Bila Kalam Bebicara
July 2, 2009
Buat kedua kalinya, saya berblog semula.
Bukan sengaja diri ini meninggalkan dunia blog suatu masa dahulu dek kerana dilema diri mengapa perlu menulis sedangkan diri tidak istiqamah mana.Namun kali ini dengan semangat baru dan niat yang jadid dan waadhih, saya gigihkan jua. Bukan senang nak mengetuk jari jemari di papan keyboard ini lebih-lebih lagi dah nak naik tahun yang bakal menyaksikan kesibukan yang berlipat ganda.
Menulis bukan kepakaran saya nombor satu, menjahit , membaca dan memasak mungkin hobi yang paling saya minati namun kalau bukan kerana dakwah itu luas dan tersebar luas dengan kalam, saya gigihkan jua untuk diri sendiri, sahabat diluar sana yang sudah lama tidak bersua, teman yang bergerak di landasan yang sama, mahupun teman yang melalui wadah yang berlainan.tunjuk ajar kalian amat diharapkan. mungkin perkongsian idea dapat dimanfaatkan bersama, siapa tahu.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan blog baru saya BILA KALAM BERBICARA
Moga Allah sentiasa memelihara dan melindungi niat kita semua dari godaan syaitan yang janjinya ingin menyesatkan kita semua hingga ke hari perhitungan sana.
Allahu’alam
Protected: Buat Mempelai Di Ambang Pernikahan
May 26, 2009
Pernyakit Berjangkit vs Dngan Izin Allah
May 16, 2009
Ana sangat tertarik dengan ulasan ummi…allahualam
Assalamualaikum.
Berita Asal : Buletin Papisma Terengganu
(dengan sedikit penambahan maklumat)
Lagi berita terbaru yang diambil dari Mstar Online petang ini (16 Mei 2009) yang semakin menggemparkan dan mencemaskan. Apakah ini merupakan bala Allah sehingga menjadi sabit yang membawa kepada kelemahan pihak berwajib dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan? Sama-sama kita fikirkannya.
Akibat terlalu longgar dalam mengawal ‘pintu masuk’ kepada virus H1N1 itu menyebabkan dalam sekelip mata sahaja virus ini telah merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam di Ibu Negara, hari ini di Pulau Pinang. Apakah slogan 1 Malaysia bakal bertukar kepada 1 Malaysia H1N1? Hanya kepadaMu jua ya Allah kami memohon perlindungan…
Nasihat Buat Umat Islam :
Jagalah akidah kita. Usah kita terikut dengan jeritan dan laungan orang lain dalam melihat isu jangkitan ini. Meskipun kita diminta berjaga-jaga seoptima mungkin, tetapi jangkitan hanya akan berlaku mengikut kehendak Allah SWT. Klik sini untuk artikel tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dan orang-orang yang kita sayangi terhindar dari ujian dan malapetaka ini.
Kejadian ini kembali menginsafkan Ummi…Sesungguhnya selain dari pertahanan keselamatan, usah kita lupa kepada doa perlindungan dari Dia Yang Maha Pelindung…
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sahih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya :
“Sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk” maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apapun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula.” ( Riwayat Muslim, 4/2080 – teks doanya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain, Nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya :
Nabi bertanya : Kena apakah kamu ? Lelaki itu berkata : Aku disengat kala. Nabi berkata : Sekiranya engkau membaca pada setiap petang “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk”, nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat” ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya :
Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Doa-doa ini juga merupakan sebahagian daripada doa-doa ma’thurat. Semoga dapat sama-sama kita mengamalkannya untuk perlindungan diri dan keluarga, InsyaAllah…
Qurratu’ayun Penyejuk Mata
May 16, 2009
Bismillahirrahmaanirrahim….ana baru sahaja membaca artikel menarik yang dikeluarkan oleh isteri ustaz UZAR.Seperti juga ummu saif dan abu saif, srikandiharakah dan suami, mereka pun memiliki blog. MasyaAllah menarik! Suka sangat dengan semangat dakwah mereka setelah berumah tangga. Moga diri ini sentiasa istiqamah dengan perjuangan ini yang masih terlalu kecil lagi…
“ Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata ( Qurratu’ayun ) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
( al Furqan : 74 )
Tiada lain yang lebih beerti selain kembali merujuk kepada srikandi Islam di zaman silam mengnai Qurratu’ayun. Mereka merupakan contoh tauladan buat seorang isteri yang layak menjadi ‘qurratu’ayun’ seorang suami. Mereka memiliki segala yang diidamkan, antaranya :
1 ) Isteri yang cerdik. Kecerdikan seorang isteri bukan diukur dari segulung dua ijazah yang diraih dari universiti atau kolej-kolej tinggi. Akan tetapi, kecerdikannya terserlah pada sifat mengenali dan memahami keperluan suami semasa suka mahu pun duka. Dia pandai mengambil hati suami dengan perilaku yang manja dan lemah lembut. Tutur katanya halus dan berhati-hati agar suami tidak terasa hati. Gurauannya bersahaja sangat menyenangkan jiwa. Dia juga bijak mengangkat nilai suami pada pandangan orang lain dan sentiasa bersedia untuk diajak berbual apa sahaja tanpa rasa jemu dan perasaan layu.
Isteri yang pandai membaca riak rasa seorang suami sama ada gembira atau sebaliknya, menjadi penguat semangatnya untuk melakukan yang lebih baik pada esok hari. Kerana itu, ada pepatah mengatakan, di belakang seorang lelaki berjaya, ada seorang wanita bernama isteri yang sentiasa mendorong dan meniup semangat juangnya.
