Archive for August, 2008

Post

Bersabar..mulakan dari bawah..

In Tarbiyyah on August 27, 2008 by dalam jiwa hamba

Alhamdulillah..sekali lagi..ana bersyukur atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada ana selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda..sesungguhnya ana diberi kekuatan olehNya untuk menekan “keyboard” ini sekali lagi sementara mengisi masa yang terluang.

Baru-baru ini, ana sibuk dengan beberapa program yang belaku serentak dalam 3 hari. Subhanallah…betul la kata-kata yang mengatakan tanggungjawab kita tu lebih banyak dari masa. Kalau nak diikutkan masa yang ada, mmg ana tak mampu..namun ‘pertemuan’ ana dengan sahabat dan kakak-kakak dalam jemaah semuanya dirancang rapi olehNya. Namun yang paling merisaukan ana mungkin adalah perasaan ana yang betul-betul ghairah sekali melontarkan idea yang tidak seberapa. Mungkin ada baiknya ana meng ‘control’ semangat yang membara ini seperti yang kak ain pernah kata, kite sebagai ‘adik’, hendaklah sering bertolak ansur dengan ‘kakak-kakak’.Mungkin idea kita belum dapat diterima tapi slow-slow kite mengharungi perbezaan perndapat yang penuh dengan rahmat Allah ini. Ya Allah.. sering kali ana melalui perasaan sebegini..moga Engkau terus berikanku keteguhan dalam istiqamahku dalam perjuangan ini. amiin ya Rabbil’alamin.

Pelajaran dari Murabi

” Akak tahu hati adik menggelegak kepanasan utk berjuang, tp sabar, mulakan dari bawah” pesan kak ain

Benar kata kak ain, dua tiga hari ini ana agak ghairah untuk memberi idea dan pandangan. Mencari-cari kerja bagi membantu jemaah. Kepanasan jiwa memberontak, mungkin kehadiran ana dalam jemaah bukan sekadar kehendak hukum, tetapi desire yang sudah lama membakar sejak mula ana memahami tuntutan syahadah ini.

Ana cuba mengenali pontensi sendiri, dan ingin menyumbang. Cuma pontensi seolah-olah terbantut mencari peluang perjuangan. Nasihat kak ain membuat ana kembali bermuhasabah. Sudahkah ana bersedia untuk turun di medan perjuangan yang penuh mehnah dan tribulasi ini. Cabaran keluarga, kerjaya, dan masyarakat sekeliling. Sudahkah ana sediakan roh yang sihat untuk menempuh semua itu?!

Ana yakin…bulan Ramadhan bulan tarbiyyah yang menjadi ‘kursus intensif’ kepada keimanan. Moga kali ini ana dapat merasa kembali nikmat ramadhan yang telah ana ‘hilangkan’ akibat kecuaian ana sendiri. Tak sabarnya menunggu ramadhan..tapi jiwa ni pulak rasa ‘nervous ‘ yang tak keruan, takut-takut apa yang dihajati tidak kesampaian. Astaghfirullah…Ooo Allah…all I can do is trying my best, and then.. i can let You do the rest..hidupku sentiasa milikMu ya Allah.

Post

Kita hanyalah seorang hamba..sesungguhnya diri kita milikNya dan kepadaNyalah tempat kita kembali T_T

In Tarbiyyah on August 20, 2008 by dalam jiwa hamba

HARAPANKU PADA-MU SUBUR KEMBALI


Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika.

Tika Mengenangkan Ghaffar-Mu,
putus asa tiada lagi,
semangatku pulih semula,
harapanku subur kembali,
ujian menimpa menekan di jiwa,
tak sanggup meneruskan perjuanganku,
mehnah-Mu itu penghapus dosaku,
mengganti hukuman-Mu di akhirat.

Di waktu mengenang Rahmat-Mu,
terasa diri kurang bersyukur,
pada-Mu harus ku memohon,
moga syukur bertambah,
alangkah susahnya mendidik nafsuku,
yang tidak melihat kebenaran-Mu,

Wahai Tuhanku Yang Esa,
bila kenangkan Kahhar-Mu,
rasa gerun dihatiku kerana takutkan seksa-Mu,
hamba-Mu rasa berputus asa,
siapakah dapat bersihkan diri?
dari segala dosa yang memburu,
setiap hari setiap ketika.

