Archive for June, 2008

Post

Protected: Menarik~

In Fikrah on June 27, 2008 by dalam jiwa hamba

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Enter your password to view comments

Post

“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”

In Fikrah on June 16, 2008 by dalam jiwa hamba

Alhamdulillah..itulah ucapan yang ana mampu keluarkan setelah membaca artikel dari seorang ustaz yang ana kagumi. Menarik sungguh kupasan yang beliau sentuh. Sekadar pendapat peribadi , dalam kehidupan seharian, memang kita berdepan dengan situasi sebegini. Selama ini, ana pun tertanya-tanya hakikat yang berlaku sekarang pada sesetengah sahabat ana. Sibuk dengan kerja dakwah…tapi lansung tak bersemangat nak pergi ke kelas! Ya Allah..moga sahabatku itu terus diberi kekuatan dan semangat membara untuk ke kelas. Ana tertarik dengan teguran membina ustaz disini:

DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!

Itu kalau versi ‘hikayat menjadi’.

Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.

Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.

Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.

HARI INI

Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.

Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

dipetik dari: http://saifulislam.com/

Setelah ana membaca, memang benar apa yang dikatakan ustaz. Maka sahabat-sahabat, ana ingin mengingatkan diri ana dan sahabat sekalian..berjaga-jagalah dengan setiap niat yang kite terapkan dalam setiap amalan kita. Ana tidak lah layak digelar aktivis dakwah, namun kadang kala, ana menggunakan istilah tersebut jugak ketika menulurusi jalan dakwah ini. Tapi, ana tak pernah la pulak terpikir untuk meninggalkan pelajaran sampai begitu sekali. Selama ini, usrah, majlis ilmu seumpamanya lah , tempat ana mencari semangat yang membara untuk mempelajari ilmu Mu..ana sedar kelemahan ana disitu. Namun, segalanya adalah kerana dengan pengahayatan Islam sebenar-benarnye ana merasai rasa tenang, ceria dan semangat dengan nikmat iman dan islam tersebut. Ini sebenarnye FITRAH manusia yang Allah ciptakan.Alhamdulillah.. Allah masih menjaga diriku yang serba cetek ilmu ini. Ingat lagi, masa kecik-kecik, ana seorang pelajar yang malas untuk sekolah. Mungkin kerana suasana waktu tu memberi ana tekanan kerana seringkali dibuli sehingga ana pernah sekali dipanggil pengetua kerana bergaduh dengan seorang budak. Waktu itu, ana baru bertukar sekolah rendah agama dan dimasukkan ke kelas peralihan. MasyaAllah..Allah sahaja tahu perangai budak-budak waktu tu. hehe budak-budak lg waktu tu..harap mereka sudah menjadi ’seseorang’ sekarang.

Namun, memori ana tentang ustazah yang mengajarku dahulu masih segar diingatanku. Ustazah Maimunah…baik sangat. selalu bimbing ana dalam pelajaran. Ana ingat lagi, ustazah ana pernah menceritakan beliau pernah mimpi bertemu rasulullah s.a.w! Sejak dari itu, ana sering mengimpikan impian seperti itu juga. Ana mula suka membaca buku-buku tentang sirah rasulullah. Tidak dinafikan, ana memang tak minat subjek sejarah atau kajian tempatan yang diajar di sekolah kebangsaan, tetapi, ana suka sangat belajar sirah..dan minat ana tu, sampai sekarang masih segar dalam hati ana. Alhamdulillah… Ana yakin Allah tak jadikan sesuatu tanpa sebab, kerana ketika naik ke tahun baru , ana berjaya terpilih memasuki kelas paling atas setelah mendapat tempat kedua di dalam kelas. Itulah yang Allah janji, setelah kesusahan ada kesenangan…indah sungguh Islam.. Dan inilah juga yang sedang dan telah berlaku pada ana. Moga didikan Allah kepada ana dengan kepelbagaian ujian ini, meningkatkan ketaqwaan ana kepadaNya..amiin…

Allahu’alam…

Post

~Home Sweet Home~

In Tarbiyyah on June 16, 2008 by dalam jiwa hamba

Alhamdulillah….bersyukur sangat padaMu ya Allah..kini, ana sudah berada di Malaysia, tanah air ku tercinta. wahh semangat pulak. Lama sungguh tidak update blog ni. mula-mula ana rasa macam nak delete je blog ni sbb bukan nye ramai sangat nak bukak blog orang dan baca! hmm that’s the first thing came across into my mind. Bila ana fikir-fikir balik, kenapa la nak kisah sangat pasal orang ye? asalkan , kita boleh share dan remind each other cukuplah. ana bukan la ustazah yang nak menceritakan perihal hukum atau sebagainya.