2 ) Sentiasa mendahulukan suami dari yang lain. Seorang isteri yang solehah dinilai dari ketaatannya kepada suami dalam apa jua perkara selagi ia tidak melangkaui batasan agama. Kesetiaan kepada suami didahulukan dari orang lain termasuk ibu dan bapa. Keizinan suami sentiasa diminta agar redhanya selalu mengiringi, sehinggakan untuk berpuasa sunat juga isteri perlu meminta izin suami sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud :
“Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa , sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.”(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
3 ) Mengurus rumahtangga. Tanggungjawab seorang isteri yang tidak kurang pentingnya ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Anak-anak dijaga makan dan pakai, begitu juga suami yang sentiasa dipenuhi keperluan dirinya. Rumah yang bersih, damai dan tenang akan menggembirakan penghuni yang berlindung di dalamnya. Jiwa yang tenang pasti akan melahirkan individu yang ceria gembira. Walaubagaimanapun, untuk menghias rumah, isteri perlulah mengikut kemampuan keperluan keluarga. Isteri harus pandai menghargai susah payah suami mencari nafkah buat perbelanjaan sehari-hari.
Suami mana yang tidak berbunga rasa sebaik menjengah ke dalam rumah, isteri menyambut dengan manja, anak-anak riang gembira dan rumah bersih senang dipandang mata.
4 ) Berhias hanya untuk tatapan mata suami. Isteri yang menyintai suami tidak akan membiarkan kecantikannya dilihat apatah lagi dinikmati oleh orang lain. Mata, bibir , tangan, kaki dan seluruh anggota tubuhnya hanya untuk santapan mata suami yang halal baginya. Oleh kerana itu, pakaian dan penampilannya di hadapan suami sentiasa dijaga. Pelupuk mata, pipi dan bibir yang disolek dengan warna menaikkan seri wajah hanya digunakan di hadapan suaminya. Akan tetapi bila berada di luar rumahtangga, semua itu ditinggalkan. Auratnya ditutup dengan rapi. Tidak juga dia memakai wangi-wangian yang boleh dihidu oleh lelaki lain agar keberkatan dalam rumahtangga tetap terpelihara.
Becoming a better muslimah..
May 16, 2009

-Nak berkongsi satu artikel menarik yang ana pun rasa ia sangat berkesan buat diri ini.
Personaliti:
11.Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Ini kerana hidup dan perjalanan mereka pasti berlainan dengan kita, dan kita tidak tahu apa yang telah mereka hadapi. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang kita ada. Kerana Allah amat sayangkan orang-orang yang pandai berterima kasih dan bersyukur kepadaNya.
12. Jangan befikiran negatif terhadap sesuatu perkara di dalam apa2 pun benda yang di luar kawalan kita. Tumpukan tenaga untuk perkara-perkara positif yang berlaku sekarang. Bersangka baiklah terhadap Allah. Iaitu berfikir positif dengan apa yang ada pada kita. Kerana Allah menjadikan sesuatu perkara , tidak sia-sia.
13. Jangan terlebih buat atau terlebih2 dalam sesutau perkara. Bersederhanalah. Islam amat menganjurkan kesederhaan.
14. Jangan serius sgt.
15. Jangan buang masa kita dengan hal-hal gossip dan bercakap mengenai orang lain. Dalam erti kata lain. Jangan mengumpat. Mengumpat itu seperti memakan daging orang yang kita umpat itu- Huraian dari sabda nabi.
16. Bermimpilah banyak di dalam nyata dari alam mimpi . Iaitu bercita2 dan mencapainya.
17. Cemburu itu membuang masa kita . Sebenanya kita sudah punya segala apa yang kita perlu. Namun cemburu dibenarkan dalam membuat kebaikan dan mengejar ilmu.
18. Perkara yang lepas , lupakanlah. Janganlah kita mengingatkan pasaangan atau kawan-kawan kita mengenai perkara atau kesalahan yang lepas, kerana ianya akan merosakkan kebahagiaan kita sekarang.
19. Hidup ini terlalu pendek utk membenci orang lain. Jangan bazirkan masa yang ada dengan membenci orang lain.
20. Redzalah dengan apa yang perkara yang sudah anda tempuhi. Jangan jadikan kesedihan yang lepas menganggu hidup kita sekarang.
21. Diri kita yang berhak menentukan kita hendak bahagia atau tidak . Di dalam surah – ar’rad ayat 11 yang bermaksud :” Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
22. Sedarilah bahawa hidup ini adalah seperti sekolah di mana masalah adalah kurikulum yang akan berubah setiap masa. yang penting adalah, pengajaran berkekalan yang didapati untk bekalan sepenjang hidup ini.
23. Bergembiralah dan ceria dengan seyuman dan ketawa yang baik.
24. Tidak perlu untuk menang dalam segala hal, cubalah utk bersetuju dalam perkara yang anda sendir tidak bersetuju. Bermakna, dalam setengah perkara, kita perlu mengalah. Kebenaran tetap akan datang. Dan berani lah utk mengaku kesalahan yang kita lakukan.
The Qadar (2)
May 15, 2009
continue dengan kisah lia..
Kmb[ Kolej MentarBiyah Manusia
]
keputusan demi keputusan dalam peperiksaanku sering membuatku rasa kecewa dan berputus asa. “mungkin..niat ku salah” hati ku masih memberontak tidak mahu ambil jurusan ini. Dalam masa yang sama ia mengingatkan daku pada sebab-sebab mengapa Allah kurniakan kita ujian..[ dari ceramah ustazah bahiyah:1-Allah nak angkat darjat kita 2- Allah nak mnggandakan pahala kita 3- Allah nak mngampuni dosa-dosa kite agar jika tiba-tiba, jika Allah ingin mengambil nyawa kita, kita sudah hampir berserah padanya jika kita mampu sabar dengan segala ujianNya di dunia ini...]
“Ya Allah…mungkin apa yang ku alami sekarang adalah kaffarah buat ku…maka kuatkan hati ku agar aku lebih beriman padaMu.”
Inilah dia[ tempat di mana aku merasa lebih DEKAT padaMu atas segala ujian yang Dia sahaja tahu bahawa aku mampu mnghadapinya] itulah hakikat hidup..dulu aku yang jenis terlalu idealistik tidak mnyedari dunia ni bukanla terlalu kecil dan akhirnye ku cuba mnjadi seorang yang realistik. Banyak yang ku tempuhi di sana. Menyedari betapa diriku insan kerdil yang baru sahaja diuji secubit ujian bg mnguji keimananku, rase rindu akwat2 kat matriks , betapa ku mengerti mengapa Dia wujudkan dalam sejarah hidupku seseorang yang telah banyak mngubahku dan mngetahui bahwa bukan semua yang mampu bertahan dengan perinsip hidupku..aku bersyukur kerana dikurniakan pegangan yang sampai sekarang masih belum dapat digoyah kembali..maka segala apa yang berlaku..aku redha dengan ketentuanNya. .ape yang paling penting untukku adalah mencari KeredhaanMu.
“Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu sedangkan ia lebih buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui” [2:216]
Tak mampu kugambarkan dari awal sampai akhir pjuanganku tapi yang hanye ku dapat sampaikan…aku kian menjadi orang yang lebih kuat pendirian..Dia telah mngurniakan ku kekuatan yang mana aku amat memerlukannya selama ini..ALHAMDULILLAH..aku bersyukur…moga aku sentiasa dikurniakan kekuatan..doa mak ayah…restu mak ayah dalam hidup ku teramatla penting..moga Allah sentiasa mmbuka pntu hati mereka agar ku sentiasa mndapat redha mak ayahku..semata-mata untuk mncapai MARDHOTILLA..
Hidupku sudah ditakdirkanNya . “ada hikmah menungguku agaknya.”..itula yang sering ku katakan pada diriku…setelah aku telah berusaha pada jalan yang ku fikir paling mudah untuk diriku, namun Dia hendak menunjukkan pada diriku, ia sebenarnya merupakan jalan yang paling susah untuk ku tempuhi.”semua ini, ujian dariMu lg fikirku….takpe..aku akan berusaha…terus berusaha..”kerana ku tahu keredhaan ibuku jua membawa keredhaan Ilahi…aku yakin…kerana Dia sudah banyak mengajarku tentang erti kehidupan..
’Erti hidup pada memberi’
Aku hanya mampu berdoa jika ini adalah yang terbaik untukku dan membawaku lebih dekat padaMu maka, permudahlah…dan janganlah Engkau susahkan jalan ini..insyaAllah ..aku Redha ya Allah…ya Allah berilah aku kekuatan..amiin
Kisah ini diberi nama Qadar kerana sesungguhnya ada 4 perkara yang Allah telah tentukan ketika roh dimasukkan ke dalam jasad anak adam..1) Kebahagiannya 2)Celakanya 3) Rezekinya 4) Ajalnya..maka , setiap perjalanan hidup manusia adalah atas ketentuanNya. Namun, kita perlu ingat bahawa, perkara yang berlaku kepada kita bukanlah kebetulan yang membuta tuli sahaja, namun bagi ia adalah ditentukanNya, berdasarkan firman
” Sesungguhnya kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi” [surah a lQamar: 49]
“Dan dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu iaitu menetukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna” [ Surah al-furqan: 21]
Maka, terpulangla pada kita sejauh mana kita menilai setiap peristiwa yang berlaku ke atas kita. Ketahuilah wahai diri…keyakinan pada rahmat Allah dan keadilanNya, hikmah kebijaksanaanNya…itulah satu-satunya TEMPAT PERLINDUNGAN yang aman dan paling selamat dari bisikan godaan syaitan.
-lia aka nama pena-
The Qadar (1)
May 15, 2009
Satu kisah-oleh lia
Kisah bermula dua setengah tahun lepas..
“mak, lia nak ambik borang scholar balik boleh? lia tak nak jd dokter la..lia nak ambik dentistry..” kataku di dalam kereta. Ayahku memandang ibuku.suasana di dalam kereta tibe2 jadi sepi ”wahh dah sampai kat parkson!jom turun” jerit adik-adikku..ayah ,sewaktu itu sudahpun memakai tongkat selepas 4 tahun operation kaki. ”mak, ayah marah lia ke?” tanyaku setelah melihat laju bebenor ayah ku berjalan meninggalkan kami. ”em tula ko, dah hantar borang, baru nak cakap” tegur ibuku kemudian mengejar ayahku yang jauh meninggalkan kami. Em, rase bersalah menyelubungiku.”em, takpela biarje la mana tahu ini yang terbaik untuk kaudah.istikharah dah dibuat..ini mesti bukan keputusan yang sia-sia dengan izinNya!” gertak hatiku. ” Ya Allah jika pilihan ini adelah terbaik untukku, untuk agama ku dan untuk mase hadapan ku, maka permudahkan la jalan ini untukku, tapi jika sebaliknya, maka jauhkan la ia dariku” rintih hatiku yang sudahpun berbaur kesedihan + pasrah, redha..Kehidupanku setelah itu telah ditentukanNya untuk ke matriks. Disana, aku kenal pelbagai jenis manusia..ketika itu..bermula la waktu aku mengenal islam’ yang selama ini aku cari-cari dalam hidupku. Ya Allah! aku sudah pun 18 tahun hidup..tapi, baru sekarang?? baru sekarang aku mnyedari apa itu ‘Islam’ yang sebenarnya? [tapi still ini..baru sahaja permulaan] .
Setelah satu setengah bulan kat matriks
Ring! Ring! aku menanti panggilan ku dijawab..”Mak, tawaran lia ditolak …suasana terdiam seketika…[hati ibu mana tak sedih melihat anaknya tidak berjaya mndapat tawaran ke luar negara. Tapi itulah hakikat..aku terus tabah mengharungi ujianMu ini walaupun dalam lubuk hatiku..padaku...ia bukanlah segala-segalanya...namun "expectation" from parents menyebabkan selama seminggu ku kebuntuan memikirkan ”mcm mane nak score matriks ni?mengapa perubatan juga yang mak nak lia ambik?nanti kalau kami semua jadi doktor, siapa nak jaga mak ayah kat rumah?” em itu je yang mampu ku fikir..setelah rase bersalah yang membuak-buak di hatiku terhadap ibuku,aku tak terfikir lansung tentang aku belajar kerana apa?kerana apa? kerana dunia? kerana orang sekeliling ku?pening! aku mampu menangis sahaja..susah ku untuk terima kenyataan ini..Dalam masa yang sama juga aku telah diduga dengan seorang insan yang mengatakan " Jika cintakan seseorang, agama adalah benda pertama yang dia pilih untuk memilih diriku" walaupun aku sering berdalih namun perasaan dalam hatiku Allah sahaja yang tahu..itulah kali pertama aku diuji dan ia pasti akan mejadi yang pengalaman pertama dan terakhir untukku.
Seminggu terakhir di matriks [Ketika semua orang sibuk memperkatakan tentang tawaran dan bersiap-siap keluar meninggalkan matriks]
”Ili, ana tak dapat tawaran”beritahuku kepada sahabat karibku.” ye ke anti?? Anti jangan la bersedih. mungkin ada hikmah di sebaliknye..lagipun terus terang ana kata,ana gembira anti dapat bersama dengan ana di sini…”menangis sahabatku.. erk sahabat ku gembira? Em dalam masa yang sama, diriku berasa bersyukur sekali kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti ili..banyak yang die telah bantu dan beri semangat kepadaku..seminggu terakhir di matriks merupakan saat yang paling bermakna untukku kerana di situ ku tahu , apa itu maksud REDHA…bukan sekadar kata-kata di mulut..tapi bagaimana merasainya..alhamdulillah sampai sekarang tak pernah ku rasakan ketenangan seperti sewaktu itu..
[aku redha ya Allah..aku pasrah akan ketentuanMu, ya Allah ..aku tahu aku sudah banyak dosa dengan Mu..moga2 dengan kesabaran ku ini, Kau gantikan daku yang lebih baik]
ujian demi ujian menguatkanku mengenal apa itu erti TABAH..mungkin i’d learnt it in a hard way..ape2 pun pengharapan padaMu yang paling kuutamakan..LA ILAA HA ILLA ANTA, SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZOLIMIN…[tiada tuhan melainkan engkau ya Allah...Maha Suci Engkau sesungguhnya aku telah menzalimi diri ku sendiri] inila doa yang sering ku lafazkan sewaktu solat malam ku.
Tiga hari terakhir di matriks
“Anti, ana ade satu benda nak bagitahu anti..anti bersabar banyak-banyak tau..emm ana dapat uia, ana rase ana nak pg ke uia sebab mak ana…..” sedihnye melihat sahabat ana menagis sekali lagi..ana pun menangis sekali..itulah persahabatan kami jika segalanya kerana Allah..alhamdulillah sekurang-kurangnya Allah pernah memberiku peluang merasai apakah itu bersahabat kerana Allah..manis sangat..hargailah sahabat kalian dengan baik..sbb peluang ni takkan muncul banyak kali…rutinku setiap hari, pergi kelas bersama ili, duduk didalam bilik kuliah bersama2..kalau sorang lambat, sorang lagi’ copkan’ tempat..pergi solat kat masjid, study di surau bersama sambil membincangkan Islam dan Manusia…wahhh rindunye!!! Naimah, syikin, munifah, ili, amalina, hidayah dll .Em..itu la…mungkin Allah nak tunjuk betapa banyaknye nikmat yang Allah kurniakan padaku dan banyak pula yang tak pernah kite syukuri…alhamdulillah atas kesempatan yang telah Engkau beri padaku selama ini…semoga hari-hari kemudian, mulutku, hatiku, tingkahlakuku tidak putus-putus menyukuri nikmat Mu…
Matriks uia
Wahhh bestnye kat sini…malam terakhir orientasi, kami dihiburkan dengan kumpulan nasyid Mestika dan Hijjaz di padang uia..meriah sungguh!! “mak, terima kasih sbb dapatkan lia masuk uia!” itu lah kataku yang ku ingin ucapkan pada ibuku..rase nak telefon sangat..tapi takut tak dengar, bising sangat kat sana..emm jadi tersimpanla ia di dalam dadaku..em kat sane ramai kawan-kawan , hanisah (kelantan mari) n banyak lagi.rase mcm dah lame duduk kat situ.tapi yang paling tak dapat lupa, kak mariah(baru sahaja mngabiskan program persijilan di DQ) , sbb kakak ni la yang banyak sedarkan diriku yang kian lalai dan alpa. Terutama bila aku mengajukan soalan seperti ” Ada tak hubungan rapat antara lelaki dan perempuan dalam Islam?”…sejak itu, aku tidak percaya pada kata-kata manis manusia. Sebab telah ku sedari..jangan senang-senang percaya kan manusia…ini kerana istikharahku menjawab segala persoalan..alhamdulillah..semuanya adalah dengan izinNya. Bukan senang nak kata dengan mulut ” kami bercouple cara Islam”. Ahh…benci hatiku memikirkan kata-kata itu. Tidakkah mereka fikir bahawa tanggungjawab sebagai Daie bukan lah semudah itu..apa? mereka sudah faham benar-benar apakah ia kefahaman islam.?perkara yang haram tetap la haramnya..Kadang-kadang perhubungan yang haram itu, telah dicantikkan dengan pandangan syaitan yang cuba ‘mengiakan ‘ hubungan itu. [Ya Allah...tunjukkan aku kebenaran atas kbenaran..dan dekatkan ku padanya.. dan tunjukkan la padaku kebatilan dengan kebatilan agar aku dijauhkan daripadanya..amiin]doa ku setiap aku dalam kekeliruan.
Tujuh hari selepas dimatriks
Ring! Ring! Ring! Mak telefon tibe2. katanye” alia, ko dapat tawaran MARA” kata ibuku dalam kegembiraan “hah?lia dapat tawaran MARA? Betul ke ni mak? Tak nak la mak..lia seronok duduk kat sini..lia betul-betul tak nak” em itulah yang mampu ku lafazkan sewaktu mengetahui rayuanku telah diterima. Waktu itu, mak sangat gembira. Hati anak mana yang tak tersentuh melihat air muka mak yang kegembiraan..alhamdulillah..setelah aku menunaikan solat istikharah..hatiku telah mndorongku pergi ke kmb..tempat aku mula bermujahadah dengan ‘ al hawa secara total’ alhamdulillah
Protected: Muhabasah Pre Exam
April 3, 2009
Sabar Dan Pemurah
March 29, 2009
satu kisah yang diambil dari sbuah blog;

Bunyi loceng yang bertalu-talu buat saya terjaga dari tidur. Dengan longlai saya melangkah ke pintu.
“Min?” soal saya.
“Cepatlah orang penat ni!” Terdengar satu suara yang cukup saya kenali. Lantas pintu saya buka.
“Tak boleh sabar langsung. Tak teladani Rasulullah langsung,” usik saya.
“Lin penatlah, kak. Sana sini lembap. Benci betul. Masuk bilik dulu.”
Gedegang! Pintu bilik dihempas. Masam betul muka. Mesti ada yang tak kena.
“Akak dah masak. Kalau nak makan, makanlah!” jerit saya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka semula. Tersembul wajah Lin sambil tersenyum simpul.
“Jom makan, kak!”
“Eh.. Lapar ke sebab tu marah-marah?”
“Takdelah. Lin bengang dengan orang kat Gad tu. Mentang-mentanglah kita foreigner, tak cantik, tak layan langsung. Lepas tu ada makcik mintak sedekah tu, paksa-paksa orang pulak. Suka hatilah orang nak bagi tak,” bebel Lin panjang.
“Tak elok marah-marah. Muka pun macam singa dah. Tak cun langsung. Kalau laki tengok dah lama kena cerai. Lin ingat tak kisah Rasulullah dengan arab Badwi tu?”
“Entahlah, kak. Lupa!”
“Suatu hari tu, ketika Rasulullah berjalan bersama sahabat, ada sehelai selimut yang kasar tepinya di badan Baginda SAW. Selimut tersebut dapat dicapai oleh seorang Badwi lalu dia menariknya dengan kuat sampai meninggalkan kesan dekat leher Baginda, and then Badwi tu mintak Rasulullah bagi untuknya daripada harta Allah yang ada pada Baginda. Kalau Lin,apa reaksi Lin?”
“Mestilah bengang. Dahlah nak mintak barang orang. Main kasar pulak.”
“Itulah. Tapi Rasulullah lain, Rasulullah berpaling pada Badwi tu dan senyum. Lantas Baginda perintahkan orang Badwi tu diberi sesuatu. Muliakan akhlak Rasulullah!”
“Betul. Tapi kitakan manusia biasa je. Mana boleh comparekan kita ngn Rasulullah. Jomlah makan, Lin dah lapar.”
“Memanglah kita tak layak untuk dicomparekan ngan Baginda. Tapi kita perlu cuba untuk jadi sehebat baginda. Jom makan. Lin bacakan doa. Jangan gelojoh sangat. Pelan-pelan! Akak tahu Lin lapar.”
Gadis itu menurut patuh. Kami makan dalam senyap.
“Akak, hari ni biar Lin lah yang basuh pinggan. Akak mesti penat. Esok nak examkan, pergilah study.”
“Bagus, bagus.. Lin mamnu’ juga kan. Nanti masuk bilik akak, kita baca ma’thurat sama-sama.”
“Baik.”
Idola, Tawadhu’
Selesai saja mathurat dibaca, Lin berlalu ke biliknya. Saya mengambil Quran. Cuba mengulang hafal surah-surah, risau kalau tak diulang selalu, saya akan lupa. Selesai membaca al-Quran, saya menyambung mengulangkaji.
Lama saya tenggelam dalam pelajaran. Tak sedar masa berlalu. Terasa lenguh-lenguh badan.Nescafe saya teguk. Terasa mahu menjenguk Lin.
Pintu biliknya saya ketuk. Salam diberi.
“Waalaikumussalam. Masuklah, kak. Alahai sopannya, ketuk pintu pulak.”
“Apa salahnya. Sama-sama dapat pahala. Tengah buat apa?”
“Tengok ni, kak. Artis baru, Yuna. Cantik, pakai tudung. Suara pun best. Bolehlah buat idola,” ceritanya beriya.
“Oo.. Cantik. Tapi akak rasa Lin perlu cari orang lainlah buat idola.”
“Contohnya?”
“Rasululullah SAW,”jawab saya lancar.
“Alah, akak. Lin bukannya tak nak. Tapi tengoklah Lin macam mana. Jauh lagi tu nak capai akhlak Baginda.”
“Usahalah dulu! Akak pun bukannya perfect. Malulah kita mengaku umatnya, sedangkan tak mahu berakhlak seperti akhlak Baginda. Sedangkan barat pun mengagungkannya akhlaknya. Artis tu tawadhu’ ke? Sentisa bercakap benar ke? Sabar ke?”
“Entahla, kak. Tak kenal pun lagi.”
“Ha.. Rasulullah dah cukup lengkap. Allah pun berfirman dalam surah al-Qalam, ayat 4. Dan bahawasanya Engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia. Tak cukup lagi ke?”
“Kalau nak famous?”
“Rasulullah dah wafat berapa tahun, dik? Pernahkah sehari berlalu tanpa ada cerita tentang Baginda diungkit. Who is the most influential person in history? Rasulullah jugakkan.”
“Betullah, kak. Nanti Lin nak tukar sumber inspirasilah. Mahu jadi sehebat Baginda. Dah habisstudy ke kacau orang ni?” ujar Lin sambil tersenyum.
“Itu tandanya mahu menghalau ke?” gurau saya.
“Lin dah ngantuk. Esok kelas pukul 8.”
“Ok. Tidurlah. Kejut akak awal sikit kalau bangun. Nak mandi wajib. Boleh qiam sekali.”
“Insya Allah. Rajinnya qiam. Dah habis revise semua dah? Lin kalau musim examkan, buat yang wajib pun, alhamdulillah.”
“Masa kita pun milikNya, Lin. Ilmu pun milikNya. Kalau tamak dengan masa dan Dia tak bagi ilmu tu, kita tak boleh nak salahkanNya kan. Lagipun, hari-hari pun kita buat dosa. Ajal pun tak tau bila. Kalau Rasullullah sampai bengkak-bengkak kaki sebab qiam sedangkan Baginda insan yang dijanjikan syurga. Kita patutnya lagi perlu beribadah lebih dari itu. Tawadhu’ kan Baginda. Lagi bersyukur. Kalau Lin, cikgu cakap awak kalau tak boleh jawab pun takpe, cikgu bagi awak markah penuh, camne?”
“Beraya sakanlah Lin, kak. Mahunya tidur, bangun and makan je.”
“Tulah bezanya kita dengan Baginda. Tidurlah Lin. Jangan lupa kejut akak. Misscall pun takpe. Baca doa tidur tu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Kasih Sayang
Pukul 4 pagi handset saya berbunyi. Lantas saya bangun. Lantas message saya taip,
- Tq. Akak bangun. Jzkk-
Mengantuk betul rasanya. Terasa mata mahu ditutup lagi. Telefon saya berbunyi lagi.
-Lin dah mandi wajib jugak. Akak jangan tipu Lin.he2. Bukak pintu. Nak suruh orang kejut, tapi kunci pintu pulak.-
Saya senyum. Lantas turun dari katil. Lin yang saya kenal memang cukup lembut hatinya, tapi cukup manja. Perlu diberi nasihat selalu. Perlu dibimbing dan diperhatikan. Pintu saya buka.
“Akak, Lin nak solat sama-sama boleh?”
“Ok. Tapi akak nak mandi dulu. Ambil masa sikit. Bacalah Quran dulu.”
Solat jemaah kami berlalu tenang. Damai sungguh di hati saya.
“Lin baca doa,”pinta saya.
“Tak naklah. Doa akak mustajab sikit.”
“Ada-ada je jawapannya.”
Doa saya panjatkan khusyuk. Perlahan Lin mengaminkan. Sampai saya berdoa agar Allah ampunkan dosa ibu bapa kami. Terdengar esakan Lin. Saya meneruskan doa.
“Amin..”
Saya pusing mengadap Lin. Gadis itu hanya tunduk. Dikuis-kuisnya sejadah dengan pandangan kosong. Air mata masih bertakung.
“Hmm.. Taknak share apa-apa dengan akak?”
Lin geleng. Saya senyum.
“Ada 5 minit lagi nak masuk subuh. Jangan tidur pulak.”
Lin senyum tawar. Saya hanya membisu. Tak mahu memaksa Lin bercerita. Dalam hati, saya cuba berzikir.
Azan subuh berbunyi. Lin bangun ke bilik air. Memperbaharui wudhuk barangkali. Tapi Lin memgambil masa yang cukup lama saya kira. Lantas pintu bilik air saya ketuk.
“Lin okay ke? Jangan berlama-lama sangat dalam toilet tu. Tempat syaitan.”
Pintu bilik air dibuka. Lin senyum tawar lagi.
“Jom solat, kak.”
Seperti biasa, saya menjadi imam. Kata Lin, dia belum layak. Hati saya sesak dengan rasa ingin tahu. Tapi saya pendamkan, tidak mahu memaksa.
Seusai solat, Lin peluk saya erat.
“Kenapa ni? Tiba-tiba emotional,” tanya saya.
“Akak sayang Lin?” tanyanya sayu.
Saya tergamam. Tak sangka akan diajukan soalan sebegitu.
“Mestilah sayang,” jawab saya ringkas.
“Sebab?”
“Sebab Lin adik yang baik.”
“Tapi akak pun akan tinggalkan Lin jugakkan. Macam mak ayah Lin.”
Terdiam saya seketika, tak tahu apakah respon terbaik yang patut saya berikan.
“Lin sayang akak kerana apa?”
“Sebab akak baik,” jawabnya sambil tersenyum.
“Akak sayang Lin Lillahi Taala. Lin rindu mak ayah Lin ke?”
Mengalir lagi air mata gadis itu. Lantas dia mengangguk lemah.
“Akak, kadang-kadang Lin rasa sempit sangat. Macam takde orang dah sayangkan Lin. Lin anak yatim piatu. Rasa macam tempat berpaut tu dah takde,” ujarnya lirih.
“Lin tahukan orang yang sayangkan kita tak pernah mati. Dia sentiasa di sini. In our heart.”
Tangis Lin makin kuat.
“Lin beruntung. Lin ada contoh yang baik untuk diikuti.”
“Siapa?”
“Rasulullah SAW.”
“Sebab?”
“Rasulullah pun anak yatim piatu. Malah Rasulullah yatim ketika usianya lagi muda. Tapi Rasulullah tak pernah rasa lemah. Malah Baginda berdikari, mengembala kambing, berniaga.. Dan akhirnya Baginda jadi lelaki paling hebat dalam sejarah dunia. Jadi kesayangan seluruh dunia.”
“Tapi kak, Rasulullah lain, semua orang sayangkan dia.”
“Rasulullah pun sayang kita. Sampai ke akhir hayatnya pun Rasululllah masih menyebut Ummati.. Ummati..”
Telepon bimbit Lin berbunyi. Lantas Lin bangun dan keluar dengan wajah berseri-seri.
“Siapa?”
“Kakak tanya khabar.”
“Ha.. Tengok. Ramai je orang sayangkan Lin. There will be someone who always remember you everyday. Percayalah!”
“Yelah kak. Gi study! Jangan layan sangat Lin ni. Good luck ye, kak. Takut tak sempat nak wish. Lin nak tidur balik.”
“Tidurlah lepas subuh ni. Tertutup pintu rezeki nanti.”
“Baik boss.”
Kebersihan, Malu, Martabat Wanita
Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi. Akhirnya tamat juga exam final semester untuk tahun 3 ini. Banyak rancangan dirangka. Pada Allah saya bertawakkal sepenuh hati. Saya dah usahakan yang terbaik. Biarlah Allah yang menentukan. Bukankah Allah suka hamba-hambaNya yang bertawakkal?
Saya cukup sibuk. Sehingga saya jarang pulang ke rumah. Namun tidak saya lupakan bertanya khabar Lin, satu-satunya housemate saya. Alhamdulillah dia cukup memahami. Tapi hari ini saya rasa mahu menjenguk Lin di rumah.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh, akak. Senyap-senyap je masuk rumah.”
“Akak bawak kunci. Apasal sepah sangat ni?”
“Ala, kak. Banyak sangatlah assignment. Tak sempat nak kemas,” jawabnya manja.
“Kebersihan tu kan separuh dari iman. Rasulullah tak suka tau sepah-sepah ni. Tak segan ke kalau tiba-tiba Rasulullah datang?”
“Akak ni suka buat orang takut. Yelah, kejap lagi Lin kemas. Akak masak sarapan ek. Lama tak makan akak masak.”
“Akak seriuslah. Rasulullah sampai Baginda nak wafat pun Baginda minta Aisyah beruskan gigi Baginda dengan kayu siwak tau. Okay, pagi ni akak masak. Lin kemas depan ni.” jawab saya. Terdetik rasa takut dengan hak yang tidak tertunai terhadap housemate saya ini.
Saya memasak sarapan pagi untuk kami berdua. Selesai makan, Lin bersiap untuk ke kelas. Saya membuka laptop. Terasa ingin menitipkan email untuk family.
“Akak,” terdengar jeritan Lin sambil pintu bilik saya dikuak.
“Cantik tak baju ni?” tanyanya sambil baju barunya ditayang persis seorang model. Saya senyum.”
“Cantik.. Tapi..”
“Tapi ape kak? Lin nampak gemuk ke?”
“Takdelah. Akak rasa baju ni macam seksi sikitlah. Warna dia pun macam menyerlah sangat. Ni kalau jumpa Rasulullah tengah jalan nanti tak malu ke?”
“Akak ni. Tapi Lin pun rasa macam tu. Membazirlah kalau Lin tak pakai. Baju ni pun baru je beli. Membazir tu kan sifat syaitan.”
“Pandai ek menjawab. Tengok syaitan dah cucuk. Sebaik hiasan dunia kan wanita solehah. Wanita juga fitnah dunia yang besar. Lin nak jadi salah seorang wanita yang menyesatkan lelaki di sana ke?”
“Mestilah taknak, kak. Nauzubillahi min zalik. Tapi lin malulah. Asyik pakai baju kurung je. Macam kuno pulak.”
Saya senyum. Itu ayat biasa yang keluar dari remaja sekarang.
“Malu biarlah bertempat Lin. Rasulullah pun pemalu jugak. Bahkan pemalunya Baginda mengalahkan anak dara. Malu tu pun satu cabang dari cabang iman. Malu itu dengan kita jaga kepala dan pancaindera, jaga perut dan anggota, ingat mati, jasad yang hancur dan tinggalkan perhiasan dunia. Itulah baru dinamakan malu. Lin tak rasa bangga ke jadi wanita muslimah?”
“Mestilah bangga, kak.”
“So.. Buktikan! Islam datang bawa sinar baru pada wanita. Wanita yang dulunya ditindas dikembalikan haknya. Bahkan maruah wanita dijunjung. Sehingga khutbah terakhirnya, Rasulullah bersabda.. Wahai, saudara-saudaraku, benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, . Tetapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu. Apabila mereka mematuhi hakmu, maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak. Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolongmu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan. Hebatkan wanita di sisi Islam,” syarah saya panjang.
“Kalau Lin tak hargai pengiktirafan Islam pada wanita, samalah seperti Lin derhaka pada Allah ye kak? Pada Nabi..?”
“Betul tu. Pergilah siap. Nanti lambat pulak. Akak nak gi kelas sirah petang ni. Kalau Lin nak ikut, boleh jugak.”
“Nak. Akak tunggu eh. Lin balik dalam pukul dua.”
“Okay. InsyaAllah”
Cinta Yang Hadir
Gembira betul saya ke kelas tafaquh bersama Lin. Saya tengok gadis itu khusyuk mendengar. Lin hanya senyap sepanjang perjalanan pulang. Kepenatan mungkin. Saya pun tak mahu menganggu.
Malamnya saya meneruskan rutin harian biasa. Esok kelas saya bermula semula. Perlu menyusun jadual seteliti mungkin. Tiba-tiba handset saya berbunyi.
“1 message received.”
-Akak mcm bz je. Lin tak berani nak kacau. Akak, Lin rasa Lin dah jatuh cinta.-
Terasa luruh jantung saya. Lin tak pernah bercerita tentang teman lelaki apalagi menunjukkan minat pada mana-mana lelaki. Saya berhenti membuat kerja. Beristighfar di dalam hati. Saya seorang da’ie. Dan saya rasa saya perlu kuat. Langkah saya atur tenang ke bilik Lin.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Lin sudah berkelubung di bawah selimut. Saya tengok matanya merah.
“Maaf Lin,akak busy sikit tadi. Kata jatuh cinta, apasal nangis?” tanya saya cuba berhemah.
Lin bangun, tersenyum lemah.
“Dia terlalu baik, kak. Saya rasa saya tak layak untuk bertemu dia pun.”
Saya panik. Cinta internetkah ini?