Tika kenangkan Ghaffar-Mu,
putus asa tiada lagi,
semangatku pulih semula,
harapanku subur kembali,
ujian menimpa menekan di jiwa,
tak sanggup meneruskan perjuanganku,
mehnah-Mu itu penghapus dosaku,
mengganti hukuman-Mu di akhirat.

Di waktu mengenang Rahmat-Mu,
terasa diri kurang bersyukur,
pada-Mu harus ku bermohon,
moga syukur bertambah,
alangkah susahnya mendidik nafsuku,
yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu,
bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwaku ini.

****************************

Ya Allah…… nikmatnya air mata yang mengalir tika mengingatiMu..nikmat lagi tika menyedari diri ini telah lama melupai RAHMATMU…astaghfirullaahh ya Allah..sempat lagi ya Allah..sempat sahaja Engkau menyedarkanku dari lamunan “hubbuddunnia ku”(cinta ku pada dunia)….

namun ya Allah… masih sempatkah diriku ini menikmati nikmat duniaMu yang hanya setitis air di lautan ini esok hari ? 3 jam lepas ini?satu jam? satu minit? satu saat?allahu’alam…Hari ini, ana digemparkan dengan kembalinya sahabatku ketika darjah 3, kesisiMu ya Allah.. tahun ini..umur ana 21 tahun..maka sahabat ana tenu sahaja 21 tahun..kerana seingatku.. beliaulah yang tertua dalam kelas dahulu… ya Allah.. hamba Mu yang hina ini tahu bahawa Engkau lebih menyayanginya lebih dari mak ayah, adik beradiknya.. maka ya Allah… tempatlah arwah dalam golongan hambaMu yang beriman dan beramal sholeh ya Allah…. amiin

Baru sesaat sahaja ana dilamun “hubbuddunnia”, terus ana disentak dengan dugaan sebegini.. Ya Allah..ampunila hambaMu ini Ya Allah…ampunilah diriku ya Allah…..

Bersyukur la wahai diri…bersyukurlah kerana engkau diberi nikmat paling besar dalam hidupmu ; Iman dan islam…Ya Allah…janganlah engkau jadikan diriku sombong, tak bersyukur padaMu ya Allah… tapi jadikanlah diriku hambaMu yang sentiasa bersyukur..dan bertambah-tambah syukurku..dan bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwaku ini.amiin

Allah Taala berfirman: Jika kamu bersyukur, nescaya aku tambah nikmatKu kepadamu, tapi jka kamu kufur, sesungguhnya azabKu amatlah pedih.[14:7]

Post

Selami Maksud Sebenar Hudud

In Fikrah on August 19, 2008 by dalam jiwa hamba

Post

Protected: PUASA PADA BULAN DZUL-HIJJAH? Dan Istikharah

In Uncategorized on August 19, 2008 by dalam jiwa hamba

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Post

Hukum Urusniaga Dengan Syarikat Yahudi

In Tarbiyyah on August 11, 2008 by dalam jiwa hamba

www.zaharuddin.net

Begitu banyak soalan yang datang kepada saya dan kedengaran di sana sini berkenaan hukum membeli barangan halal yang dikeluarkan oleh syarikat Yahudi khususnya dan bukan Islam umumnya. Ia menjadi satu persoalan yang semakin hangat disebabkan sikap Yahudi yang berterusan menyerang negara umat Islam. Demikian juga Amerika.

Saya ada terbaca kempen dari orang awam dan beberapa ilmuan yang mewarwarkan hukum haram jika membeli barangan dari syarikat yang dimiliki oleh Yahudi sepenuhnya atau salah seorang pemilik syarikat tersebut adalah Yahudi.

Syarikat Yahudi semua haram kita berjual beli?Akibatnya timbul kempen memboikot syarikat-syarikat tertentu dan boikot yang disebarkan melalui email dan internet. Syarikat seperti McDonald, Kentucky Fried Chickhen, TESCO dan lain-lain syarikat yang dikatakan dimiliki oleh Amerika, Yahudi atau mempunyai hubungan dengan mereka secara langsung atau tidak langsung adalah syarikat yang kerap dijadikan bahan utama.

