Protected: Muhasabah diri

October 20, 2008

This post is password protected. To view it please enter your password below:



Sahabat..indah bersahabat jika semuanya kerana Allah

October 19, 2008

tasbih-ukhuwwah

Alhamdulillah ‘minggu’ yang amat berat dan besar telah pun melabuhkan tirainya. Segala macam kemudahan yang Allah kurniakan kepadaku dan sahabatku walaupun dengan satu malam sahaja banyak memuhasabahkan diriku. Subhanallah….ingin menitis air mata ni, mengingatkan kembali nikmat tuhan….[nikmat tuhan yang mana satukah engkau Dustakan??] ..ampun ya Allah..rabb segala alam semesta..ighfirli ya Allah…amiin.

syahdu…syahdu sangat ya Allah bila diri ini kembali menghayati luahan hati sahabat perjuanganku ini. Ukhuwah yang berbuah dalam hati-hati ini, membuatkan diriku berasa syahdu dan lebih semangat pabila membaca entri beliau.

moga Allah kuatkan hati sahabat ku.walau apa dugaan sekalipun yang mendatang. ingatlah sahabatku.. ‘jalan ini pernuh liku’ , yang membezakan kita adalah ketakwaan. dugaan itu tanda ujian kepada ketakwaan. tentu Allah turunkan dugaan buat hambaNya yang bertakwa. amiin..

moga entry ini menjadikan diriku terus bersemangat dan istiqamah dalam perjuangan.amiin

moga diriku menjadi muslim yang lebih baik hari ini daripada semalam, dan lebih baik pada esoknya.

*****

Kata mereka:
Kebahagiaan terletak pada sikap berdiam diri
Pada malu & kebekuan
Pada hidup bersama famili,
dan bukannya hidup orang berhijrah & terusir
Pada berjalan di belakang kenderaan mewah
dan dengan langkah yang longlai,
Pada ikut sahaja apa yang orang katakan,
tanpa tentangan dan konfrontasi
Pada ikut sahaja ke mana rombongan bergerak,
kamu dipimpin bukan memimpin
Pada hanya bersorak untuk setiap pemerintah
Hidup kamu… Selama-lamanya

Aku pula berkata:
Hidup ini adalah gerakan,
bukan diam dan bukannya beku
Hidup adalah jihad,
akan berjuangkah orang yang hanya duduk berpeluk tubuh?
Hidup adalah menikmati lazatnya susah,
bukan bersedap-sedap dengan tidur.

Ia adalah membela hak,
merdekakah orang yang tidak membela haknya?
Hidup adalah kamu merasa kehinaan itu laksana air nanah,
Hidup ialah kamu hidup sebagai khalifah di bumi,
tugas kamu memimpin,

Kamu boleh berkata YES dan NO
apabila kamu mahu dengan pandangan yang tajam.

-Yusuf Al-Qardhawi-


Jodoh..?

October 13, 2008

gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada diriku dan keluargaku selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda…banyak betul benda berlaku 2 3 minggu ni. minggu lepas, alhamdulilah ana dan ukht su dapat teruskan perjuangan meneruskan usrah. tapi kali ni lain macam sikit. ana bersyukur sangat digandingkan dengan ukht su yang penuh dengan pemikiran positif dan supportive. seruan sahabat-sahabat agar menjadikan adik2 usrah sebagai’ kawan’ kali ini benar-benar ku rasakan penting. 1 jam penuh kami bertaaruf sahaja. banyak betul perkara yang ana tak tahu pasal mereka. Alhamdulillah akhirnya berpeluang juga ana berkenalan rapat dengan mereka.

Sudah lama ana tak pegang usrah, kali terakhir, 1 setengah tahun yang lepas. Dengan apa yang ana ada sekarang, ana harap ana, dapat menghayati konsep da’wah ni. jadi naqibah bukan untuk nak tunjuk siape yang lebih pandai agama dan berkata-kata, tapi apa yang ana nampak, tujuannya adalah untuk kite bawak adik-adik untuk faham islam seperti kita malah lebih dari kita. dan kedua, untuk diri kita, merealisasikan tuntutan syahadah ketika mana kita mula faham bahawa kita telah menjadi saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah.. maka dengan tuntutan ini la kita kena ‘bergerak’…sebab ana nampak, islam lah satu-satunya cara hidup yang paling menenangkan dan paling sempurna.