Tapi, the main purpose ana buat blog ni tak lain tak bukan, sebagai TAZKIRAH buat diri ana, teutamanya, dan buat sahabat ana yang tahu akan kewujudan blog ni. kan sahabat-sahabat? hihi Tak semestinya, ilmu yang kita dapat hari ini, kawan kita pun melaluinya, jadi dengan cara inilah ana boleh share. baca tak baca, itu pilihan pembaca. asalkan kite alert dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Very beautiful kan Islam tu? Jadi, ana nak mengajak sahabat-sahabat ana, especially sahabat dalam persatuan.. teruskan memberi tazkirah! kerana ia suatu PERINGATAN..dan PERINGATAN beginilah dapat mengelakkan diri kita dan paling-paling pun mengurangkan probability kita untuk mendapat penyakit ‘FUTUR’ .

Buat pertama kalinya, jazakillahu khairan kasthiran buat sahabat ‘doodlieywacts’ sebab terus bersemangat memberi peringatan dan ana rasa apa yang beliau ingatkan semuanya adalah pengajaran serta perkongsian buah fikiran yang beliau dapat dari persekitaran yang sedang tempuhinya sekarang. hehe teruskan perjuangan ye! insyaAllah. Untuk kali ini, ana ingin sekali memberi semangat baru buat diri ana dengan mengimbau kembali..coretan hidup ana yang pernah ana karang satu tahun yang lepas kerana, ana ingin mengingatkan kalian..memang Allah jadikan segalanya ke atas kita tidak sia-sia insyaAllah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah bermula dua setengah tahun lepas..

“mak, ani nak ambik borang scholar balik boleh? ani tak nak jd dokter la..ani nak ambik dentistry..” kataku di dalam kereta. Ayahku memandang ibuku.suasana di dalam kereta tibe2 jadi sepi ”wahh dah sampai kat parkson!jom turun” jerit adik-adik ku..ayah ,sewaktu itu sudahpun memakai tongkat selepas 4 tahun operation di lutut. ”mak, ayah marah ani ke?” tanyaku setelah melihat laju bebenor ayah ku berjalan meninggalkan kami. ”em tula ko, dah hantar borang, baru nak cakap” tegur ibuku kemudian mengejar ayahku yang jauh meninggalkan kami. Em, rase bersalah la plak.[ em, takpela ambik je la mana tahu ini yang terbaik untuk ku. Ya Allah jika pilihan ini adelah baik untukku, untuk agama ku dan untuk mase hadapan ku, maka permudahkan la jalan ini untukku, tapi jika sebaliknya, maka jauhkan la ia dariku] – rintihan hatiku yang sudahpun berbaur kesedihan + pasrah. [waktu tu muda2 lagi..pendirian pun tak tetap]

Setelah satu setengah bulan kat matriks

”Mak…ani tak dapat tawaran MARA” hati ibu mana tak sedih melihat anaknya tidak berjaya mendapat tawaran ke luar negara, walaupun waktu tu, ana tak rase sedih pun. Tapi itulah hakikat..aku terus tabah mngharungi ujianMu ini..selama seminggu ku kebuntuan memikirkan ”mcm mane nak score matriks ni?” em itu je yang mampu ku fikir..setelah rase bersalah yang membuak2 di hatiku terhadap ibuku. ”

Seminggu terakhir di matriks

”Ili, ana tak dapat scholar MARA”beritahuku kepada sahbat karibku.” ye ke anti?? Alhamdulillah…ana gembira sangat2”menangis sahabatku.. erk sahabat ku gembira? Em dalam masa yang sama, diriku berasa bersyukur sekali kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti ili..banyak yang die telah bantu memberi semangat kepada ku..seminggu terakhir di matriks merupakan saat yang paling bermakna untukku kerana di situ ku tahu , apa itu maksud REDHA…bukan sekadar kata2 dimulut..tapi bagaimana merasainya..alhamdulillah sampai sekrang tak pernah ku rasakan ketenangan seperti sewaktu itu..

[aku redha ya Allah..aku pasrah akan ketentuanMu, ya Allah ..aku tahu aku sudah banyak dosa dengan Mu..moga2 dengan kesabaran ku ini, Kau gantikan daku yang lebih baik..] waktu tu muda lagi =p hehe..em mungkin tak matang lagi..tapi itulah hakikat..tp sekarang aku boleh berfikir lebih panjang..mungkin i should learn it in a hard way..ape2 pun pengharapan padaMu yang paling kuutamakan..KEREDHAAN MU yang paling kuutamakan…mcm mane? Jauhi maksiat, tak kisah penyakit hati ape atau ape-ape sahaja , yang penting sebelum buat sesuatu, kau kena selalu tanye, ape yang DIA rase bila ku buat ini? Atau itu? Perasaanku susah untuk diterangkan hanya hambaMu yang sentiasa merasa kerdil mnyedari hakikat ini..”LA ILAA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN…” [tiada tuhan melainkan engkau ya Allah...Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah mendzolimi diri ku sendiri] inila doa yang sering ku lafazkan sewaktu solat malam ku.

