Archive for May, 2008

Post

Bersatulah..itu yang terbaik!

In Fikrah on May 11, 2008 by dalam jiwa hamba

Alhamdulillah…exam lagi 3 paper…satu…satu… berlalu…cepat betul masa berlalu! Rase ‘kosong’ pulak kalau ana tak update blog ana ni. Kepelbagaian ‘persatuan’ dekat kawasan ana ni sering buat ana tertanya-tanya. Tidak kisahlah ‘persatuan’ mana pun yang antum ikut..yang penting kite perlu berlapang dada dan sentiasa bersatu! Moga sahabat-sahabat semua dapat menghadam artikel yang Ustaz Hasrizal ni. Pentingnya adalah kita semua yang sedar akan kewujudan kite di atas muka bumi ini [51:56, 2:30] untuk melaksanakan tuntutan shahadah. Mungkin sekarang ana tak sempat untuk menerangkan semua..insyaAllah..this will be my homework for the summer! :) Mungkin ada yang bosan dengan tajuk-tajuk begini…tapi ana minat! hehe mungkin ana terlalu terkesan dengan gerakan ikhwanul muslimin. Dari kisah As Syahid Imam Hassan Al Banna sampai Zainab AlGhazali..tak berhenti rasanya air mata yang mengalir mengenangkan betapa peritnya penderitaan mereka dalam memperjuangkan Islam yang mulia…Bukan layak untuk menjadi seperti mereka, namun ana tak boleh mendiamkan diri juga. Emm panjang la pulak, sebelum ana akhiri kata-kata ana, rasa nak share jugak kegembiraan ana kepada pihak yang sepatutnye yang telah menonjolkan semula ustaz-ustaz yang sudah lamaaa ana rindu untuk lihat secara live. Takbir! Moga Allah memudahkan usaha dakwah pejuang-pejuang Islam di Malaysia agar Islam kembali tertegak..Peristiwa Nargis yang baru-baru ini membuatkan ana terfikir seketika…takutnya bala yang Allah turunkan…Apa yang berlaku semuanya Kuasa Allah! Innalillahi wa inna ilaihi roji’un..Thailand, Indonesia,jiran-jiran Malaysia dah ditimpa bala Allah…Takkan kita nak tunggu Allah turunkan bala di tanah air sendiri tanpa kita berbuat apa-apa? Nauzubillah…..Banjir dan sedikit gegaran yang berlaku satu masa dahulu pun, heboh satu Malaysia…moga Umat Islam Malaysia mengambil pengajaran apa yang berlaku disekeliling mereka..termasuk la ana yang akan balik bercuti tak lama lagi..insyaAllah…setakat itu sahaja. Wallahualam…

Post

Imtihan…

In Tarbiyyah on May 5, 2008 by dalam jiwa hamba

Minggu ini, ana akan melalui imtihan..doakan ye sahabat-sahabat. Buat sahabat ana yang selalu jenguk-jenguk ana punye blog, SeLaMaT Berjuang! Moga Allah permudahkan urusan kalian amiin. Dengan ini, ana nak share satu ceramah yang sunggu menarik dari Ustaz yang sangat ana admire..Ustaz Ismail Kamus…semoga sahabat mendapat manfaat dari ceramah ini.wallahualam…

mutiara iman yang selalu diabaikan… .

Kelebihan Bangun malam (Qiyamullail)

APAKAH kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir? Sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh. Sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata: “Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat” berulang-ulang.

Apakah kelebihan-kelebihan itu?

Solat Paling Afdhal Setelah Solat Fardhu

Solat yang paling afdhal setelah solat wajib adalah qiyamullail (tahajjud).(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu Mustajabnya Doa

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “Sesungguhnya dari sebahagian malam itu ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah Ta’ala, melainkan Allah pasti akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam.” (HR Muslim)

Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya

Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya. (HR Adam bin Abu Iyas)

Meningkatkan Darjat Di sisi Allah

Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.“ (Surah al-Isra, ayat 79).

Dari Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah lagi bermaksud: Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang.

Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Ibadah Ahli Syurga

Firman Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”

Orang-orang yang bertaqwa itu sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi, mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan.[Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: “Hendaklah kamu semua menetapi solat malam, sebab yang demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu.(HR Tirmidzi)

Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.”(HR Tirmidzi).

Keteladanan Salafussoleh

Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat Subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat.”

Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan Ahmad dari Jabir bin Abdullah r.a. ia menceritakan;”Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa”. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ini? Jabir berkata,Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, ˜Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah. Nabi Muhammad SAW berpesan: Jagalah kami di mulut lorong ini.Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah.

Ketika kedua orang sahabat itu ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, ˜Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam? Sahabat Muhajirin menjawab;˜Jagalah kami di awal malam, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan solat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai diri Ansar tersebut, lalu sahabat Ansar itu mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan solatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud.

Setelah itu ia membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ˜Duduklah kerana aku telah dilukai.Jabir berkata, Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sedar bahawa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, ˜Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?Sahabat Anshar menjawab, ˜Aku sedang membaca surah dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku ruku dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan kerana takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan solat.