Tidak terkecuali juga beberapa buah syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam seperti Maxis dan lain-lain. Saya juga pernah membaca dan mendengar ada yang berusaha menimbulkan semangat berkobar-kobar sehingga berkata bahawa sesiapa yang membeli dan menggunakan khidmat syarikat-syarikat ini maka samalah seperti membantu agama mereka, membunuh umat Islam dan banyak lagi. Adakah ini benar dari sudut pandangan Islam?.

Saya berharap tulisan ringkas saya ini dapat menjelaskan keadaan dan ia adalah berdasarkan pandangan beberapa nas dan pandangan ulama kontemporari. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang dan tulisan ini bukanlah sebuah kajian ilmiah bertaraf univeristi. Ia hanya jawapan yang diringkas dan dipermudahkan bagi bacaan orang awam sahaja. Saya juga tiada sebarang kepentingan dalam semua syarikat yang disebutkan namanya di atas dan yang lainnya, tulisan ini adalah dibuat atas dasar penyebaran ilmu Islam di atas landasan ilmu sahaja.

Asas Hukum

Pertamanya, elok kiranya saya cuba menjelaskan hukum berjual beli dengan orang Yahudi atau dengan mana-mana syarikat yang dimiliki oleh individu Yahudi. Bagi mendapatkan kejelasan dalam isu ini, fakta berikut perlu difahami sebaiknya:-

a) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

b) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

Ertinya : “Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik..” ( Al-Maidah : 5 )

Jika perkahwinan dibenarkan, sudah tentu jual beli lebih lagi akan termasuk dalam kategori dibenarkan oleh Islam (selagi mana menurut syarat jual beli Islam).

c) Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Imam Bukhari menamakan bab yang mengandungi hadith ini dengan nama

بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ

Ertinya : Bab berjual beli dengan kafir musyrikin dan musuh perang.

Kemudian Imam Ibn Hajar Al-Asqolani pula dalam huraiannya menyatakan :-

واستدل به على جواز بيع السلاح من الكافر

Ertinya : Dan dalil ini dijadikan dalil bagi keharusan menjual senjata kepada orang kafir.  ( Fath Al-Bari, Ibn Hajar, 5/142 )

Ini adalah kerana apabila Nabi Muhammad SAW mencagarkan baju besi baginda yang hanya digunakan untuk berperang, ini membuktikan hukum berjual beli dengan bukan Islam termasuk Yahudi adalah harus selagi mana cara aqad dan urusniaganya bertepatan dengan kehendak Islam. Hadis ini boleh dikatakan hujjah terkuat bagi membenarkan umat Islam membeli barangan keperluan dari Yahudi hatta makanan dengan cara berhutang sekalipun.

Ijma ( Sepakat ) Keharusan

Manakala Imam An-Nawawi pula ketika mensyarahkan hadith yang sama menyatakan :-

فيه جواز معاملة أهل الذمة والحكم بثبوت املاكهم على مافي أيديهم …وبه قال الشافعي ومالك وأبو حنيفة وأحمد والعلماء كافة

Ertinya : hadith ini menunjukkan harusnya berurusan dengan ahli Zimmah ( kafir yang bukan tentera yang berperang dengan Islam) dan hukum ini membawa erti sabitnya pemilikan barangan itu oleh mereka…dan demikian ini adalah pandangan Imam As-Syafie, Imam Malik dan Abu Hanifah serta Imam Ahmad dan seluruh ulama” ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40 )

Imam An-Nawawi menyambung :

وأما اشتراء النبي الطعام من اليهودي ورهنه عنده دون الصحابة فقيل فعله بيانا لجواز ذلك وقيل لأنه لم يكن هناك طعام فاضل عن حاجة صاحبه الا عنده وقيل لأن الصحابة لا يأخذون رهنه صلى الله عليه وسلم ولا يقبضون منه الثمن فعدل إلى معاملة اليهودي لئلا يضيق على أحد من أصحابه

Ertinya : Nabi membeli makanan dari Yahudi serta mencagarkan baju besinya dan tidak dilakukan kepada sahabat adalah dikatakan sebagai tanda keharusan melakukan demikian (berurusan dengan Yahudi dan bukan Islam walaupun terdapat orang Islam), sebahagian ulama yang lain pula mengatakan (nabi tidak beli dari sahabat) kerana mereka tiada makanan lebihan untuk dijual kepada nabi, ada juga yang mengatakan para sahabat tidak menerima cagaran Nabi serta tidak mahu menerima sebarang bayaran dari Nabi sehingga menyebabkan Nabi berurusan (kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya) dengan Yahudi agar tidak memberatkan sahabatnya. ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

وقد أجمع المسلمون على جواز معاملة أهل الذمة وغيرهم من الكفار إذا لم يتحقق تحريم ما معه لكن لا يجوز للمسلم أن يبيع أهل الحرب سلاحا وآلة حرب ولا يستعينون به في اقامة دينهم.