“Mana Lin tahu dia baik kalau Lin tak pernah jumpa?”
“Semua orang cakap dia baik, kak. Akhlak dia, tutur kata dia, pakaian dia, ibadat dia. Akak pun cakap macam tu.”
Saya tergamam.
“Akak kenal dia? Siapa dia ni, Lin?”
“Akak tak boleh teka ke?”
“Manalah akak mampu baca hati orang, dik.”
“Dia kekasih Allah, kak. Insan yang namanya bersemadi di naluri ramai orang hingga kini.”
Kali ini air mata saya menitis.
“Maksud Lin, Nabi Muhamad SAW?”
Lin mengangguk. Air mata saya turut mengalir sama. Alhamdulillah, Allah campakkan rasa kasih pada hambaNya yang cukup dhaif ini.
“Lin mahu sangat berjumpa Rasulullah, kak. Tapi Lin tahu, Lin tak layak. Lin bukannya orang yang soleh. Hamba yang patuh dan beriman. Darjat kami sangat berbeza, kak.”
“Lin, akak pun kadang-kadang rasa sempit bila fikir semua benda ni. Tapi akak yakin dengan janji Allah. Bukankah Allah berjanji kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Rasulullah sebenarnya dah lama rindukan kita sebelum kita rindukan Baginda.”
“Maksud akak?”
“Akak teringat satu kisah ketika Rasulullah dalam perjalanan pulang dari Haji Wada’. Baginda menangis.
Sahabat pun bertanya: “Kenapa kamu menangis, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Aku merindui saudaraku.”
Sahabat bertanya: “Bukankah kami ini saudaramu wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kamu semua bukan saudaraku tetapi sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang selepasku, beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Aku merindui mereka. Kerana itulah aku menangis”.
“Betapa rindunya Rasulullah pada kita.. Dan ketika Rasulullah hampir wafat, Rasulullah melihat kegelisahan di wajah sahabat. Lantas Baginda bersabda, “Wahai sahabatku, sesungguhnya janji kamu bersama aku bukanlah di dunia tetapi di telaga Kauthar. Demi Allah, aku seperti dapat melihatnya.”
Pecah lagi tangisan gadis itu. Dan malam itu, lirih dia meminta tidur di bilik saya. Malamnya Lin bangun qiamullail. Tersentuh hati saya mendengar esak tangisnya. Betapa indahnya rasa cinta yang merubah dirinya. Moga-moga rasa cinta itu terus kekal. Rasa cinta yang membawa kita bertemu Tuhannya. Alhamdulillah. . Saya syukur Lillahi Taala.
Hari berlalu. Lin bertambah baik akhlaknya, ibadatnya. Cinta itu betul-betul merubahnya. Lin yang dulu gadis biasa kini menjadi luar biasa, dan saya cukup bersyukur. Alhamdulillah. Rindu pada Rasulullah tak akan pernah surut. Dan pertemuan yang abadi itu cukup saya rindui. Sering saya rasa lemah, sering rasa diri cukup hina, tapi saya tepis perasaan itu, kerana saya yakin dengan janjiNya.
Ya Allah
Sering aku mengaduh penat
Sering aku lupa untuk bertaubat
Sedangkan ampunanMu, kasihMu tagihan diri
Ya Rabbi
RahmatMu ku junjung
KasihMu ku ratapi
Tuhan
Pemilik hatiku
Lemah aku merayu
Hadirkanlah rasa cintaku pada kekasihMu, Tuhan
Tuhan
Betapa diri kerdil
Cinta yang terpaut mungkinkah berbalas?
Ya Tuhan
Kasihku tak sehebat para Sahabat
Pengorbananku untuk kekasihMu sedikit cuma
Sayang dan rinduku tak seteguh mereka
Ya Allah
Ingin aku jadi sesetia Abu Bakr
Ingin aku disayangi seperti Fatimah
Ingin aku berkorban demi kekasihMu seperti Nusaibah
Ya Tuhan
Betapa aku rindu untuk bertemu kekasihMu
Menatap wajah yang mulia itu
Ya Rabbi
Temukan aku dengan kekasihMu
Leraikanlah rindu ini
Hadirkan rasa cinta dalam diri
Yang sentiasa mekar
Tak pernah pudar
Tuhan
Hanya padaMu aku merayu
Kerana Kau pemilik hatiku.
Siapa musuh kita?
March 15, 2009

Siapa musuh kita?
Saya pernah berdiskusi dengan seorang editor majalah Islam paling terkenal di Indonesia. Ada seorang mahasiswa bertanya kepadanya,
“Sungguh kita melihat umat Islam diratah dan dibunuh, lemahnya kita dari segala bidang. Apa sebenarnya musuh kita. Adakah mereka yang berperasangka buruk kepada Islam dan mahu menghancurkannya?”
Editor ini tersenyum lantas menjawab-
“bukan itu musuh kamu. Biar saya bagi tahu sajalah musuh kamu. Musuh kamu selaku mahasiswa ialah malas”
Ya, kita malas untuk fokus.
Kita malas untuk cemerlang dalam akademik, lantas kerja-kerja berpersatuan Islam kita jadikan alasan.
Kita malas memahami ideologi-ideologi lain, lantas kita kafirkan semuanya sebagai jalan pintas.
Kita malas bergaul dengan rakan-rakan bukan Islam dan tidak sebangsa, lantas kita terhadkan usrah dan dakwah kita pada yang muslim sahaja.
Kita malas ingin mematangkan diri, lantas menjadikan alasan untuk tidak berumahtangga.
Kita malas merancang kehidupan selepas graduasi, lantas menerima sahaja tawaran dari kerajaan.
Malas adalah musuh kita.
Inilah cabaran kita dalam cemerlang dalam ibadah sebagai mahasiswa. Buangkanlah sifat malasmu, ambilkan fikrah Islam dan fokus dalam kerja dan pengurusan.
Itulah intipatinya!
