dan sambungan sehingga episod 12…
sesungguhnya Allah telah menunjukkan yang hak dengan hak..dan yang batil dengan kebatilan…
dan sambungan sehingga episod 12…
sesungguhnya Allah telah menunjukkan yang hak dengan hak..dan yang batil dengan kebatilan…
Alhamdulillah..sekali lagi..ana bersyukur atas segala nikmat islam, iman yang Allah kurniakan kepada ana selama ini..selawat dan salam buat baginda s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda..sesungguhnya ana diberi kekuatan olehNya untuk menekan “keyboard” ini sekali lagi sementara mengisi masa yang terluang. Teringat ana ketika menghadiri satu majlis ilmu baru-baru ini pabila ana disentak lagi daripada ‘tidur’. Ana merasa ‘pedas’ sekali pabila diri ini diingatkan dengan kelalaian ana dalam menyusun waktu seharian.
Kak Hanan ” Tahu tak kalian..bahawa setiap masa ketika anda menyusun masa seharian anda ..adalah seolah-olah anda sedang memilih bagaimana untuk menyusun kehidupan anda..”sesetengah orang, misalnya kawan-kawan ana yang cemerlang dalam pembelajaran sering mengemukakan cara yang paling baik untuk kite menghadapi ‘our day’ ialah dengan me’list’kan apa yang anda nak buat pada hari tersebut..dengan demikian insyaAllah..masa kite tak terbuang dengan benda yang sia-sia dan bertangguh-tangguh kerja. Tapi kali ni, ana rasa ‘lain ‘ sikit..mungkin sebab diri sendiri kadang-kadang membiarkan sahaja ’satu hari’ ana berlalu dengan kehendaknye sendiri..namun, terlupakan antum bahawa sekiranya antum membiarkan hari-hari dengan berlalu sahaja tanpa matlamat seolah-olah membiarkan kalian sendiri yang menentukan nasib kalian! Di sini..ana terasa betapa ’significant’nya doa yang dikumpulkan as syahid imam hassan al banna iaitu.
Bismillahirrahmanirrahim…alhamdulillah3x…segala puji-pujian buat pencipta seluruh alam..selawat dan salam buat junjungan nabi s.a.w ,kaum kerabat dan sahabat baginda…alhamdulillah buat kali pertamanya untuk tahun ini, ana diberi ilham , sedikit kefahaman dan kesedaran tentang isu palestin dengan lebih mendalam.. alhamdulillah..buat pertama kalinya ana terasa saudara kita di palestine amat dekat dengan ana…segalanya bermula sejak 24hb jan yang lepas..ketika dunia dikejutkan lagi dengan kehebatan hamas meletupkan tembok pemisah antara gaza dan mesir di rafah.Palastine Day yang pernah ana hadiri di Dublin last year dan penglibatan ana yang tidak seberapa sebagai sukarelawan ini benar-benar membuka perhatianku tentang isu palastine. bukan tidak pernah ana mendengarnye di malaysia dulu! tapi dah berjuta-juta lemon rasanya..namun alhamdulillah sekarang ana mula memahaminya..ya Allah…aku redha akan ketentuanMu merancang segalanya seperti ini..
Dua minggu yang lepas…dunia telah dikejutkan dengan isu runtuhnya gaza strip..ana akan meletakkan link ini di sebelah ini disamping penjelasan ana yang tidak seberapa ini. Ini adalah keadaan di rafah selapas sehari tembok gaza diruntuhkan
c
Ana waktu tu tertanya-tanya..kenapa ? apa dah berlaku? selama ini ana tak pernah nak concern dengan isu yang berlaku di sana..ana tak tahu pun israel sebenarnye telah memutuskan bekalan elektrik, makanan dll di gaza semata-mata kerana rakyat palestine di sana memilih HAMAS sebagai pemimpin mereka! ana tak tahu..ya Allah betapa kesiannye mereka..ana takkan mengulangi lagi kealpaan ana..akibat terlalu “sibuk” dengan hal hidup sendiri, ana lupa yang lain! ana lalai! ana makan kat dublin ni sebiji mcm orang mewah astaghfirullah makan kat sini sampai makanan berlebih-lebihan! astagfirullah…ya Allah ampunila daku..setelah awal muharam yang lalu..ana berazam untuk mengubah diri agar lebih baik..lebih alert..atau secara pendeknye ingin berhijrah..agar lebih beriman..bertakwa kepadaMu ya Allah…tapi hal umat , ana sendiri tak alert!