Perkara kedua yang berlaku pada ana baru-baru ni adalah berkaitan dengan jodoh. bukan ana nak kata ana dah jumpa jodoh, tapi ana nak ingatkan semula pada diri bahawa hati manusia ni Allah yang pegang. Hati manusia boleh berubah 180 darjah tanpa sebab dan musabab. ‘Kun fayakun’ ..kalau Allah kata jadi, jadilah. Pengalaman yang banyak mengajar ana banyak mematangkan fikiran ketika ada keperluan membuat keputusan. Kesimpulan besar yang ana nak share dengan pembaca adalah dengan satu kata-kata yang ana sangat terpegun.

ana kutipkan kata-kata beliau ini yang terdapat dalam buku Hadits Tsulasa, halaman 629..Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oleh beban-beban dan kewajiban. Landasan kehidupan rumah tangga bukan semata kesenangan dan romantika, melainkan tolong- menolong dalam memikul beban kehidupan dan beban dakwah..’

Rumah tangga merupakan lahan amal. Rumah tangga juga menjadi markaz dakwah. Perjalanan kehidupan rumah tangga para aktivis dakwah bukan hanya dipenuhi romantika semata, tetapi juga diwarnai oleh semangat beribadah, beramal dan berdakwah. Sebuah perjalanan rumah tangga yang bersama-sama dalam memikul beban hidup dan beban dakwah. Subhanallah!

same-samelah kita muhasabah diri. Selama ini, ana sentiasa berdoa agar jodoh ana adalah dari kalangan yang faham dan dapat membenarkan ana meneruskan misi da’wah yang takkan putus-putus sampai bila-bila disamping sifat supportive dalam perkara-perkara da’wah dll. Namun, andai Allah takdirkan hidupku seorang diri, MAKA tak adalah yang berubah melainkan ana nak dapatkan keredhaan Allah sahaja dalam hidup ini. Pernah satu ketika dahulu, seorang Dr memesan kepada kami di satu daurah,

“mana yang lebih penting? berkahwin tanpa mendapat keredhaan Allah? atau ditakdirkan keseorangan tapi keredhaan Allah melimpah keatas diri kita?di sana menanti nikmat yang tidak terhingga”

Berderau darah ana mendengar teguran seorang aktivis da’wah yang cukup ana kagumi ini. Tegas betul teguran yang diberikan kepada kami pabila ditanya kan kepadanya bagaimanakah beliau menguruskan urusan da’wah (jemaah) setelah berumahtangga. Kisah golongan yang tercicir di jalan da’wah ini sudah banyak diperkatakan. Namun, doa..doa..dan doa sahaja yang mampu mengingatkan diri sendiri akan manisnya jalan da’wah ini agar ia diteruskan.

okey, ana kena sambung study..allahualam

‘Ya Allah, anugerahilah daku teman setia yang tulus lagi dapat meluruskan fitrahku, wahai Tuhan yang menguasai nikmat’


Ramadhan sudah berlalu…madrasah jihad istimewa dari Pencipta Sekalian Manusia

October 5, 2008

Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada diriku dan keluargaku selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda…tak sangka ana..’senyap’ betul blog ana ni sepanjang ramadhan atau dengan alasan lain, kesibukan melanda sejurus pulang ke Dublin ni. Ya Allah moga setiap saat, setiap minit, setiap jam dan hari-hari yang kulalui ini , Engkau terima lah amalan-amalan ku ini ya Allah…amiin

Ya Allah…rase bersalah membuak-buak pulak lama sungguh tak update blog ni. Sebulan puasa, sebulan juga lah blog ni ‘berpuasa’ =p ana tak dapat nak mengelakkan semua ini disebabkan faktor comitment dan kesihatan yang kurang mengizinkan. sekarang ni, tempat ana dah pun autumn..kat luar rumah memang la freeezing.Tapi alhamdulillah..Allah selalu sahaja memudahkan kerja ku dengan meringankan hati dan fikiranku yangs sering kusut ,kecepatan menguruskan kerja ‘persatuan’ dll. “Study mesti diutamakan seperti kerja-kerja persatuan! ” bentakku. insyaAllah ana cuba sedaya upaya sebab yang bagi ana “upaya” tu Allah sendiri. jadi, berusaha lah!

Allahualam…teringat kenangan ana ketika berada dalam BADAR (badan dakwah) di mrsm dahulu. Title “pelajar sekolah agama” yang sering digunakan mereka menyebabkan ana terpilih menjadi bendahari pada waktu tu. Ntahla.. terlalu banyak pengalaman pahit dan manis di sana. Walaubagaimanapun , waktu itulah mulanya ana didedahkan dengan dakwah dan kepimpinan. MasyaAllah.. bila fikir semula memang Allah tak jadikan sekecik-kecil perkara itu sia-sia. Ok cukup sahaja entry ana hari ini. Doakan ana istiqamah ye para pembaca!

Riwayat dari Ar-Tirmizi dan Muslim dari Amru bin Maimun r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah menyampaikan satu pelajaran kepada seorang lelaki dengan sabdanya yang bermaksud :

Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda mu sebelum datangnya hari tua, masa sihat mu sebelum datang masa sakit, masa kaya mu sebelum papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian.