerana terbaiknya gerakan itu, kita anggap sebagai gerakan yang sudah bersiap sedia dan lengkap dengan segala keperluan yang diperlukannya untuk melaksanakan misi yang didukung. Sedangkan ia sama sahaja dengan hukum alam ke atas manusia, bahawa tatkala dirinya rasa telah alim, maka jahillah dia. Jahil kerana berhenti dari terus berusaha menjadikan dirinya alim sedangkan dia perlu kepada banyak ilmu baru setiap hari sepanjang hayatnya. Tatkala sebuah gerakan dianggap oleh pendukungnya sebagai sebuah gerakan yang telah siap, lengkap dan sempurna, maka cacatlah gerakan itu apabila pengikutnya berhenti dari berusaha memperbaiki tanzim mereka.


Wahai sahabatku….sayang kamu semua!

November 17, 2008

senyum_3

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah…ya Allah, banyak sungguh dugaan dalam persahabatan kami bertujuh ni. ya Allah.. aku yakin , kau takkan timpakan kesusahan dan dugaan ini semua sia-sia. inginku menangis kerana diri ini sudah lama tidak bertegur sapa dengan sahabat-sahabat ku ini. apa khabar wahai kalian? bagaimana keadaan diri kamu? nak menangis rasanya bila ana dapat tahu kalian kini menghadapi masalah ‘dilema’ ini. wahai sahabat perjuangan ku, bersabarlah! ingatlah kembali saat pertama kali engkau memahami mengapa perlu engkau mula berintima’ dengan perjuangan ini. ya Allah…kau kuatkan hati dia , tabahkan lah hatinya, dan kurniakanlah die dengan nikmat kemanisan iman. Wahai sahabat, walaupun diriku sudah kurang berkomunikasi dengan mu, janganlah engkau luntur semangat dan terus kaku. mungkin pesanan yang sahabat mu boleh beri, adalah teruslah perjuanganmu, carilah titik akhir matlamatmu dalam perjuangan ini dan istiqamahlah walaupun sedikit. sedikit itulah yang menjamin konsistensi wahai sahabat, dan melampau-lampau pada mulanya memang mudah untuk kita alami penyakit futur.

moga setiap komitmen yang Allah sendiri letak pada bahu mu itu, engkau sanggup lalui.. dan ingatlah wahai sahabat, bahwa jika engkau benar-benar bersabar,moga Allah beri keringanan buatmu di akhirat kelak..amiinnnn wahai sahabat..ingatkah sewaktu kita sama-sama berusrah, kakak naqibah kita pernah berkata bahawa setiap perkara adalah dengan taqdir Allah. engkau seorang, telah Allah pilih , daripada beribu manusia yang ada di sini, untuk bersama-sama berjuang dalam mata-mata rantai perjuangan rasulullah. wahai sahabat, inginku..mendengar rintihanmu..agar sama-sama kite muhasabah diri mana yang kurang. wahai sahabat jangan biar diri engkau menjadi lilin, berguna pada orang lain, tapi memakan dirimu sendiri. bagitahu la kami andai dikau menghadapi masalah. wahai sahabatku , jadilah engkau pelita, menerangi kegelapan, namun pabila minyak itu habis, engkau isi semula dengan minyak agar engkau dapat terus berhidmat pada manusia. ingatlah wahai sahabat! setiap titik peluh yang tumpah kerana berjuang fisabilillah, Allah beli kita dengan syurga ! masyaAllah….wahai sahabat!..doa banyak-banyak, sahabat..aku merindui saat kita bersama. semua pun begitu. huhu

Ya Allah yang memudahkan semua kesulitan,
Ya Allah yang mengumpulkan segala yang berpisah,
Ya Allah yang menjadi sahabat bagi setiap orang yang kesepian,
Ya Allah yang mencukupi kebutuhan bagi setiap orang yang kekurangan,
Ya Allah, Pemberi kekuatan kepada si lemah,
Ya Allah, yang memberikan rasa aman bagi setiap orang yang dilanda
ketakutan,

Berilah kemudahan pada kami atas segala kesulitan-kesulitan kami,
karena menghilangkan kesulitan itu mudah saja bagi Mu ya Allah.