Telah ijma’ atau sepakat seluruh umat islam keharusan urusan dengan ahli zimmah dan lain-lain orang kafir selagi mana (urusniaga itu) tidak jatuh dalam perkara haram. Tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka ” ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 11/40)

Justeru, telah ijma’ berkenaan keharusan membeli dan menjual samada kepada Yahudi, Nasrani (Kristian), Buddha, Hindu dan lain-lain selagi mana mereka tidak terlibat secara langsung (dan rasmi) memerangi Islam, transaksi pula dilakukan bertepatan dengan Islam. Di samping hujah-hujah yang sohih di atas ia juga disokong lagi oleh sebuah hadis dhoif iaitu :-

روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم

Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato’ berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)” ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi’ , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

d) Para sahabat juga berurusan jual beli dengan orang kafir termasuk Yahudi. Bukan Nabi Muhammad SAW sahaja yang berurusan demikian, malah para sahabat baginda lebih kerap melakukannya dimana mereka juga terbabit dalam jual beli dengan Yahudi, Nasrani, Musyrik dan lain-lain. Sebagai bukti adalah firman Allah :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya

Ayat ini secara langsung memberikan kefahaman kepada kita bahawa para sahabat Nabi sebelum Allah SWT melarang orang kafir dari memasuki masjidil haram, mereka kerap dan cukup banyak berurusan samada jual atau beli dari si kafir dan yahudi.

Ini disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya :-

وكان المسلمون لما منعوا المشركين من الموسم وهم كانوا يجلبون الأطعمة والتجارات , قذف الشيطان في قلوبهم الخوف من الفقر وقالوا : من أين نعيش . فوعدهم الله أن يغنيهم من فضله .

Ertinya : Orang-orang Islam apabila Allah melarang orang Musryik dari masuk (berniaga) pada musim perniagan sedangkan mereka dulu lah yang membawa makanan dan pernigaaan, maka syaitan mulai melontarkan dalam hati umat Islam takut dan bimbang mereka akan jatuh faqir, ( kerana tiada pelanggan dan pembekal), sehingga ada antara mereka berkata : ” Bagaimana kami nak hidup” , tatkala itu Allah SWT menjanjikan kepada mereka kurniaan rezeki dari sisiNya” ( Al-Jami’ Li Ahkami Quran, 8/106 )

Imam Fakhruddin Ar-Razi pula menegaskan :

وحملوا الطعام إلى مكة وكفاهم الله الحاجة إلى مبايعة الكفار

Ertinya : Orang-orang Islam dari Jeddah, Sana’a dan Hunain itu membawa makanan ke Mekah (untuk dijual) dan Allah SWT mencukupkan mereka dengan jual beli dengan orang Kafir” ( Tafsir Al-Kabir, Ar-Razi, 16/22 )

Hasilnya, jelas bahawa para sahabat juga berurusniaga dengan orang kafir. Nabi SAW juga masih hidup tatkala itu dan membiarkan urusan itu tanpa sebarang larangan dan tegahan. Malah setelah kafir dikeluarkan dari masjidil haram, para sahabat masih berniaga dengan mereka di sebelah luar, bukti terjelas adalah tindakan Nabi SAW sendiri membeli makanan dari Yahudi, Nabi juga wafat dalam keadaan hutangnya belum selesai dengan Yahudi ini. Isu hutang Nabi ini dibincang panjang lebar oleh ulama silam. Saya tidak berhasrat mengulasnya di sini.

Saya kira kumpulan dalil dan huraian ringkas di atas sudah cukup untuk kita mendapat kefahaman hukum berkaitan ursniaga dengan Yahudi, syarikat yang dimiliki Yahudi atau lain-lain agama.

Agenda Boikot bagaimana?

Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika Yahudi atau lain-lainnya melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam. Benar, umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam. Saya juga tidak mahu melemahkan semangat kempen ini, cuma orang ramai perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi lalu dituduhnya kafir, munafiq, pembantu Yahudi dan lain-lain.

jahat

Menurut para ulama kontemporari, cara yang dikira aman di zaman ini adalah dengan melakukan pemboikotan dari membeli barangan semua syarikat di bawah telunjuk mereka. Justeru, ia adalah salah satu cara yang paling berkesan buat orang awam islam di seluruh dunia.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?

Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan ‘direct’ kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar ‘maslahat’ iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan ‘afdhal’ atau ’elok’ sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam

Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad ‘Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas ‘ulil amri’ itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang ‘digalakkan’ sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping ‘mendenda’ syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda ‘Halal’ JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم

Ertinya : “Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu” ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih  )

Perbezaan & Perkembangan Baru

Cuma, di zaman kewujudan jemaah-jemaah Islam yang pelbagai di dalam negara Malaysia, pada hemat saya, sekiranya anda seorang yang komit dan telah memberikan satu ‘bai’ah’ atau janji setia dengan kepimpinan persatuan anda seperti ABIM, JIM, PAS, TABLIGH, HIZB TAHRIR, PPIM atau lainnya, dan mereka mewajibkan ahli mereka agar boikot. Tatkala itu mungkin boleh diperbincangkan hukumnya samada telah menjadi wajib ke atas ahli mereka atau tidak. Saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini kerana ia akan memanjangkan tulisan ini. Mungkin ia lebih elok ditulis oleh tokoh-tokoh pimpinan persatuan dan jemaah tadi sendiri.

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.

contoh

Syarat Sebelum Sebaran

Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.

Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-

أن اليقين لا يزال بالشك

Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )

Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu’alam.

Kesimpulan umum :

Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -

a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)  serta tempoh lesen masih hidup,

b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu’alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Post

Dosa

In Tarbiyyah on August 7, 2008 by dalam jiwa hamba

Seorang anak muda, dalam wajah mudanya yang diusik keluh kesah menuju ke arah saya. Tepat saya melihatnya, dia terus bertanya, “Ustaz masuk internetkah?” Tanpa fikir untuk meneka itu ini, saya terus jawab, ” Ya.” Dia melihat saya dalam anak matanya yang lebih tajam, lantas menyoal lagi, ” Ustaz pasti melihat gambar – gambar lucahkan?”Saya tersentak. Darah seperti dibuka kepala paipnya untuk segera menerjah ke muka. Gelabah adalah penyakit saya masa kecil, masa saya kecut perut takut jika disoal oleh guru -guru, sebelum terubat sedikit selepas latih amali bertazkirah dalam usrah. Saya tarik nafas, agar darah panas itu menyejuk sedikit. Angin lawan api. Saya hembus balik. Air lawan api.

Bila selesa sedikit, saya lantas jawab, ” Tidak!” Anak muda itu seperti terkejut. Tandanya kelihatan pada matanya yang membulat dan keningnya sedikit terangkat. Mulutnya memacul kalimat, ” Yakah?”

Saya melihatnya. Kemudian saya melihatnya lagi. Bila saya rasa telah menguasainya, saya memegang bahunya. Tidak, saya menyentuhnya saja hanya untuk dia merasakan kehadiran saya di hadapannya, lalu dia memberi perhatian kedua selepas dia menguasai yang pertama.

Saya berkata, ” Kamu tiada beradab!” Anak muda itu tersentak. Kepalanya mundur ke belakang, tidak tubuhnya. Dia yang telah saya ikat itu bagai tergamam dan ketakutan. “Kenapa ustaz?” Ah, saya tahu dia cukup menghormati saya. Anak muda ini cukup beradab, cuma sedikit mentah. Budak – budak, getus hati saya di sambar ego. Begitulah manusia bila telah menang. Ego tak sudah – sudah. Penyakit Melayu Umno!

Saya menarik tangannya sambil mendorongnya duduk. Betul – betul menghadap saya. ” Mari saya ajarkan kamu.” Selepas dia kembali selesa dengan saya sebagai pembimbingnya, gurunya, saya memulakan.

“Apa kamu dapat jika saya jawab, ya atau saya jawab tidak tadi?”

” Sejak bila kamu diajar untuk bertanya dosa orang lain?”

” Jika kamu rasa malu membuka pekung di dada sendiri, tidakkah aib dan salah kamu meminta orang lain membuka pekung mereka juga?”

Saya lalu mengajarnya bagaimana menanggung beban dosa dan maksiat, seperti diajar RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Setiap kita melakukan dosa. Dosa daripada perlakuan maksiat dan munkar yang bermacam – macam. Dosa dari hati yang lalai, lidah yang menjarah, panca indera yang melanggar dan merempit, bahkan sikap dan akhlak kita yang jengkil. Kita berdosa kerana kita adalah manusia. Setiap manusia mesti berdosa. Jika tidak kerana dimaksumkan oleh Allah, para anbiya’ juga berdosa. Mereka juga manusia.

Tetapi dosa adalah penyakit yang menyerang manusia. Kerananya manusia menjadi lemah dan mati. Ia mesti dibuang sesegeranya sebelum ia menjalar dan merebak lalu mencetus penyakit yang lebih parah. Ia kuman yang sesetengahnya boleh membunuh.

Dosa juga adalah keaiban dan kehinaan. Ia mesti ditutup. Ia mesti tidak didedahkan. Apabila ia terdedah atau didedahkan, ia akan merendahkan kedudukan tuannya di mata manusia yang beriman, apatah di mata manusia yang berpenyakit yang seronok penyakitnya menjangkiti orang lain pula. Dia mungkin kehilangan thiqah dan kepercayaan orang lain kepadanya.

Kerana itu dosa mestilah dijauhi dan dielakkan. Jika berlaku dosa, ia mesti dibuang sesegeranya. Jika ada dosa, ia mesti ditutup dan disembunyikan daripada pandangan manusia seluruhnya.

Jauhilah dosa dengan sifat taqwa. Hilangkanlah dosa dengan taubat. Sembunyikanlah dosa dengan sitrah / penutup.

Maka tanamkanlah dan bajailah sifat taqwa, nescaya kita tidak mudah berdosa kerana taqwa mendorong kita membenci dosa dan menyukai ketaatan.

Segeralah bertaubat dan beristigfar. Ia bagai angin kuat yang menggugurkan dedaun kering dari rantingnya. Ia lalu memucukkan daunan yang lebih segar dan menghijau.

Tutuplah dosa diri dengan tidak melakukannya secara terang – terangan dan bisukanlah lidahmu daripada menceritakan dosa dan aib yang engkau lakukan secara sendirian.

Bersyukurlah kerana dikurniakan taqwa yang terlalu didamba orang beriman. Bersyukurlah kerana dimudahkan bertaubat daripada dosa yang mengeraskan hati dan jiwa. Bersyukurlah kerana disembunyikan dosa diri daripada pengetahuan manusia.

Besarnya kasih sayang Allah kepada kita kerana betapa banyaknya dosa kita ditutupNya daripada penglihatan manusia.

Bodohnya kita apabila mendedahkan dosa dan aib yang telah ditutupi Allah dengan sitrahNya kepada manusia.

Apabila Allah ingin menghukum hambanya di dunia, didedahkan keaibannya dan perlakuan jahatnya kepada seluruh manusia, lalu runtuhlah segala maruah diri yang dibina.

Murkanya Allah pada manusia yang membuka aibnya sendiri selepas ditutupiNya.

Tidak sama dosa terang – terangan dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi.

Doa RasuluLlah, “Tuhanku, ampunilah dosa kami, tutuplah keaiban kami dan janganlah dibiar musuh kami memperlekehkan kami.”

Begitulah saya menyudahi tazkirah khas pada anak muda itu. Dia khusyu’ sekali mendengarnya. Mungkin melebihi saya sendiri.

Dia bangun sambil mengucap terima kasih. Saya senyum dan berkata, “Saya juga berterima kasih kepada kamu.” Dia berkata, ” Kenapa ustaz?”

Saya menjawab, ” Kerana soalanmu itu mengajar saya betapa besarNya limpah kasih Allah pada kita semua.”

Betullah kata – kata ulama, jikalah dosa itu berbau, nescaya ku tak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa – dosaku…

Post

Protected: Tatkala Tindakan Pimpinan Jadi Ujian

In Fikrah on August 2, 2008 by dalam jiwa hamba

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments