Alhamdulillah..sekali lagi..ana bersyukur atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada ana selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda..alhamdulillah..semuanya hampir selesai..tidak lama lagi diriku akan diuji dengan ujian di pentas dunia ini.. Ya Allah…permudahkan urusan ku..urusan sahabt-sahabatku yang lain..agar kami menjadi hamba yang bertakwa padaMu.. Sangat menarik untuk ana ingin kongsi bersama sahabat tentang satu ilmu yang ana benar-benar rasa sahabat-sahabat ana perlu ketahui. Ya Allah besarnya dosa riba’ ! Ana selalu je dengar benda ni. Tapi kali ni ana rasa benar-benar serius! Takutnye…tak sabar nak balik malaysia nak tutup akaun BSN huhu tak sanggup ana kalau pihak bank nak guna duit ana untuk dilabur di CASINO genting atau mana-mana tempat yang ternyata haramnya. Ya Allah…ampunilah daku atas kejahilan ku. Suka sangat Ustaz Uzar ni, banyak sangat ilmu yang die ada..ilmuan yang beginilah yang perlu ada dan banyak di atas muka bumi Allah ini. Kalau kalian nak tahu, ustaz ni ana mula kenal semasa di sini.tertarik sangat dengan pendekatan yang beliau gunakan. cuma ana nak highlightkan, ana mula faham mengapa Allah mengharamkan riba’ ke atas kite semua..dan sebenarnye memang terbukti bahawa riba membawa kesan negatif terhadap kita dan generasi masa hadapan kita. Memang tidak dinafikan yang suasana sekeliling kita sekarang penuh dengan perkara demian . Tapi berusahalah kita kepada yang lebih baik..ana tak sanggup hidup diselubungi dosa-dosa riba’…(wa iya zubillah)
Alhamdulillah..sekali lagi..ana bersyukur atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada ana selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda..sesungguhnya ana diberi kekuatan olehNya untuk menekan “keyboard” ini sekali lagi sementara mengisi masa yang terluang.rasanya sudah lama sangat tidak menulis. Kesibukan bukanlah alasan yang ana ingin beri, tapi ’slow’nya motivasi ana untuk menulislah ‘membekukan seketika’ blog ini. sekali lagi marilah kita bersama-sama berdoa agar hidup kita ini tidak kita sia-siakan begitu sahaja:
“ya Allah..janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dan cepat!”
Musafir itu meletihkan, tetapi letih lagi perjuangan ini. Musafir itu menyeronokkan, tetapi seronok lagi perjuangan ini.Perjuangan adalah kehidupan seorang musafir di bumi Tuhan.
Hidupku sekarang penuh dengan cabaran dan dugaan. Segala persoalanku selama ini telah Dia tunjukkan padaku satu persatu. Alhamdulillah…Indahnya nikmat Tuhan yang mengurniakanku nikmat ini. Hidupku tidak lagi terawang-awangan seperti dahulu. Kerana sekarang aku sudah faham perjuangan ku…dan wahai SAHABAT-SAHABATku…Jom! kite teruskan perjuangan kita yang belum selesai ini..dan mungkin takkan selesai sampailah hari dimana, roh kita akan dicabut dari jasad kita ini. (2:30), surah albaqarah ayat 30 , Allah telah menerangkan salah satu tugas kita sebagai khalifah di muka bumi.Kemudian kita telah diciptakannya tidak lain dan tidak bukan untuk beribadah kepada Nya yang Esa.
Sedarlah wahai saudaraku sekalian, kepentingan da’wah ini, bukanlah satu perkara yang boleh kita pandang enteng terhadapnya. Kerana cukup rugilah kita seandainya kita tidak menjadi salah seorang yang mendokong pjuangan para anbiya’ dan para sholehin..Allah tak rugi pun namun kita yang akan rugi sekiranya KITA LANSUNG TIDAK ADA KEINGINAN DALAM BERDAKWAH.
Sesungguhnya Allah telah ciptakan kita dengan penuh rapi dan ada kadarnya..teringat ana pada firman Allah pada surah ke 3, ayat 104 (3:104) yang membawa maksud:
“
Dan hendaklah dikalangan kamu ada segolongan yang menyeru keada kebajikan, menyuruh (membuat) yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. “
Namun tidak dapat kita sedari bahwa dalam kita bersemangat dalam berkerja pada jalan Allah, kita akan rebah seketika..atau dengan kata lain kite merasakan iman kita seolah jatuh pada waktu itu. Dan ketika itu, kita perlu sedar akan hakikat kejadian manusia , memang Allah ciptakan manusia dengan iman yang naik dan turun. Namun sejauh manakah kita mengalami kejatuhan iman; adakah kita jatuh di bawah tahap sifar, ataupun sebaliknya. Fikir-fikirkanlah. Namun , segala persoalan ana sudah sedikit sebanyak terjawab, apakah yang menyebab kan kite merasa diri ‘down’ sekali. Nauzubillah…
Ya, mungkin itulah term yang paling sesuai untuk ana gunakan. Pembelajaran ana tentang tajuk ‘Futur’ ini takkan ana sia-siakan sahaja dalam diari harian ana. mungkin ada baiknya kita berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini. Futur sebenarnya adalah suatu penyakit yang sering menimpa aktivis da’wah dalam bentuk kita akan menjadi :
malas
lemah semangat
menunda-nundakan atau melambat-lambatkan
lesu
Namun, futur yang paling buruk adalah berhenti dari melakukan amal.
Hakikat yang sebenarnya, futur adalah sifat semula jadi manusia. Jadi tak seharusnya lah kita merasakan bahawa diri kita adalah lebih layak dan cukup sempurna dalam sesuatu perkara kerana tiada manusia yang paling sempurna melainkan Pencipta kita. Kadangkala kemalasan boleh membawa sesuatu yang mengaibkan. Di sini, ana sunguh tertarik dengan contoh yang diberikan daripada ustaz ana. Mungkin terlalu kelakar untuk membayangkan namun itulah realiti manusia zaman sekarang. Kadang kala ada sesetengah orang yang malas membaca wirid, sehinggakan selepas solat, mereka tidak biasa dengan wirid sehinggakan tidak tahu pun untuk membaca wirid ketika diminta membacanya. ataupun dengan kemalasan mereka, mereka sanggup meninggalkan bacaan Quran kerana mereka merasakan sudah cukup lah dengan mengatakan “asalkan aku sudah berjaya mengkhatam Quran sudahlah, buat apa nak baca lagi.”Astagfirullah….Mungkin ini adalah ringkasan penerangan dari tajuk futur ini. Selanjutnya, ana ingin sekali menekankan sebab-sebab berlakunya amalan FUTUR ini agar kita tahu menyelesaikannya dari akar umbi lagi.
SEBAB-SEBAB BERLAKU FUTUR
Membuat Amalan yang berlebih-lebihan atau melampau-lampau. Ana sebenarnya sangat tertarik dengan point ini, kerana tidak dapat menafikan ada dikalangan kita yang awal-awalnya sangat bersemangat dalam membuat sesuatu, tatpi tiba-tiba diri kita menjadi sangat penat dan malas untuk meneruskannya. Mungkin ana atau ikwah sekalian ada terbuat perkara begini. Jadi jom! kite ikut hadith nabi, sama-sama kita bermula dengan bersederhana , tetapi konsisten. insyaAllah.
Suka bersendirian dan berjauhan dengan jemaah
Suka berlebih-lebihan dalam makan
Kurang Mengingati mati dan hari akhirat
Bergelumang dengan dosa dan perkara-perkara syubhat