Amin.. Ya Robbal ‘alamin…

..Dia telah memilih kamu, & Dia tidak m’jadikn k’sukaran utkmu dlm agama…Maka laksanakanlah SOLAT & tunaikanlah ZAKAT, & b’pegang teguhlah kpd Allah. Dialah pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung & sebaik-baik penolong. (22:78)


Basic 1st Aid MCQ tomorrow

November 14, 2008

smaidkitBismillahirrahmanirrahim….alhamdulillah..what could i say other than this! jangan mengeluh, Allah tak suka. hehe esok ana ada exam basic 1st aid! wahh..takut pulak. agak-agaknya siapa partner ana nanti. harap-harap girl la. huhu since nak make this studies seronok, dan daripada tertido ana nak share la dalam blog. huhu takde keje orang ingat. hehe

k, mula2..apa yang kite kena buat?

  1. First, it is important to carefully assess the scene of an emergency BEFORE any further steps are taken
  2. Begin by checking to see if the victim is responsive. Kneel and ask, ” ARE YOU OK?” If there is no response, you must immediately summon an ambulance.
  3. With the victim now on his back, OPEN THE VICTIM’S AIRWAY by placing the heel of your hand on the victim’s forehead and the tips of your fingers under the bony part of the jaw

Treatment of Your Priorities ABCUMFM

A irway

B breathing

C irculation

U nconciousness

M ajor burn

F ractured

M inor burn

k, dont forget this!

Coronary Heart Disease

ada 2 jenis

  1. angina pectoris
  2. heart attack

Risk pun terbahagi kepada 2, tapi yang senang nak ingat yang unchangeable risk: Age , Race, Hereditary, dand Sex. selain ni, adalah changeable risks k?

k la , ana nak sambung study. ape2 pun, dont feel alone k.jangan bagi syaitan menyerap dalam badan kite, dan melemahkan iman dan pengharapan kita pada Allah. k ALLAH KNOWS


Semut..?

November 4, 2008

version 1

baginda S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud : Hampir tiba suatu masa di mana bangasa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan semut-semut yang mengerumuni roti .Maka salah seorang sahabat bertanya : Apakah dari kerana kami sedikit pada ketika itu? Nabi menjawab : Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn. Seorang sahabat bertanya : Apakah wahn intu Ya Rasulullah? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut kepada mati

5984gif

version 2

baginda S.A.W di dalam sebuah hadis yang bermaksud : Hampir tiba suatu masa di mana bangasa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan mereka Maka salah seorang sahabat bertanya : Apakah dari kerana kami sedikit pada ketika itu? Nabi menjawab : Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahn. Seorang sahabat bertanya : Apakah wahn intu Ya Rasulullah? Baginda menjawab : Cinta kepada dunia dan takut kepada mati

Inilah gambaran sebenar yang bertepatan dengan sabadaan nabi S.A.W. walaupun bilangan Umat Islam dalam lingkungan 1/5 penduduk dunia, namun mereka sentiasa ditindas, diinjak-injak, dipersenda dan dibunuh dengan penuh kejam. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza agama mereka sanggup bersatu demi demi untuk melihat kejatuhan Islam. Dan punca bagi segala bala bencana yang menimpa Umat Islam adalah dari diri mereka sendiri iaitu dari penyakit wahn yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang sangat merbahaya iaitu cinta dunia dan takut mati. Cinta dunia bererti tamak, rakus, bakhil dan berlebih-lebihan dalam menghimpun kesenangan dunia. Takut mati pula bererti leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat apa-apa persiapan untuk menghadapi akhirat dan tidak mempunyai keinginan langsung untuk berkorban di dalam memperjuangkan agama Allah.

ok nak sambung study, alhamdulillah result mid term ok,takpe, teruskan usaha lagi! ya Allah…sampai termimpi-mimpi hari ini. ya Allah aku mohon padaMu ya Allah..buangkan lah penyakit ‘takut’ exam ni dan janganlah jadikan ia melebihi ketakutanku kepadaMu..kerana exam bukan Tuhanku.ya Allah ighfirli ya Allah…3x

allahualam


Iman

November 2, 2008

12 Langkah Penyegaran Iman

Di bawah ini disenaraikan beberapa langkah untuk meningkatan iman dan menyegarkan kembali komitment kita kepada Islam ; seperti yang disarankan oleh Syikh Fathi Yakan dalam buku beliau yang berjodol: “Klinik Dakwah “. Saranan tersebut telah ditokok tambah oleh Ustaz Abdul Hamid al Kibti hingga menjadi 12 agenda. Iaitu:

  1. Melaksanakan 12 raka’at sunat nawafil ; iaitu 2 sebelum fajar , 4 sebelum zohor dan 2 raka’at selepas zohor, 2 raka’at selepas maghrib, 2 raka’at selepas isya’.

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan membinakan untuk kita yang terus menerus melaksanakan amalan berkenaan dengan sebuah rumah di syurga..

Dalilnya ialah sabda Rasulullah.S.A.W. :

من صلَّى في يومٍ اثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة” (رواه مسلم).

“Siapa yang menunaikan saban hari 12 raka’at solat sunat secara sukarela nescaya dibinakan untuknya ( oleh Allah) sebuah rumah di syurga.

2 Menunaikan dua raka’at solat sunat tiap malam.

Natijah yang di harapkan ialah: Doa dimakbulkan , dosa terampun dan hajat disempurnakan.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له” (رواه البخاري).

Tuhan kita S. W. T. turun ke langit dunia setiap malam apabila tinggal sepertiga malam. Allah berfirman : Siapakah gerangan yang berdoa kepada Ku untuk aku makbulkan doanya. Siapa pula yang memohon sesuatu untuk Aku berikan permohonannya. Siapa pula yang memohon istighfar kepada Ku untuk Aku ampunkan (dosanya).”

3.Menunaikan solat Dhuha dua, atau empat, atau lapan raka’at.

Natijah yang di harapkan ialah: Terlaksananya penunaian sedekah bagi tiap siku atau sendi sendi tulang belulang kita.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

يصبح على كلِّ سلامي من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحه صدقة، وكلُّ تحميده صدقة، وكلُّ تهليله صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى” (رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه) .

”Setiap siku dan sendi tulang belulang anak Adam wajib dikeluarkan sedekahnya. (Untuk pengetahuan anda ) Setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah , setiap takbir sedekah,amr makruf sedekah, nahi ’anil munkar merupakan sedekah. Namun tanggungjawab mengeluarkan sedekah untuk sendi-sendi itu boleh dijelaskan dengan penunaian dua raka’at sembahyang dhuha.”

4. Mengamalkan bacaan Surah al- Mulk (Tabarak)

Natijah yang di harapkan ialah: Terselamat dari seksa kubur

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي “تبارك الذي بيده الملك”" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.

(Dalam al Quran ) terdapat satu surah yang mengandungi tiga puluh ayat . Surah ( dan ayat ) ini akan terus menerus memohon syafaat sehinggalah (pengamalnya) diampunkan (dosanya). Ayat tersebut ialah :

“تبارك الذي بيده الملك”"

5Mengamalkan budaya menyebut :

“لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير”.

Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tidak ada sekutu baginya. Allah memiliki kerajaan alam buana dan bagiNya segala tahmid (puji). Allah maha berkuasa berbuat apa sahaja.”

Natijah yang di harapkan ialah: Perbuatan tersebut menyamai pembebasan sepuluh orang hamba, dituliskan untuk pelakunya seratus pahala kebaikan. Dihapuskan untuknya seratus kejahatan dosa. Amalan itujuga menjadi pendinding dari syaitan.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك” (رواه مسلم).

”Siapa yang menyebut-nyebut: Tiada tuhan kecuali Allah semata-mata. Tiada sekutu bagiNya. Segala kerajaan dan pujian untukNya. Dia maha berkuasa untuk berbuat apa sahaja - sebanyak seratus kali maka perbuatan itu ibarat membebaskan sepuluh orang hamba sahaya. Akan dituliskan untuk (pembaca)nya seratus pahala kebaikan dan dihapuskan baginya seratus dosa kejahatan. Bacaan tersebut akan terus menjadi pendidingnya dari (gangguan) syaitan dari pagi hari hinggalah ke petangnya. Tidak ada sesiapa yang boleh menampilkan kebaikan yang lebih afdhal dari itu kecuali orang yang membaca bacaan itu lebih banyak daripadanya.”

6.Membaca selawat Nabi seratus kali.

Natijah yang di harapkan ialah: Tersisihnya diri dari sifat bakhil dan mendapat restu serta rahmat Alllah S.W.T.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا” (رواه مسلم). وقوله : “البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ” (رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح ).