Tiga hari terakhir di matriks

”anti, ana ade satu benda nak bgtw anti..anti bersabar banyak2 tau” ”ana dapat uia, ana nak pg uia” huhu sedihnye melihat sahabat ana menagis sekali lagi..ana pun menangis sekali..itula persahabatan jika segalanya kerana Allah..alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah pernah memberiku peluang merasai apakah itu bersahabat kerana Allah..manis sangat..siape2yang pernah merasainya hargailah sahabat kalian dengan baik..sbb peluang ni takkan muncul banyak kali…rutinku setiap hari, pergi kelas bersama ili, duduk didalam bilik kuliah bersebelahan…kalau sorang lambat, sorang lagi copkan tempat..pergi solat kat masjid, study di surau beramai-ramai, sambil membincangkan Islam dan Manusia…wahhh rindunye!!! Naimah, syikin, munifah, ili, amalina, hidayah dll Em..itu la…mungkin Allah nak tunjuk betapa banyaknye nikmat yang Allah telah bagi , tapi kita yang sering lupa untuk bersyukur…alhamdulillah atas kesempatan yang telah Engkau beri padaku selama ini…semoga hari2 kemudian, mulutku, hatiku, tingkahlakuku tidak putus-putus menyukuri nikmat Mu…

Matriks uia

Wahhh bestnye kat sini.!..malam terakhir orientasi, kami dihiburkan dengan kumpulan nasyid mestika dan hijaz di padang uia..meriah sungguh!! Hehe ”mak, terima kasih sbb dapatkan ani masuk uia!” itu lah kataku yang ku ingin ucapkan pada ibuku..rase nak telefon sangat..tapi takut tak dengar, bising sangat kat sana..emm jadi tersimpanla ia di dalam dadaku..em kat sane ramai kawan2 , hanisah (kelantan mari) n banyak lagi.rase mcm dah lame duduk kat situ.tapi yang paling tak dapat lupa, kak mariah(baru sahaja menghabiskan program persijilan di DQ) , sbb kakak ni la yang banyak sedarkan diriku yang kian lalai dan alpa. Em betul la..kawan amat penting peranannya..lebih-lebih lagi orang yang meningkat dewasa seperti ku..=p alhamdulillah sekali lagi sbb dikurniakan sahabat seperti mereka..alhamdulillah…

Tujuh hari selepas dimatriks

Ring! Ring! Ring! Mak telefon tibe-tibe. katanye” ani, kau dapat tawaran MARA” ”hah? Ani dapat MARA? Tak nak la mak..ani dah seronok duduk kat sini..ani betul2 tak nak” em itula yang mampu lafazkan sewaktu mengetahui permohonan rayuanku berjaya. Waktu itu, mak sangat gembira. Em hati anak mana yang tak tersentuh membayangkan air muka mak yang kegembiraan..alhamdulillah..setelah aku menunaikan solat istikharah..hatiku telah mndorongku pergi ke kmb

Kmb

Inilah dia[ tempat di mana aku merasa lebih DEKAT padaMu atas segala ujian yang Dia sahaja tahu yang aku mampu mnghadapinya] itulah hakikat hidup..dulu aku yang jenis terlalu idealistik tidak mnyedari dunia ni bukanla terlalu kecil dan akhirnye ku cuba mnjadi seorang yang realistik. Banyak yang ku tempuhi di sana. Mnyedari betapa diriku insan kerdil yang baru sahaja diuji secubit ujian bagi mnguji keimananku, rase rindu akhwat kat matriks , betapa ku mengerti mengapa Dia pernah wujudkan dalam sejarah hidupku seseorang yang telah banyak mngubahku dan mngetahui bahwa bukan semua yang mampu bertahan dengan perinsip diriku..maka aku redha dengan ketentuanNya. .ape yang paling penting untukku adalah mencari redhaMu…tak mampu kugambarkan dari awal sampai akhir tapi yang hanye ku dapat sampaikan hanye yang terakhir..akhirnye usaha ku bukan sia2..aku ingin berubah mnjadi orang yang lebih kuat pendirian..akhirnye Dia mnguniakan ku kekuatan yang mana aku amat memerlukannya selama ini..ALHAMDULILLAH..aku bersyukur…moga aku sentiasa dikurniakan kekuatan..doa mak ayah…restu mak ayah dalam hidup ku teramatla penting..moga Allah sentiasa mmbuka pntu hati mereka agar ku mndapat redha makayahku..untuk mncapai MARDHOTILLA…allahualam…-dari insan yang amat kerdil imannye-

Kini

Hidupku sudah ditakdirkanNya . ada la tu hikmahnya agaknya…itula yang ku katakan pada diriku…setelah jalan yang ku fikir paling mudah merupakan jalan yang paling susah untuk ku tempuh..ini ujian dariMu lagi fikirku….takpela. aku akan berusaha.

Aku hanya mampu berdoa jika ini adalah yang terbaik untukku dan membawaku lebih dekat pdMu maka, permudahlah..jgn Engkau susahkan..insyaAllah ..aku Redha ya Allah…ya Allah berilah aku kekuatan..amiin

kawan2 , sahabat2, akhwat2…ingatkan daku bila ku alpa..agar aku terselamat daripada kemurkaanNya..teima kasih semua. Sesiapa yang ade kekeliruan padaku maka, jernih2kanlah..ini hanyalah satu episod dalam hidupku.

’Erti hidup pada memberi’