Setelah berfikir-fikir..ana sedar..ana baru sahaja melangkah ke alam sedar..yang ana, kena menghadapi realiti dunia.ana tak faham pun ape tu HAMAS, FATAH..dan PLO yang selalu dikata-kata oleh orang lain. ana tak faham mungkin juga kerana ana seorang yang selalu dipampered..selalu disuap..tanpa ingin mencari sendiri..dengan kata yang lebih jelas..malas..agaknya. astagfirullah…setelah dua minggu ana asyik mencari-cari apa itu HAMAS..dan ana yakin apa yang ana faham ini ada benarnye…perkara pertama yang membawa ana untuk mengetahui lebih banyak tentang isu ini adalah ketika ana terjumpa satu video tentang latihan ketenteraan HAMAS..
http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1201
ana bukanla seorang yangpandai berpolitik tapi terus terang ana nak kata..isu ini adalah isu umat ISLAM! isu umat islam sejagat! tak kiralah kite ni berbangsa Arab ke tak, melayu ke….jawa ke..minangkabau ke, tapi yang penting kita MUSLIM! sekarang, it has been about 2 weeks since the incidence happened..dan setelah 3 hari sempadan mesir dan gaza dibenarkan mesir, untuk rakyat palestine keluar masuk, akhirnye..seperti yang dijangka2…kerajaan mesir telah menerima tekanan kuat dari kuasa luar terutamanya Israel dan US dan sekaligus membuat keputusan untuk menutup kembali gaza..ya Allah…kesiannya rakyat palestine di sana!mereka hanya ingin membeli keperluan asas untuk terus hidup dalam jangka masa yang panjang..wahai diri..lihatla mereka! mereka membeli keperluan seolah-olah meraka tahu tidak lama lagi gaza strip akankembali tutup..mereka membeli sekumpulan binatang ternakan..berguni-guni simen untuk membina rumah mereka yang telah hancur akibat kekejaman israel..itu sahaja! Dunia terutamanya Israel dan US terlalu takut dan memberi tekanan kepada mesir supaya menutupnya kembali semata-mata kerana takut pemahaman”so called terrorist” tersebar di mesir dan sebagainya!
video ini menunjukkan permulaan ketika gaza mula disekat elektrik.
Cuba la antum semua bayangkan..mereka hidup di dalam “Penjara terbuka paling Besar”..di mana bekalan elektrik disekat..apabila bekalan elektrik disekat..gas..stesen minyak..kedai-kedai tidak dapat dibuka..rakyat paletine segaligus kehilangan sumber pendapatan..harga makanan-makanan ,sumber keperluan utama melambung naik..apa saudara-saudara kite nak makan! apabila waktu malam..kesejukan malam dengan suhu yang rendah, mereka kesejukan..sehinggakan selimut pun tak cukup…apa yang paling memilukan hati..saudara-saudara kite yang sakit terlantar di hospital tidak dapat bekalan yang mencukupi..alatan-alatan yang memerlukan elektrik tidak dapat berfungsi..dan sehingga sekarang tercatat mangsa ke 90 telahpun meninggal dunia akibat tidak dapat keluar dari gaza dan meminta bantuan dari luar. ini adalah artikel yang ana copy dari http://www.palestine-info.co.uk/
|
PA health ministry rings alarm bell after death of 90th victim of siege
|
| [ 02/02/2008 - 09:09 AM ] |
![]() |
DAN yang terakhir…ini apa yang berlaku sekarang di gaza akibat bakalan elektrik yang sudah lama terputus. Semoga antum semua tidak putus-putus mendoakan mereka..insyaAllah..