“Siapa yang mengucapkan selawat untuk ku dengan satu selawat nescaya dibalas Allah baginya sepuluh restu dan rahmat. (Hadith riwayat Muslim) dan Hadith : “Orang yang bakhil itu ialah orang yang apabila disebut (di hadapannya) nama ku ia sedikitpun tidak berselawat untuk ku.” (riwayat Termizi )

7.Mengamalkan bacaan :

“سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم”

Sebanyak seratus kali .

Natijah yang di harapkan ialah: akan ditanamkan untuknya seratus batang pohon kurma di syurga.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة”رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.

“Siapa yang menyebut : Maha suci Allah dan segala tahmid bagi Allah yang Maha Agong; nescaya ditanamkan untuk pohon kurma di syurga. (Hadith riwayat Termizi)

8. Menyebut “Istighfar “ seratus kali

Natijah yang di harapkan ialah: Allah akan hilangkan segala kerunsingannya dan murahkan reskinya.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

“من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب”رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.

Siapa yang mengamalkan secara berterusan “istighfar” nescaya Allah lepaskan dia dari segala kesulitan, Allah hilangkan kerunsingan hatinya. Allah beri dia rezeki dari sumber yang dia tidak menyangkanya sama sekali. ( Hadith riwayat Abu Daud).

9. Melazimkan diri dengan pembacaan wirid al Quran, satu juz atau satu Hizb.

Natijah yang di harapkan ialah: Dapat meraih kebaikan dan penggandaan pahala serta mendapat ketenangan jiwa.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah S. A. W. :

” من قرأ حرفا من كتاب الله فله به حسنة والحسنة بعشر أمثالها لا أقول ألم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف” (رواه الترمذي ). وقال تعالى : ” الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ” (الرعد: 28 ) .

“Siapa jua yang membaca satu huruf dari al Quran maka nescaya Allah akan memberikan satu pahala kebaikan dan pahala itu akan digandakan pula menjadi sepuluh kali ganda. Saya tidak maksudkan satu huruf itu ialah ialah perkataan ألم . Tapi sebaliknya Alif dikira satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. Allah berfirman : “Orang yang beriman itu hati mereka akan tenang bila menyebut nama Allah. Memang dengan menyebut nama Allah lah hati-hati (manusia ) akan menjadi tenang. (Surah al –Ra’d :28)

10 Memperuntukkan masa walau sekelumit untuk memanjatkan doa munajat dan rintihan pilu kepada Allah S. W. T. setiap hari.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk meningkatkan kekuatan batin dan rohani yang boleh membantu sesorang menghadapi cabaran hidup, mengukuhkan sandaran diri kepada yang Maha kuat dan gagah , meringankan keresahan jiwa di samping memohon kemantapan langkah dalam perjuangan.

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.:

” أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ” (النمل: 62 ). وقوله سبحانه : “وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ” (البقرة : 186) .

Siapakah gerangan (selain Allah) yang menyahut seruan orang yang terdesak dan yang dapat menghindarkan mereka dari kecelakaan.” (Surah Al Naml :62)

“ Seandainya para hambaKu bertanya tentangKu (maka katakanlah) Aku ini sangat hampir kepada mereka; Aku sentiasa menyahut seruan orang yang menyeru dan berdoa kepadaKu. Oleh itu hendaklah mereka menyahut panggilanKu dan beriman kepadaKu . Mudah-mudahan (dengan itu) mereka menjadi manusia yang waras.” (Surah al-Baqarah:186)

11. Mengamalkan setiap hari di waktu pagi dan petang bacaan zikir al Ma’thurat.

Natijah yang di harapkan ialah: Untuk menghayati dengan penuh semangat akan segala makna dan nilai-nilai suci yang terkandung dalam seluruh sebutan suci dan mulia yang tertera dalam zikir berkenaan . Ini juga bertujuan untuk memantapkan diri dengan saranan dan arahan mulia yang tersirat dalam bacaan tersebut.

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.

” فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ” (غافر:55) .

Maka bersabarlah ; sesungguhnya janji Allah itu memang benar adanya. (Di samping itu) beristighfarlah (kepada Allah) memohon ampun kepadaNya terhadap dosamu seraya bertasbih dan bertahmid memuji (kebesaran) tuhanmu setiap pagi dan petang. (Ghafir:55)

12.Elakkan bermalas-malas; sebaliknya hiduplah dengan semangat persaudaraan yang positif dan bergaul dengan orang ramai dengan akhlak yang baik , mantapkan persaudaraan dengan orang lain dengan sopan santun dan budipekerti yang mulia.

Natijah yang di harapkan ialah: dengan semangat pergaulan yang baik itu dapat kita menerapkan buah dari hasil keimanan yang positif dengan berkongsi pengalaman yang baik dan manis dengan orang lain. Jadi penghayatan rohaniah itu dirasakan juga oleh orang lain dan bukan hanya sekadar ulangan sebutan wirid dan zikir di bibir sahaja .

Dalilnya ialah firman Allah S.W.T.

” وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ “(التوبة :71).

Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan ; mereka itu sesama sendiri adalah saling bantu membantu (satu sama lain); mereka saling menyuruh (orang lain) berbuat baik dan saling menegah (orang lain) dari (melakukan) kemunkaran. Mereka menunaikan solat , mengeluarkan zakat, mematuhi Allah dan RasulNya. Golongan itu bakal dirahmati oleh Allah . Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”

Sabda Rasulullah:

” لا تحقرن من المعروف شيئاً ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق” . رواه مسلم ، وقال صلى الله عليه وسلم قال: ” اتق الله حيثما كنت ، وأَتْبِعِ السَّيئةَ الحسنةَ تَمْحُها ، وخالقِ الناسَ بخُلُقٍ حسنٍ ” (رواه الترمذي).

“Jangan anda memandang ringan kepada sesuatu amalan kebaikan , walaupun sekadar bertemu sahabat dengan wajah yang ceria.” (Riwayat Muslim) .

Sabda baginda lagi:

“Bertakwalah kepada Allah di mana jua anda berada, ikuti keburukan dengan perbuatan kebaikan yang boleh menghapuskan (kesan)nya , bergaullah dengan orang ramai dengan akhlak yang baik.” (Riwayat Termizi).

Semoga dengan melaksanakan 12 bentuk amalan ini kita akan lebih dirahmati dan dikasihi oleh Allah Azza Wajalla.

Ya Allah kasihanilah kami dan ampunkan dosa kami dan dosa ibu bapa kami.!


Dimanakah Kekuatan Islam??

November 1, 2008

Teringat ana sewaktu di tanah air 3 bulan yang lepas, Ustazah Nasriah pernah menyampaikan pengisian yang cukup bermakna buat diri ini. Ana ingat lagi, kesibukan di rumah dahulu banyak membuat diriku mengeluh. walaupun ana tahu, Allah tak suka hambanya yang suka mengeluh.kadang-kadang ana usaha juga ya Allah…tapi kadang-kadang juga ana kalah pada hawanafsu. Namun, pada masa itu, menitis air mata kerana teguran tajam ‘mengena’ pada ana.

Sayang sungguh padaMu ya Allah…sayang sungguhMu padaku…rasanya boleh dikira dengan sebelah jari sahaja, banyak mana diriku pernah dibiarkan begitu sahaja dengan iman yang merundum.(tentulah sewaktu diri ini kalah pada kemalasan berjuang dengan hawanafsu) Namun, sejak dahulu lagi, Engkau tidak pernah lupakan daku. Ya Allah… igfirli ya Allah..lailahailla anta, subhanaka inni kuntu minazzhoolimin..amiiin

Point yang ana palin tersentuh pada waktu itu adalah perlunya kite merebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta
bersabda “hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang
atau sebagai orang yang melintasi jalan.” Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada
diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu
pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu
berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika
engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati.” (AlBukhori)

Teguran, nasihat demi nasihat diberikannya supaya akhwat yang hadir hari itu sedar dengan perlunya kite menggunakan tenaga muda remaja kita ni dengan sebaik-baiknya. Waktu inilah kita ada masa untuk gerakan, waktu ini sahaja la, waktu remaja kita….lepas tua nanti, tiadalah lagi zaman remaja kita ini. Wahai diri, masihkah dikau ingat pada firman Allah (8:60)?? Allah sendiri mengingatkan kita agar persiapkan diri dengan segala kemampuan yang ada agar boleh berdepan dengan tertera-tentera musuh. masyaAllah…

ingatkah wahai diri, akan firman Allah ayat (8:65)

Wahai nabi! kobarkanlah semangat para mukminuntuk berperang . Jika ada 20 orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang saba diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir kerana orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.

Allahualam..jazakillah sis, yang membentangkan usul 20 dengan begitu cemerlang sekali. ayuh sahabat! Mari kita Muhasabah diri!

Sabda nabi,’” umat islam akhir zaman ini terlalu banyak, tapi sayang, mereka diibaratkan seperti roti yang diselimuti dan dibawa semut-semut !”

-roti:umat Islam

-semut: penyakit wahan; cintakan dunia dan takutkan mati

allahualam


Ayuh kita kumpulkan kekuatan!

November 1, 2008

Ya Allah..jadikanlah ku golongan yang menfaatkan masa dan kehidupanku..amiin ya rabb. Sebentar tadi, ana baru sahaja selesai usrah. Usrah ni, bagi ana, satu keperluan yang wajib untuk diikuti buat diri yang sudah memasuki sesuatu gerakan. Indah sungguh pertemuan kami kali ini kerana dapat berukhwah kembali bersama rakan-rakan sahabat. rindu pada mereka walaupun ‘kesibukan’ memisahkan dan menjauhkan ukhuwwah. astagfirullah… silap ana, silap ana juga kerana sudah tak berdaya menahan sabar yang sudah lama terpendam. cuma , kini ana tak berasa apa-apa lagi. ana rindu sahabat-sahabat yang mengajak ana study kerana Allah, ingatkan ana ketika terlupa, dan macam-macam lagi. ana rindu sangat pada kalian. mungkin kah perbezaan tempat tinggal dan komitmen sekarang menjauh kan kita wahai sahabat-sahabat?

Belajar perubatan ni memang besar dugaannya. Yang lain pun, sama juga. Ana tiba-tiba teringat dengan pesanan kak mas sewaktu di tanah air supaya dalam gerakan kita ini, perlulah ukhuwwah itu diutamakan setelah yang lain-lain yang utama. Dimanakah ana sekarang? Mampukah ana bertahan? Kalau dahulu ana kurang memahami mengapa ana kena buat semua ini? jadual rutin ana disemak..disuruh menepati kriteria-kriteria (spt solat tahajud, sunat dhuha, puasa dll). Mengapa orang lain tidak sebegitu? Mereka dapat seronok-seronok dengan hidup mereka. bak kata orang-orang tua, kais pagi , makan pagi, kais petang, makan petang. hehe macam tak masuk je. takpelah. tapi point yang ana nak bawa,ialah kini ana terlalu sedar dengan proses pentarbiyahan yang sedang dan sampai bila-bila ana lalui.

ana sudah faham..ya Allah kini, ana sudah faham ya Allah.. masakan pohon bergoncang jikalau tiada angin? Dugaan yang menimpa hambaNya memang sudah tentu ada, yang berbeza antara mereka dan kita adalah sejauh mana dugaan yang menimpa. Mampukah setelah antum mengatakan antum sudah naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan rasulullah pensuruh Allah, namun antum tidak akan diuji? Mustahil bukan? nak tak nak, memang akan ada dugaan tersebut, ya Allah banyaknya yaAllah…mampukah ana menanggung segalanya ? ha… itulah yang ana ingin tanye pada diri ana, banyak manakah amalan sunat yang telah ana lakukan selama ini? adakah sewaktu senang, ana terlupa untuk lebih banyak bersyukur dan bermunajat? Iya..mungkin dengan itu sahaja, soalan ana sudah terjawab. Ingatlah, wahai diri, perkara-perkara sunat yang digalakkan kepadamu adalah untukmu jua. Tahukan diri, dengan amalan sunat seperti bacaan Quran, qiam dan puasamu itu mampu mendekatkan dirimu dengan Pencipta. Bila hubungan kita akrab dengan Allah,dengan mudah bila kita merintih dan ingin meminta pertolongan , Allah akan sempurnakan hajat kita.Dari situlah, perasaan ketidakcukupan masa untuk belajar dan lain-lain akan mudah Allah lapangkan buat kita.Namun, masih belum sedarkah wahai DIRI?

Maka SEDARLAH !

SEDARLAH!

Allahualam…